Masyarakat kita banyak mengagungkan materialistik dan kebendaan. Bawa kereta mewah dan nampak kaya berjaya kita julang tinggi. Yang kita tak nampak ialah berapa banyak hutang mereka di sekeliling pinggang. Biar papa asal bergaya, walaupun di luar kemampuan. Kerana ikutkan nafsu, ramai anak muda yang terikut-ikut sehingga ramai yang bankrap kerana loan kereta.
Menurut Jabatan Insolvensi, seramai 95,000 orang diisytiharkan bankrup antara tahun 2014 sehingga Ogos 2017, dan 60% daripadanya ialah mereka yang berumur 25 hingga 44 tahun. Kalau dikira purata, bermakna 14,000 orang muda bankrup setiap tahun!
Hutang Baik, Hutang Jahat
Setiap orang yang berhutang, tujuannya berbeza.

Robert Kiyosaki, penulis bestseller Rich Dad Poor Dad
Ada 2 jenis hutang menurut Robert Kiyosaki – hutang baik dan hutang jahat.
Hutang Baik ialah hutang yang memberi nilai tambah kepada peminjam seperti untuk sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan atau berhutang untuk membeli aset yang berpotensi untuk naik harga. Contohnya ialah meminjam bank untuk melabur dalam hartanah. Hasilnya anda dapat melalui cashflow daripada sewa ataupun jual balik hartanah untuk dapatkan capital gain.
Hutang Jahat pula memberi kesan yang sebaliknya. Hutang ini mengurangkan pendapatan, malah menambah beban untuk membayarnya. Membeli kereta untuk kegunaan sendiri adalah contoh hutang jahat. Nilai kereta berkurangan setiap tahun. Secara purata, harga kereta akan jatuh 19% selepas tahun pertama dibeli. Tiada capital gain yang anda dapat bila menjual kereta, hanyalah rugi semata.
Namun begitu, bukan semua hartanah itu hutang baik dan kereta itu hutang jahat. Ia bergantung kepada tujuan pembelian.
Rumah yang dibeli untuk duduk sendiri ialah liabiliti, bukan aset. Anda tidak dapat cashflow, malah mengurangkan pendapatan. Walaupun rumah sendiri itu satu keperluan, tapi ia adalah hutang jahat.
Kereta yang dibeli untuk disewa atau untuk buat Grabcar dan Uber itu pula hutang baik. Sebab ia menghasilkan pendapatan tambahan.
Berhutang untuk memulakan perniagaan tidak kurang risikonya. Menurut Puan Ainon, 93% bisnes tutup dalam tempoh 3 tahun selepas dibuka, dan 95% tutup selepas 5 tahun. Apabila bisnes tutup, hutang tidak mampu dibayar dan akhirnya jatuh bankrap.
Ada juga yang berhutang untuk membuat pelaburan. Ramai yang membuat pinjaman bank untuk financing ASB dan membayar untuk tahun pertama sahaja.. untuk tahun seterusnya rolling modal dari dividen. Ada yang sanggup berhutang untuk masuk ke MLM dan skim cepat kaya kerana terpikat dengan return tak masuk akal.
Hutang Baik dan Jahat itu hanyalah satu terma. Yang penting ialah kita berfikir dahulu kesan daripada hutang yang dibuat sebelum bertindak. Membeli rumah untuk kegunaan sendiri itu nama sahaja hutang jahat, tetapi jika dilengkapkan dengan MRTA, hutang akan terus terlangsai dan waris akan mendapat manfaat rumah itu.
Punca Bankrap Terbanyak
Menurut statistik, punca bankrap terbanyak adalah disebabkan oleh pinjaman kereta (26.63%), personal loan (25.48%), pinjaman perumahan (16.87%) dan pinjaman bisnes (10.24%).
Seperti yang dibincangkan di atas, kebiasaannya pinjaman kereta dan personal loans adalah daripada jenis hutang jahat. Kerana peer pressure, graduan yang baru bekerja termakan dengan godaan untuk membeli kereta di luar kemampuan. Fikirkan semula.. berbaloikah bankrap kerana loan kereta?
Tidak lupa juga personal loan untuk menampung kos perubatan kerana tiada Medical Card. Ataupun pinjaman yang dibuat oleh bakal pengantin untuk kos hantaran yang tinggi. Atau pelbagai sebab yang lain.
Kebanyakan kes bankrap berlaku di negeri-negeri kaya iaitu Selangor (72,114), Federal Territories (46,377), Johor Bharu (41,179) dan Pulau Pinang (22,136).
Bagaimana seseorang boleh diisythar Bankrap
Seseorang itu diisytiharkan bankrap melalui Perintah Mahkamah apabila dia tidak mampu menjelaskan sejumlah hutang.
Terdapat dua kaedah Perintah Mahkamah boleh dikeluarkan – melalui permohonan pemiutang terhadap penghutang yang tidak menjelaskan hutang melebihi RM30,000 ataupun seseorang itu secara sukarelanya membankrapkan diri sendiri.
Sekatan Apabila Bankrap
Seseorang yang diisytihar bankrap akan mengalami sekatan seperti berikut:
1) Tidak boleh menggunakan kad kredit melebihi RM1,000
2) Akaun simpanan ditutup dan transaksi disekat. Boleh memohon akaun diaktifkan dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) untuk tujuan kemasukan gaji.
3) Tidak boleh pindahmilik harta kepada pihak ketiga. Harta automatik di bawah hak KPI.
4) Tidak boleh ke luar negara kecuali dengan kebenaran bertulis KPI/Mahkamah
5) Tanpa kebenaran, tidak boleh bekerja di syarikat milik pasangan, anak atau saudara-mara. Dan tidak boleh menjalankan perniagaan pemilikan tunggal.
6) Tidak boleh memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen, penjawat awam, badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi, atau profosien tertentu seperti peguam, akauntan, pelikuidasi, juruukur kuantiti atau pengarah syarikat.
7) Tidak boleh mengekalkan apa-apa tindakan tanpa saksi KPI selain daripada tindakan untuk ganti rugi dalam kecederaan kepada orang lain
8) Pencen dan ganjaran lain yang diberikan kepada bankrap terletak di bawah hak KPI untuk tentukan berapa untuk dibahagikan kepada pemiutang dan bankrap.
Puncanya Lemah Pengurusan Kewangan
Antara punca tingginya kadar bankrap terutamanya dalam kalangan orang muda ialah kerana lemahnya pengurusan kewangan. Gaji yang baru masuk dihabiskan untuk keseronokan sementara, makan mewah dan dan sebagainya. Terdapat bermacam risiko tak terjangka dalam hidup yang sememangnya memerlukan peruntukan wang. Jika tiada wang kecemasan, dari mana sumber wang nak dikorek?
Ada risiko yang boleh dikawal dan dilindungi.
Risiko yang boleh dilindungi seperti sakit atau accident. Ia boleh dilindungi dengan plan Takaful.
Risiko mati itu suatu yang pasti. Tapi yang boleh kita kawal dan tentukan ialah bagaimana harta hendak dibahagikan. Boleh gunakan instrumen Hibah dan Wasiat. Namun jika jatuh bankrap, harta yang ada tetap akan digunakan untuk melangsaikan hutang terlebih dahulu sebelum
Sebab itu, berpada-pada membuat hutang. Jangan sampai bankrap.
.
Sumber:
- Hibah Tanah Rezab Melayu - April 16, 2025
- Simpan Duit Anak: KWSP Bukan Tempatnya - April 13, 2025
- RM12.7 Bilion Wang Tak Dituntut – Adakah Anda Salah Seorang Pemiliknya? - March 12, 2025