Pada Hari Raya Aidil Adha hari ke-2 yang baru saja berlalu, saya telah meluangkan masa bertemu dengan prospek suami isteri yang berniat hendak mendaftar Hibah. Walaupun masih dalam mood bercuti Raya, saya setuju untuk berjumpa kerana ini sahaja masa yang mereka ada kerana mereka akan bekerja pada hari berikutnya. Prospek mempunyai sebab yang kuat untuk mendaftar Hibah, kerana mereka masih belum dikurniakan anak. Tambah lagi, loan rumah yang dibuat di bawah nama isteri seorang, tetapi rumah dimiliki bersama dengan suami.
Perbincangan berlangsung seperti yang biasa dilakukan. Saya ceritakan kesemuanya tentang pros and cons Hibah dan plan pengurusan al-Wasitah. Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar saya ambil dan prospek tandatangan dokumen akuan sebagai tanda bersetuju. Namun begitu, tindakannya hanya sekerat jalan. Keesokan harinya, prospek memaklumkan yang dia hendak batalkan pendaftaran Hibah. Alasan yang dinyatakan adalah ‘curiga’ sy adalah ‘pihak ketiga’, bukan directly di bawah WSB. Pihak ketiga, kerana ada tertera nama dan alamat agensi Kausar di name card.
Saya tarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk jelaskan dengan tenang. Sebagaimana syarikat Takaful dan hartanah, perunding yang hendak menjual produk dan servis syarikat haruslah berdaftar di bawah agensi sah yang berdaftar dengan syarikat. Syarikat biasanya tidak akan melayan prospek yang ingin berurusan terus dengan HQ, kerana itulah sistem jualan yang dipraktikkan. Syarikat ada peranannya yang tersendiri. Begitu juga agensi dan perunding pun ada peranannya yang tersendiri. Intrusions dalam melaksanakan peranan yang sepatutnya diuruskan oleh pihak lagi satu akan menjejaskan sistem jualan dan servis yang dibina. HQ tidak menjual, kerana ia akan mengakibatkan ‘persaingan’ yang tidak sihat. Malah mereka lebih produktif dan efisien bila fokus dalam job scope yang telah dikhaskan seperti menyediakan dokumen Hibah, product development dan sebagainya. Kerja-kerja jualan di leverage kepada perunding.
Agensi lah yg akan melaksanakan training produk dengan lebih mendalam, mengajar konsep dan skil jualan, memotivasikan perunding dan mewujudkan suasana positif dalam kalangan perunding. Biasanya perunding menjadi produktif bila berada di bawah agensi yg proaktif. Dalam konteks Pewarisan yg sarat dgn ilmu teknikal, agensi juga yang banyak berperanan menjawab persoalan dan berkongsi ilmu. Selain inisiatif perunding dan perkongsian dari Wasiyyah Shoppe itu sendiri lah.
Walaupun setelah saya nyatakan bahawa agensi BUKANLAH PIHAK KETIGA atau syarikat asing, in fact ini adalah sistem yang dilaksanakan oleh WSB, seperti yang dijelaskan di atas (sebagai info tambahan, saya adalah perunding di bawah Kausar, iaitu agensi di bawah Wasiyyah Shoppe yang terbesar), mereka tetap berkeras utk batalkan. Jarang sekali saya dapat prospek yg ada kekeliruan begini, tapi for the sake of clarity ingin sekali lagi saya tegaskan…
Kami perunding berdaftar di bawah WSB dan bukan pihak ketiga. Agensi Kausar tempat kami bernaung bukanlah syarikat yg terasing dari WSB, tapi ia adalah part of sistem jualan dalam WSB.
