“Bila mak meninggal, saya tak minta semua. Tapi rumah ni saya jaga, saya bayar bil, saya mandikan dia. Adik-beradik lain ke mana? Saya rasa saya lebih berhak…”
Ramai anak yang menjaga ibu bapa semasa hidup, kemudian terasa hati bila tiba bab pembahagian harta pusaka.
Tiba-tiba yang tak jaga, tak ambil peduli, muncul masa pembahagian harta dan tuntut hak faraid sama rata. Yang menjaga pula rasa:
“Saya dah berkorban banyak, takkan nak dapat sama macam orang lain?”
Persoalannya adalah.. bolehkah anak yang menjaga ibu bapa semasa hidup menuntut harta sebagai ‘upah penjagaan’?
Tuntut Upah Selepas Meninggal?
Dalam Islam, anak wajib menjaga ibu bapa – ia bukan kerja berupah, tapi tanggungjawab syarak.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya… Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata:
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai…
(Surah al-Ahqāf:15)
Kalau anak menjaga mak secara sukarela tanpa perjanjian bahawa dia akan dibayar, maka ianya dianggap ibadah, bukan perkhidmatan berbayar.
Bila mak meninggal, rumah atau harta itu bukan upah yang ‘tertunggak’, tapi milik semua waris yang sah mengikut faraid.
Tindakan menuntut ‘upah’ jagaan atau balasan dari harta pusaka sebagai ‘hak’ boleh..
-
Menyebabkan pertikaian sesama adik-beradik
-
Dianggap memakan harta tanpa hak
Apa Pilihan Tindakan Yang Patut Dibuat?
1. Buat Perjanjian Awal Jika Mahu Upah
Jika anak berhenti kerja atau sanggup jaga ibu bapa sepenuh masa, boleh buat akad atau surat perjanjian.
Contohnya:
“Mak bersetuju beri RM1,000 sebulan daripada duit pencen kepada Kak Long yang jaga.”
2. Guna Instrumen Hibah Semasa Hidup
Ibu atau bapa boleh hibahkan rumah atau harta yang lain kepada anak yang menjaga semasa masih hidup dan waras.
Contohnya:
“Rumah ini mak hibah kepada Along, sebab dia yang jaga mak waktu sakit.”
Pastikan hibah dibuat dalam satu dokumen hitam putih, cukup rukun & syaratnya serta patuh syariah dan undang-undang.
📩 Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 untuk dapatkan perkhidmatan penyediaan dokumen Hibah bersyarat
