Ada yang mencadangkan supaya duit anak – seperti duit raya – disimpan dalam KWSP.

Namun cadangan ini agak pelik kerana KWSP direka khusus untuk simpanan persaraan, bukannya dana pendidikan. Sekiranya mahu digunakan untuk yuran sekolah atau universiti nanti, ia tidak mudah dikeluarkan.

 

Pilihan Simpanan Yang Lebih Sesuai

Untuk simpanan jangka sederhana dan rendah risiko, antara pilihan terbaik ialah:

  • ASB, ASB2, ASB3 dan Tabung Haji (TH): Hanya simpan dan tunggu dividen hujung tahun. Mudah dan berisiko rendah.
  • SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional): Bukan sahaja simpanan selamat, malah melayakkan ibu bapa dapat pelepasan cukai. Ia juga membantu dalam permohonan PTPTN pada masa depan.

 

Namun, semua instrumen ini bersifat konservatif – jadi jangan mengharap pulangan tinggi.

Jangka Masa Panjang = Peluang Pelaburan

 

Strategi Berasaskan Usia dan Keperluan

Jika anak baru berusia setahun, masih ada lebih 15 tahun sebelum dana pendidikan itu digunakan. Dalam tempoh yang panjang ini, pelaburan berisiko tinggi tetapi berpotensi tinggi juga boleh dipertimbangkan, contohnya:

  • Pelaburan dalam pasaran saham – secara langsung, unit amanah, ETF atau private mandate.
  • Aset alternatif seperti emas dan kripto – sesuai sebagai diversifikasi.

 

Setiap anak berbeza – ada yang hanya tinggal 3 tahun sebelum masuk universiti, manakala yang lain baru masuk sekolah rendah. Maka pendekatan simpanan atau pelaburan juga perlu berbeza.

Anak yang masih kecil sesuai untuk strategi lebih agresif, manakala yang hampir masuk universiti perlu pendekatan yang lebih selamat dan mudah dicairkan.

Selain usia, faktor lain seperti pendapatan keluarga, komitmen sedia ada, dan tahap celik kewangan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menentukan strategi simpanan pendidikan anak-anak.

 

Pengorbanan Ibu Bapa

Kesanggupan ibu bapa menangguhkan keinginan peribadi demi masa depan anak tetap relevan.

Pelaburan untuk pendidikan anak adalah amanah – dan langkah bijak hari ini menentukan hala tuju mereka esok.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This