Tanah rezab Melayu adalah tanah yang hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu sahaja. Pentadbiran undang-undang yang mengawal selia tanah rezab Melayu adalah Enakmen Rizab Melayu.

Kalau nak lakukan transaksi yang melibatkan pertukaran pemilikan tanah rezab Melayu seperti jual beli, pindah milik, malah hibah sekalipun kena pastikan penerimanya merupakan orang Melayu juga. Jika tidak, akan timbul masalah nanti.

Tujuannya? Supaya tanah rezab kekal dalam milikan orang Melayu sepanjang zaman.

Dan untuk rekod, keluasan keseluruhan tanah rezab Melayu di Semenanjung Malaysia setakat 30 Jun 2024 ialah 4.96 juta hektar. Jumlah ini meningkat lebih 100% berbanding tahun 1947 yang hanya 2.42 juta hektar.

Antara negeri yang paling luas tanah rezabnya:

  • Kelantan – 1.36 juta hektar

  • Perak – 955 ribu hektar

  • Kedah – 829 ribu hektar

  • Johor – 561 ribu hektar

Tapi, ada juga negeri yang rekodnya makin menurun – contohnya Kedah dan Perak, disebabkan pembangunan atau perubahan status tanah.

 

Siapa “Melayu” Dari Sudut Undang-undang?

Mengikut Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan, seseorang adalah Melayu apabila memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Beragama Islam

  • Bertutur dengan bahasa Melayu

  • Mengamalkan adat Melayu

  • a) lahir di Persekutuan atau Singapura sebelum hari Merdeka atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura atau (b) ia adalah keturunan dari seseorang yang tersebut.

Kalau tidak memenuhi syarat-syarat di atas, walaupun nampak Melayu pada zahir, tetapi tidak cukup syarat untuk pindah milik tanah rezab.

 

Hibah Tanah Rezab Melayu

Hibah adalah pemberian harta secara sukarela masa hidup. Berbeza dengan wasiat yang berkuat kuasa selepas pemilik harta meninggal dunia.

Bila kita hibahkan tanah, kita boleh tentukan awal-awal siapa yang akan mewarisi tanah itu – contohnya anak sulung, adik perempuan, atau sesiapa yang kita percaya atau kehendaki.

Kelebihan hibah:

  • Elak pertelingkahan antara waris
  • Pastikan tanah kekal dalam keluarga

  • Boleh rancang siap-siap siapa yang akan mewarisi dan mengurus tanah nanti

 

Penerima Hibah Kena Melayu Juga!

Untuk tanah rezab Melayu, proses untuk mendaftarkan pindah milik di Pejabat Tanah perlulah menuruti sekatan yang ada.

Walaupun hibah dibuat dengan cukup rukun dan syarat hibah yakni sah dari sudut syarak, tetapi kalau penerima hibah bukan Melayu mengikut undang-undang, proses turun milik boleh tersekat.

Contohnya:

  • Penerima hibah bukan Melayu (walaupun Islam)

  • Pindah kepada syarikat milikan bercampur bukan Melayu

Pihak pejabat tanah akan tolak permohonan turun milik, walaupun dokumen hibah kita lengkap.

 

Nak mula buat hibah tanah rezab Melayu tetapi tak tahu caranya?

Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 untuk dapatkan servis penyediaan hibah bersama Wasiyyah

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This