Sebahagian besar harta pusaka terbeku melebihi RM70 bilion di Malaysia merupakan harta peninggalan arwah yang beragama Islam.
Ada pelbagai faktor yang menyumbang, dan salah satunya berkaitan prosedur tuntutan harta pusaka yang perlu dilalui.
Adakah benar prosedur mentadbir urus harta pusaka orang Islam begitu sukar, sehinggakan sebegitu banyak harta boleh kekal terbiar di bawah nama arwah?
Ironinya, pada masa yang sama ramai waris yang ditinggalkan amat memerlukan wang tambahan. Amatlah rugi apabila wang ringgit yang terbeku itu tidak dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh waris.
Prosedur Pusaka Melibatkan Dua Mahkamah
Di Malaysia, kita ada perundangan Sivil dan undang-undang Syariah, yang masing-masing ditadbir di bawah Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Bagi menyelesaikan hal ehwal pusaka orang Islam, kita tertakluk di bawah kedua-dua undang-undang tersebut.
Proses pertama untuk membuka fail permohonan pusaka bermula di Pusaka Kecil, Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya Berhad (bergantung kepada jenis dan nilai harta warisan).
Prosedur ini tertakluk di bawah undang-undang sivil.
Bagi proses yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah ialah seperti mendapatkan pengesahan waris-waris Faraid, pengesahan hibah, wasiat dan penentuan harta sepencarian.
Bagi yang tidak tahu, pastinya ia memeningkan.
Ramai waris tidak tahu ke mana yang perlu dituju.
Prosedur mana yang perlu dibuat dan mana yang tidak perlu dibuat.
Setiap satu langkah tersebut ada SOP yang ditetapkan. Perlu failkan permohonan, isi borang tertentu, melampirkan dokumen harta dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan.
Jika tersilap buat, atau buat langkah yang sebenarnya tidak perlu, maka akan membuang masa, usaha dan wang di situ.
Perlu ada pengorbanan dan kesabaran untuk uruskan sehingga selesai. Dah bergerak ke sana ke mari, pastinya ada kos pengangkutan, usaha serta masa yang perlu dilapangkan.
Kos Ilmu, Masa, dan Wang
Perkara biasalah bila waris tidak tahu kaedah dan proses untuk menguruskan pusaka.
Kebanyakan kita terdorong untuk ambil tahu bagaimana nak uruskan pusaka hanya apabila berlakunya kematian orang terdekat dan kita menjadi orang harapan.
Bagi yang rajin menelaah, mungkin ada pengetahuan serba sedikit dari pembacaan pengalaman dan cerita orang di sosial media.
Tetapi tidak sama kefahaman dari pembacaan berbanding yang pernah uruskan secara praktikal.
Malah bagi yang pernah sekalipun, pengalaman seterusnya mengurus tuntutan pusaka mungkin tidak sama.
Prosedur dan requirement boleh berubah. Orang yang terlibat pun bermacam-macam.
Urus Tadbir Tertangguh
Apabila sering terhantuk dinding dan bertemu halangan, barangkali boleh terbantut motivasi, dan menyebabkan usaha ditangguhkan sementara.
Maka kita pun ambil mood untuk healing sekejap.
Apatah lagi jika kita seorang sahaja yang uruskan atas rasa tanggungjawab – tanpa bantuan kewangan, tenaga dan moral dari waris-waris yang lain, boleh jadi lebih lama lah masa untuk healing.
Bagaimanapun, sekiranya halangan untuk urus pusaka berpunca dari para waris tidak tahu cara, tiada masa atau tiada volunteer ke hadapan untuk menjadi pentadbir yang ke sana sini uruskan pada masa pejabat, solusi mudah ialah dengan mendapatkan khidmat servis syarikat seperti Wasiyyah Shoppe untuk membantu.
Wasiyyah Shoppe adalah syarikat khusus dalam pusaka dan perancangan pewarisan harta orang Islam. Pengalaman bidang sudah lama, hampir dua dekad di Malaysia.
Soal wang untuk membayar caj servis bolehlah pakat-pakat bersama dengan waris-waris lain. Kerana apabila selesainya urusan pusaka, waris-waris itu juga lah yang akan mendapat manfaat harta yang diwarisi.
Namun sekiranya urus sendiri pun tidak mahu, ambil khidmat profesional pun tidak, maka semua akan rugi apabila harta pusaka kekal terbeku.
Akhirnya akan menambah statistik harta beku di Malaysia.
Itu yang kita nak elakkan.
Wallahua’lam.
