F.A.Q.

Soalan-soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Hibah, Wasiat & Pusaka

Hibah

Harta yang boleh dihibah

Harta yang hendak dihibah mestilah dimiliki secara sempurna oleh Pemberi Hibah dan memenuhi syarat-syarat harta.

Antara harta yang BOLEH dihibah atau dibuat perancangan pewarisan harta ialah:

Harta yang TIDAK boleh dihibah:

  • Akaun KWSP
  • Pencen terbitan
  • Ganjaran terbitan
  • Harta yang dipegang secara amanah
  • Harta tidak patuh Syariah
  • Tanah FELDA (perlu persetujuan FELDA)

 

*Boleh Whatsapp saya untuk servis Hibah harta yang berkenaan di atas

Peguam atau Syarikat A kata rumah dalam pinjaman tidak boleh dihibah?

Terdapat perbezaan pandangan mengenai hibah rumah yang masih dalam pinjaman. Ada ulama’ yang membolehkan, dan ada yang menolak atas sebab-sebab tertentu.

Di Malaysia, kita berpegang kepada keputusan autoriti yang dilantik, iaitu Mahkamah Syariah.

Telah terdapat kes terdahulu yang mana Hakim telah meluluskan dan mengesahkan hibah yang dibuat bagi rumah yang masih dalam pinjaman.

Namun tidak boleh pukul rata kesemua hibah sedemikian akan disahkan oleh Hakim. Rukun dan syarat Hibah mestilah sempurna.

 

Mengapa kos hibah 'tinggi'?

Dokumen Hibah bukan dokumen biasa yang mudah dirangka sendiri, tetapi merupakan dokumen berkaitan undang-undang yang perlu menepati akta dan enakmen yang berkenaan.

Maka setiap pengeluaran dokumen adalah liabiliti yang ditanggung oleh syarikat untuk memastikan Hibah itu terlaksana.

Atas tanggungjawab itu, Wasiyyah Shoppe membelanjakan peruntukan yang besar dalam penyelidikan, bersesuaian dengan perubahan pendekatan undang-undang dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, sekiranya anda hendak memudahkan urusan kebajikan waris terdekat, maka perlulah berkorban sedikit wang untuk solusi kami yang lebih terjamin.

Buat Hibah Mengambil Hak Waris Faraid?

Dakwaan dengan membuat Hibah pemilik harta itu mengambil hak waris Faraid atau ‘lari dari Faraid’ adalah tidak betul dan tidak berasas.

Secara ringkas, hibah terlaksana semasa pemilik harta masih hidup lagi. Hak Faraid pula hanya wujud SELEPAS kematiannya.

Maka tidak logik dikatakan Hibah mengambil hak waris-waris Faraid yang tidak wujud pun lagi.

Ulasan jawapan panjang boleh rujuk di SINI.

 

Kelebihan Hibah dari Wasiyyah Shoppe berbanding peguam atau syarikat lain?

Kelebihan servis penyediaan dokumen Hibah TIDAK terletak pada caj servis yang murah. Tetapi bagi pelbagai kelebihan lain yang bermanfaat buat anda dan waris.

Jika anda pentingkan..

  • Syarikat yang established dan berpengalaman luas dalam hibah, sejak tahun 2004
  • Track record lebih 300 kes Hibah berjaya disahkan tanpa kalah di Mahkamah Syariah.
  • Berpaksikan penyelidikan untuk kepentingan waris-waris/penerima Hibah jua
  • Servis komprehensif – bukan sahaja penyediaan dokumen, malah meliputi servis perlaksanaan turunmilik harta yang dihibah selepas pemberi hibah tiada nanti
  • Syarikat amanah (trustee company) dan 100% patuh Syariah
Saya dah buat Hibah Takaful.. perlu ke buat Hibah harta seperti rumah dan aset lain?

Perlu faham beza Hibah Takaful dengan Hibah harta.

Manfaat Hibah Takaful ialah pampasan wang apabila berlaku kematian. Ia TIDAK berkait dengan hibah rumah.

Buat hibah Takaful sahaja, maka rumah dan harta-harta lain masih menjadi hak waris Faraid. Buatlah hibah spesifik bagi harta berkenaan yang hendak dihibahkan.

