Saya telahpun menulis dalam artikel-artikel sebelum ini mengenai perbandingan produk hibah keluaran Wasiyyah Shoppe dengan penyedia servis hibah pusaka yang lain seperti Amanah Raya, MAIS, syarikat amanah lain dan peguam.

Bagaimanapun, saya tidak menyebut secara spesifik produk syarikat mana yang dibandingkan. Ini bagi menjaga etika jualan kerana saya mewakili Wasiyyah Shoppe sahaja. 

Pun begitu saya faham..  agak sukar bagi prospek menyelami signifikan perbezaan produk servis hibah antara penyedia-penyedia tersebut dan kesannya kepada waris kerana ia agak teknikal untuk difahami.

Maka di sini saya cuba sekali lagi untuk meringkaskan kelebihan produk servis hibah keluaran Wasiyyah Shoppe untuk anda bezakannya dengan keluaran penyedia perkhidmatan yang lain.

 

Latar Belakang dan Produk Servis Hibah Wasiyyah Shoppe Berhad

Wasiyyah Shoppe bertapak kukuh dalam penawaran solusi Hibah di Malaysia 

“Apa bukti dokumen Hibah yang disediakan Wasiyyah Shoppe ni ‘terjamin’?”

Pengalaman 20 TAHUN (2004 – kini) menawarkan solusi Hibah dan perancangan pewarisan harta orang Islam. 

✅ Dari awal penubuhan sehingga kini, produk teras Wasiyyah Shoppe ialah Hibah. Syarikat tidak membuat wasiat harta kepada waris.  

✅ Wasiyyah Shoppe merupakan pelopor solusi di Malaysia bagi penyediaan dokumen hibah rumah yang masih dalam pinjaman bank atau LPPSA. 

✅ Berjaya mendapat lebih 400 kes pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah TANPA KALAH.

 

 

Wasiyyah Shoppe adalah syarikat berstatus SYARIKAT AMANAH (trustee)

“Macam mana kalau syarikat tutup kedai?”

“Kalau syarikat tutup, waris nak rujuk siapa nanti bila pemilik harta dah tiada?”

✅ Kesinambungan operasi syarikat sampai ‘bila-bila’ kerana syarikat amanah TIDAK BOLEH DITUTUP tanpa amanah klien diselesaikan terlebih dahulu. 

 

 

Servis Wasiyyah Shoppe komprehensif dan KHUSUS dalam pewarisan harta orang Islam. 

Anda prefer memilih syarikat yang berdedikasi menjual satu jenis barang sahaja, atau syarikat yang menjual semua jenis barang? 

Fokus servis HANYA dalam niche pewarisan harta orang Islam, iaitu Hibah, Wasiat, Urus Pusaka dan Amanah. Tidak menawarkan perkhidmatan dalam bidang-bidang servis lain yang tidak berkaitan.

✅ Servis Wasiyyah Shoppe tidak sekadar menyediakan dokumen hibah semata-mata. Tetapi juga bagi proses-proses selanjutnya — prosedur turunmilik harta hibah kepada penerima dan cabaran mendatang sekiranya hibah dicabar waris, perlukan pengesahan Hibah di Mahkamah dan sebagainya.    

 

Panel Penasihat Wasiyyah Shoppe Bukan Calang-calang

“Macam mana nak pastikan dokumen Hibah yang dibuat ni sah mengikut syara’ dan praktis undang-undang?”

✅  Untuk mendraf dokumen Hibah dan memastikan waris klien tidak akan menghadapi masalah, memerlukan nasihat kepakaran dari pelbagai sudut pengetahuan – Fiqh al-Mawarith, akta spesifik harta, undang-undang Syariah dan Sivil, serta amalan perlaksanaan prosedur di Pusaka Kecil dan Mahkamah. 

✅ Barisan panel penasihat Wasiyyah Shoppe lengkap dalam semua bidang yang diperlukan. Diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan dibarisi oleh ahli akademik serta practitioner – bekas pegawai kanan pusaka kecil. 

 

 

Syarikat lain pun ada buat Hibah Bersyarat.. apa beza?

Kalau ditanya soalan ini beberapa tahun yang lepas, mudah untuk saya jawab kerana dalam kalangan syarikat amanah pada masa itu, hanya Wasiyyah Shoppe yang menawarkan solusi untuk hibah bersyarat bagi rumah yang masih dalam pinjaman. 

Ketika itu, kebanyakan penyedia servis hanya membuat hibah bagi harta yang TIADA HUTANG sahaja. 

Namun kebelakangan ini, permintaan masyarakat untuk membuat Hibah harta semakin meningkat. 

Syarikat pusaka yang baru tumbuh bak cendawan.  Semakin banyak syarikat yang mula turut menawarkan solusi dokumen Hibah Bersyarat. 

Dari kulit dokumen seakan sama, tetapi sebenarnya banyak bezanya. Jika nak diterangkan sehingga prospek betul-betul faham agak mencabar kerana prospek perlu faham banyak teknikaliti perundangan dan prosedur yang terbabit. 

Maka menjawab persoalan perbezaan dokumen Hibah Bersyarat keluaran Wasiyyah Shoppe dengan penyedia yang lain, lebih mudah untuk saya sandarkan jawapan pada empat kelebihan produk servis Wasiyyah Shoppe seperti yang telah diterangkan: 

 

✅ Solusi pewarisan yang established dengan pengalaman 20 tahun menyediakan dokumen Hibah.

✅ Terjamin untuk terus wujud dan tidak tutup kedai menerusi status syarikat amanah. 

✅ Penawaran servis end-to-end yang lengkap dan memudahkan waris. Bukan sekadar penyedia dokumen.

✅ Mementingkan kesempurnaan solusi. Pelaburan besar bagi mendapatkan khidmat panel penasihat yang berkepakaran khusus. 

 

Dari empat kelebihan di atas, maka terhasillah produk servis Hibah Bersyarat yang lebih terjamin kualiti keberkesanannya. 

Beza Hibah Bersyarat keluaran Wasiyyah Shoppe dengan penyedia servis yang lain bersandarkan pada pengalaman yang luas dalam Hibah dan kepakaran perundingan dari panel penasihat. 

Buat prospek yang mencari solusi hibah, elakkan dari menilai semata-mata pada kos produk sekarang ini. Tetapi telitilah pada kos keseluruhan, termasuk ‘hidden cost‘ semasa perlaksanaan turunmilik harta hibah kepada penerima hibah. 

Pemilihan syarikat penyedia hibah teramatlah penting.

Sekiranya hibah yang disediakan itu terbatal, kesannya LEBIH MAHAL kepada penerima Hibah yang anda hasratkan. 

 

Untuk membuat Hibah harta dengan solusi Wasiyyah Shoppe, boleh Whatsapp saya, Ansari 019-749 8210

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This