Laporan statistik Perangkaan Demografi di Malaysia bagi suku kedua 2021 berbanding suku kedua 2020 mendapati:
👶 Kelahiran menurun sebanyak 4.4 peratus – 111,573 kelahiran pada Q2 2021 berbanding 116,688 pada Q2 2020.
💀 Kematian meningkat sebanyak 10.1 peratus – 44,307 kematian berbanding 40,241 kematian.
Kelahiran bayi menurun – berlawanan dengan jangkaan apa yang berlaku apabila suami isteri banyak menghabiskan masa dan bekerja dari rumah berikutan PKP.
Mungkin disebabkan kebimbangan dan kerisauan masyarakat sudah berganda-ganda berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
Ancaman COVID dan PKP telahpun berlarutan lebih setahun dan masih kabur jalan keluarnya.
“Dijangkakan, berlaku peningkatan mendadak kelahiran bayi susulan kawalan pergerakan semasa Covid-19, bagaimanapun statistik menunjukkan sebaliknya”
Penurunan jumlah kelahiran ini selari dengan Amerika Syarikat, Korea Selatan, United Kingdom, Perancis dan Sepanyol.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
Jumlah Kelahiran di Malaysia Q2 2021
Bilangan bayi perempuan melebihi bayi lelaki dengan 55,881 kelahiran berbanding bayi lelaki (55,692 kelahiran)
Kelahiran tertinggi dicatatkan di Selangor – 20,389 kelahiran.
Jumlah Kematian di Malaysia Q2 2021
Jumlah kematian tertinggi dicatatkan di Selangor – 6,818 kematian.
Sebanyak 3,898 kematian berpunca dari Covid-19, berbanding 78 kematian pada suku kedua 2020. Selangor mencatatkan kematian tertinggi sebanyak 1,236.
Kematian tertinggi disebabkan Covid-19 terdiri daripada kumpulan umur 65 hingga 69 tahun, diikuti kelompok 70 hingga 74 tahun.
Jangka Hayat Tidak Terkesan
Namun begitu, Covid-19 dijangka tidak memberi kesan signifikan terhadap jangkaan hayat bayi yang lahir di Malaysia.
“Jangkaan hayat untuk bayi yang lahir pada 2021 dijangka hidup hingga 75.6 tahun, 1.3 tahun lebih lama berbanding satu dekad yang lepas iaitu 74.3 tahun pada 2011.
Jumlah Populasi Masyarakat Malaysia
Jumlah populasi Malaysia dianggarkan sebanyak 32.66 juta, meningkat 0.2 peratus berbanding 32.58 juta pada tempoh sama 2020.
Ia merangkumi 29.96 juta (91.8 peratus) warganegara dan 2.69 juta (8.2 peratus) bukan warganegara.
Komposisi bukan warganegara menurun daripada 8.9 peratus kepada 8.2 peratus pada Q2 2021.
Sumber: Hmetro