Wasiat

Apa beza Wasiat dengan Hibah.. bukan sama ke?

perbezaan hibah wasiat

Ada yang kata Wasiat kepada waris TIDAK terbatal walaupun ditentang?

Situasi ini biasa saya temui. Berhati-hati dengan perunding yang menyembunyikan fakta yang mengelirukan masyarakat.

Wasiat sebenarnya ada 2 jenis; wasiat pembahagian dan perlantikan pentadbir.

Apabila ada waris yang mempertikaikan wasiat yang dibuat, kesannya ialah:

  • Wasiat pembahagian harta yang ditujukan kepada waris TERBATAL.
  • Wasiat perlantikan pentadbir TIDAK terbatal.

Wasiat yang terbatal itu contohnya wasiat yang dibuat untuk mewariskan rumah kepada isteri (waris).

Maka, buatlah Hibah jika penerimanya adalah waris.

Wasiyyah Shoppe buat wasiat juga?

Ya, kami menyediakan perkhidmatan untuk kedua-dua jenis wasiat.

Wasiat pembahagian harta kepada BUKAN waris dan Wasiat perlantikan pentadbir.

Kami syor untuk terus ambil plan al-Wasitah kami untuk jimat. Selain manfaat urus tadbir pusaka, anda dapat juga manfaat dokumen kedua-dua bentuk Wasiat.

Pusaka

Bagaimana nak tukar nama tanah arwah bapa kepada nama saya?

Sekiranya ia tanah pusaka (tidak dihibah, wasiat dsb), perlu kenalpasti waris Faraid yang berhak. Tidak semestinya anak sahaja waris. Elakkan termakan harta batil.

Lantik pentadbir untuk failkan tuntutan pusaka di:

  • Pusaka Kecil, atau
  • Mahkamah Sivil

Sekiranya arwah hanya meninggalkan harta tak alih, boleh failkan di Amanah Raya.

Jika ada tinggalkan harta-harta lain, failkan tuntutan sekali jalan.

Sekiranya tidak mahir atau tidak berkesempatan, pertimbangkan untuk mengambil servis kami untuk membantu urusan pentadbiran pusaka arwah.

Susah ke urus pusaka sendiri?

Jika mudah, renungkan mengapa..

  • Lebih RM70 bilion harta beku yang tidak selesai diurus tadbir.
  • Ada kes pusaka yang lebih 20 tahun masih belum diurus. Terdapat waris asal yang sudah meninggal dunia – bahagiannya diwarisi oleh waris-warisnya pula. Berlapis-lapis jadinya.
  • Walaupun waris muafakat, pusaka masih tidak lagi diurus tadbir.

Untuk urus tadbir pusaka, perlukan

  • Ilmu dan pengalaman berurusan dengan pelbagai pihak berkaitan
  • Peruntukan wang
  • Kawalan emosi berurusan dan mendapatkan kerjasama kesemua waris-waris Faraid
Faraid dah cantik.. kenapa perlu Hibah?

Hibah adalah satu pilihan yang dibolehkan dalam Islam sebagai satu kaedah untuk merancang pewarisan harta. Tidak wajib, tetapi disunatkan.

Sekiranya memilih untuk agihan harta ditentukan mengikut hukum Faraid, itu pun satu pilihan. Untuk tidak merancang pembahagian harta semasa masih hidup semasa peluangnya ada.

Walau bagaimanapun, samada anda telah hibahkan harta atau mengikut Faraid, prosedur pentadbiran pusaka tetap perlu dilaksanakan juga.

Tak diurus tadbir, harta itu tetap kekal beku nama arwah.

Oleh itu, lantiklah pentadbir awal-awal, kumpulkan dokumen harta, dan senaraikan aset dan liabiliti.

Terbaik jika dapat persiapkan keperluan seperti peruntukan wang dan khidmat bantuan pakar. Ambil plan al-Wasitah, sebagai contoh.

Masih ada persoalan berbangkit?

Boleh Whatsapp saya Ansari 019-749 8210

022032051 041

error: Sorry, content is protected!
Share This