Untuk memulakan tuntutan harta pusaka, seseorang itu perlu mengemukakan sijil kematian sebagai bukti pengesahan kematian. Di dalam sijil tersebut, tercatat tarikh dan waktu kematian arwah yang disahkan oleh pegawai perubatan yang bertugas. Tidak mudah untuk pegawai tersebut untuk mengesahkan waktu kematian khasnya dalam tragedi kemalangan jalanraya on the spot, kebakaran, bangunan runtuh dan bencana alam. Ada kemungkinan waktu kematian akan diseragamkan untuk kesemua mangsa dan disifatkan sebagai kematian serentak. Kematian serentak yang melibatkan mangsa yang saling waris-mewarisi akan menimbulkan isu dari segi pewarisan pusaka.
Dalam insiden kemalangan di Sitiawan, Perak baru-baru ini, Sairulazuwan dan isterinya Azilina serta anak bongsu berusia 3 bulan maut setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas ke parit sedalam 2.5 meter. Mereka meninggalkan tiga orang anak yang terselamat kerana tidak berada bersama-sama dalam kereta tersebut. Pasukan perubatan mengesahkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi.
Untuk dijadikan contoh dalam perkongsian ini, kita andaikan saja ia kematian serentak. Mengikut faraid, Azilina mewarisi pusaka Sairulazuwan dan begitu juga Sairulazuwan pula mewarisi pusaka Azilina. Namun begitu, syarat pewarisan ialah waris (al-warith) mestilah hidup semasa kematian orang yang mewariskan hartanya (al-muwarrith). Kes ini tidak menepati syarat pewarisan tersebut kerana kedua-duanya dianggap mati pada masa yang sama.
.
Pandangan Fuqaha
Menurut Jumhur Fuqaha termasuk mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie, Sairulazuwan dan Azilina tidak saling waris-mewarisi kerana tidak menepati syarat di atas. Ini juga keputusan yang dipersetujui dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-83 berkenaan Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak.
Menurut pandangan ini, harta pusaka itu akan dibahagikan kepada waris lain yang masih hidup tanpa mengambil kira bahagian waris yang mati tersebut. Ini bermaksud untuk harta pusaka Sairulazuwan, tiga orang anaknya yang hidup akan berkongsi pusaka bersama-sama dengan waris lain (sekiranya berhak). Bahagian Azilina tidak diambil kira.
Mazhab Hanbali pula berbeza pendapat – mereka saling mewarisi. Pandangan ini berdasarkan pendapat daripada Umar, Ali, Syuraih, Ibrahim dan Sya’bi. Bagaimanapun harta yang diwariskan mestilah harta yang dimiliki oleh si mati secara hakiki (talad/qadim) dan bukannya harta yang baru diwarisi (tarif/jadid) daripada orang yang mati serentak bersama-samanya. Harta tarif hanya boleh diwariskan kepada waris yang hidup sahaja.
.
Kerisauan seorang ibu
Seorang ibu dalam luahannya risau tentang nasib anak-anaknya yang masih kecil sekiranya tragedi mati serentak berlaku kepadanya dan suami. Luahannya telah menjadi viral dan mendapat perhatian netizen yang tergerak untuk berfikir tentang kemungkinan ia berlaku kepada mereka juga. Antara perkara yang dirisaukan ibu tersebut ialah siapa yang akan menguruskan loan rumah, kereta, persekolahan dan sebagainya. Biarpun Hibah Takaful telah diambil untuk memberi wang saraan hidup, adakah ianya cukup untuk menampung hidup mereka sehingga dewasa?


Saya komen sedikit tentang aspek pewarisan pusaka.
Isu pertama ialah mengenai perancangan pusaka. Di awal luahannya, beliau menyebut tentang menulis will dengan kawannya seorang peguam. Tindakan itu baik dan selangkah ke arah merancang pusaka, tetapi perlu dibuat dengan berhati-hati. Will adalah untuk non-Muslim dan dibicarakan di Mahkamah Sivil. Walaupun ia biasanya diterjemah sebagai Wasiat untuk Muslim, konsepnya sebenarnya sangat berbeza. Fungsi wasiat disebut dengan jelas dalam al-Quran – untuk dituju kepada BUKAN WARIS. Untuk merancang pusaka dengan lebih efektif, dokumen yang sepatutnya dibuat ialah HIBAH.
Isu kedua ialah berkenaan pengurusan harta pusaka. Setelah meninggal, harta peninggalan arwah akan dibekukan daripada dipindahmilik atau dikeluarkan. Walaupun pemilik harta sudah meninggal dunia, nama di akaun bank, geran, dan sjil pelaburan masih lagi di bawah nama arwah. Untuk mencairkan harta tersebut, pentadbir harta yang diamanahkan harus menurut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan. Untuk memudahkan waris mendapatkan pusaka, pastikan pentadbir dilantik secepat mungkin menerusi dokumen wasiat.
Saya teliti satu persatu komen dari netizen. Ada satu komen yang menarik perhatian. Sepasang suami isteri komited untuk tidak naik kereta bersama kerana takutkan kematian serentak.

Saya rasa kita tak perlu sejauh itu. Perlu ingat, mati serentak bukan hanya boleh berlaku di jalanraya sahaja. Boleh berlaku kepada mangsa bangunan runtuh, terbakar atau bencana alam juga. Malah tanpa asbab itu pun boleh berlaku kerana Allah yang tetapkan bila dan bagaimana kita akan mati.
Kita fokus apa yang dalam kawalan kita. Iaitu dengan melantik wasi dan merancang pembahagian harta melalui hibah dan wasiat. Saya syorkan anda merancang dengan Wasiyyah Shoppe, syarikat pakar yang sudah berpengalaman luas dalam bidang pewarisan. Untuk soalan atau mendaftar, boleh Live Chat atau Whatsapp saya, Ansari 019-7498210.
.
RUJUKAN
- Hmetro
- Kertas Kerja
- Fatwa Mufti
