Semua orang berdebar mendengar pembentangan Bajet 2019 hari ini. Saya hanya nak ulas dalam konteks perancangan harta dan urus pusaka sahaja. Bab lain biarlah pakar ekonomi ulas.
Bajet 2019: Duti Setem Hartanah Dinaikkan
Duti setem untuk pindahmilik hartanah bernilai RM 1 juta ke atas telah dinaikkan dari 3% kepada 4% mulai 1 Januari 2019.
Duti setem ini berkuatkuasa untuk tujuan pindahmilik di antara pemberi dan penerima semasa hidup DAN turunmilik yang berlaku berdasarkan DISTRIBUTION ORDER yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Sivil.
1. URUSAN PINDAHMILIK SEMASA HIDUP.
Kebetulan baru semalam saya ulas isu pandangan bahawa hibah mesti disusuli dengan perlaksanaan Borang 14A. Ulasan saya semalam ialah pindahmilik atau tidak, kedua2 kaedah sama berkesan. Cuma ada orang perlu kepada kaedah pindahmilik dan ada orang tidak perlu pindahmilik semasa hidup. Cukup sekadar dokumen hibah yang lengkap rukun dan syaratnya.
Hari ini YB Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan kadar duti setem bagi hartanah bernilai RM 1 juta ke 4% dari 3%.
Maknanya apa? Maknanya selepas 1 Jan 2019 kos untuk pindahmilik menjadi SEMAKIN MAHAL bagi orang yang ingin memindahmilik hartanah bernilai lebih RM 1 JUTA! Barang perlu diingati. Kita mungkin bukan orang kaya tetapi nilai hartanah kita sentiasa meningkat pada masa depan.
So apa penyelesaiannya jika kita inginkan anak kita memiliki hartanah kita sekarang? Buatlah HIBAH BERDOKUMEN di Wasiyyah Shoppe Bhd yang telah terbukti sama berkesan seperti pindahmilik! Jika kemudian hari kita nak jual atau tukar formula hibah pun senang.
Tapi kalau nak pindahmilik pun ok. Bayar je lah duti setem. Hasilnya pun akan digunakan untuk kesejahteraan kita juga ?
2. URUSAN TURUNMILIK DI PEJABAT TANAH MELALUI DISTRIBUTION ORDER MAHKAMAH TINGGI SIVIL.
Dari segi amalan dan bidang kuasa bila seseorang rakyat Malaysia meninggal dunia, agensi yg mempunyai bidang kuasa membicarakan kes pusaka ialah :
- Amanah Raya Berhad – harta alih RM 600 000 ke bawah.
- Pejabat Pusaka Kecil – harta alih DAN tak alih RM 2 juta ke bawah.
- Mahkamah Tinggi Sivil – harta alih dan / atau harta tak alih RM 2 juta ke atas.
Walaupun demikian ada pihak yang membawa kes yang sepatutnya dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil ke Mahkamah Tinggi Sivil. Pihak ini dilantik melalui wasiat yang melantik wasi. Alasannya, proses di Mahkamah Tinggi Sivil lebih cepat which is true.
Tetapi implikasi kosnya adalah sangat besar. Di Pejabat Pusaka Kecil, waris sendiri boleh failkan permohonan tetapi di Mahkamah Tinggi Sivil waris perlu lantik peguam. Selain itu ada pelbagai kos2 lain.
Apabila Pejabat Pusaka Kecil mengeluarkan Perintah Pembahagian yang mengandungi arahan pembahagian tanah dan waris mendaftarkannya di Pejabat tanah, tiada duti setem dikeluarkan.
Tetapi apabila Mahkamah Tinggi mengeluarkan Distribution Order yang mengandungi arahan pembahagian tanah dan waris mendaftarkannya di pejabat tanah, ada setem duti ďikenakan. Berapa kadarnya? Ikut apa yang YB Menteri Kewangan umumkan hari ini untuk hartanah bernilai RM 1 juta ke atas.
Udah le kena bayar fi pengurusan pusaka beberapa % dan pelbagai caj lain kepada pihak berkenaan, duti setem pun kena bayar juga.
Membawa kes pusaka kecil ke Mahkamah Tinggi Sivil selepas 1 Jan 2019 ini akan menyebabkan waris terbeban kos yang tidak perlu. Sepatutnya waris ini tidak perlu pun membayar duti setem in the first place jika kesnya dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil.
Ini dua kesan utama yang saya dapat lihat ke atas urusan perancangan harta dan urus pusaka.
Rakyat Malaysia ! Fahami kesan Bajet 2019 ke atas urusan perancangan harta dan urus pusaka anda!
RANCANG HARTA DAN URUS PUSAKA KINI TEPAT & MUDAH.
BIAR JADI PUSAKA JANGAN JADI PUAKA 2018
~ Tn Hj Ariffin Sabirin, Pengarah Wasiyyah Shoppe
