Bagi para graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian universiti, kriteria yang selalu menjadi prioriti ketika memilih tempat kerja yang ideal ialah gaji yang ditawarkan. Gaji yang diberi mestilah tinggi dan kompetitif. Bonus tahunan pun biasanya boleh dapat berbulan-bulan. Tetapi sebenarnya ada benefit lain yang sama pentingnya, namun seringkali tidak diberi perhatian. Benefit itu ialah perlindungan Takaful yang dibayar oleh syarikat bagi melindungi pekerja-pekerja syarikat. Secara umumnya, perlindungan Takaful ini merangkumi benefit Medical dan pampasan berbentuk wang yang diberi kepada pekerja tersebut atau waris-warisnya.

Secara ringkas, perlindungan Medical syarikat adalah corporate plan, maka benefit yang diperoleh tidak sama dengan pelan personal Medical Card. Lazimnya pelan Medical Card syarikat ada kelebihan dari segi ia turut cover outpatient atau klinik. Namun, coverage untuk inpatient, iaitu untuk kes warded atau pembedahan kebiasaannya jauh lebih rendah berbanding personal plan dan biasanya memberi perlindungan secara berkelompok, bukan secara individu.

Rasanya saya perlu betulkan sedikit pernyataan di atas. Ramai yang peka tentang coverage Medical yang diberi oleh syarikat untuk klinik sebab ia lebih biasa digunakan. Tetapi tak ramai yang tahu atau ambil berat polisi yang syarikat ambil untuk Medical inpatient.

Dan lebih kritikal lagi apabila lebih ramai lagi yang tidak tahu jika syarikat ada mencarum polisi Takaful untuk pekerjanya yang memberi pampasan wang apabila berlaku kematian, hilang upaya kekal atau sakit kritikal. Inilah fokus artikel kali ini.

Takaful..atau insurans?

Apabila berlaku kematian, perkara yang biasanya dilakukan oleh waris ialah mengumpulkan kesemua harta dan aset yang di bawah nama arwah. Segala dokumen harta diselidik, termasuklah sebarang polisi insurans atau Takaful yang diambil oleh arwah atau diberi oleh syarikat…walaupun semasa masa hidupnya, arwah tidak pernah tahu tentang benefit yang itu.

Apabila syarikat berhubung dengan waris tentang bayaran pampasan kematian arwah, perkara pertama yang perlu dipastikan ialah adakah pampasan itu datangnya dari polisi insurans atau Takaful. Bunyinya seperti sama, tetapi sebetulnya bezanya ibarat langit dan bumi. Halal dan Haram. Malangnya masih ada orang Islam di negara kita yang tidak faham, dengan mudahnya masih mengambil insurans walaupun dah banyak pilihan plan Takaful.

Sekiranya didapati syarikat pampasan itu dibayar dari polisi insurans, maka ia termasuk dalam harta tak patuh syariat. Sebagai seorang Islam yang taat, harta pampasan itu tak wajar diambil walaupun nilai pampasannya sangat tinggi. Selanjutnya boleh baca Insurans Konvensional Boleh Hibah?

Pampasan Takaful Syarikat

Jika pampasan itu hasil dari sumbangan Takaful dan akad yang dimeterai ialah Hibah (bukannya Wasi), maka pampasan itu adalah Halal. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara juga telah memutuskan bahawa pembayaran manfaat takaful tidak akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada hutang peserta takaful yang meninggal dunia.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam Muzakarah kali ke-49 pada 19 Sempter 2000 telah membincangkan dan memutuskan isu Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Atau Syarikat Swasta bahawa wang pampasan yang diperolehi dari kematian pekerja, wang pampasan melalui tuntutan mahkamah, wang SOCSO dan seumpamanya tidak dianggap harta pusaka. 

Siapa Yang Berhak Terima Pampasan Takaful Syarikat?

Polisi Takaful personal yang dibayar sendiri lebih straight forward – pampasan itu akan diberikan kepada peneriama Hibah yang telah diletakkan semasa mendaftar polisi Takaful. Dalam keadaan polisi Takaful ini disediakan oleh syarikat sebagai benefit pekerja, pihak syarikat berhak untuk memberikan wang pampasan tersebut mengikut cara dan kepada siapa yang difikirkan layak. Sekiranya terdapat perjanjian antara pekerja dan pihak syarikat berhubung penama atau waris yang akan menerima pampasan tersebut, maka hendaklah dihormati perjanjian tersebut dan diberikan kepada penama. Sekiranya penama atau waris itu enggan menerima dan mencadangkan nama orang lain, pihak syarikat sewajarnya mengambil kira dan menghormati cadangan tersebut dengan memberikan wang tersebut kepada nama yang dicadangkan.

Maka, syarikat yang mencarum yang berhak menentukan kepada siapa pampasan tersebut diberikan.

balu ditinggal

Jika anda bergantung harap kepada pampasan Takaful syarikat untuk kelangsungan hidup waris, wajarlah untuk anda semak siapakah penerima yang telah diletak dalam rekod syarikat. Tapi jangan lupa, perindungan itu hanya berkuatkuasa selama mana anda kekal sebagai pekerja syarikat. Sekiranya anda berhenti atau diberhentikan, perindungan itu pun terhenti secara automatik. Makanya, jika anda mahu lebih secure, ambillah plan polisi Takaful personal – kadangkala ia dipanggil sebagai Hibah Takaful.

Rujukan: Muftiwp


Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This