Bila menyebut tentang syarat untuk memohon perlindungan Takaful, kebanyakan masyarakat sudah tahu bahawa polisi Takaful hanya boleh diambil semasa masih sihat sahaja. Jika sudah sakit, syarikat berhak menolak permohonan sekiranya dinilai sakit itu sudah kronik dan tidak ‘economically feasible’ untuk dilindungi. Jangan salahkan syarikat kerana ia bersangkut paut juga dengan tabung tabarru’ sumbangan peserta-peserta Takaful yang lain.

Persoalan sama juga timbul untuk Hibah. Berbeza dengan Takaful, soalan ‘bila last boleh buat Hibah’ ini jarang timbul kerana umumnya masyarakat masih belum benar-benar memahami tentang konsep Hibah. Maka itulah peranan kami sebagai perunding Wasiyyah Shoppe, iaitu untuk memahamkan masyarakat mengenai Hibah agar mereka menyegerakan penyediaan dokumen Hibah sebelum hilang kelayakan.

Bagi kebanyakan orang, apa yang difahami dengan Hibah ialah ia bermaksud hadiah, dan harta yang dihadiahkan itu diberi oleh pemilik harta semasa hidup. Jika pemilik sudah meninggal, maka tiada lagi ruang untuk Hibah kerana harta tersebut kini menjadi harta pusaka dan tertakluk kepada pembahagian Faraid.

Pendek kata, Hibah itu adalah perancangan harta semasa hidup.

Sebenarnya masih ada syarat lain yang menentukan keadaan di mana Hibah sudah tidak lagi boleh dibuat atas sebab-sebab yang tertentu.

Keadaan ini disebut sebagai ‘Marad al-Maut’.

Marad al-Mawt

Ringkasnya, Marad al-Mawt bermaksud ‘sakit yang membawa kepada kematian’. Sukar untuk membuat senarai kondisi penyakit-penyakit yang dihidapi, tetapi secara umumnya seperti berikut:

  • Penyakit itu membawa kepada kematian
  • Pesakit mati dalam tempoh kurang setahun akibat penyakit tersebut, atau selepas setahun dalam keadaan penyakit bertambah serius.
  • Penyakit itu boleh melupakan pesakit itu daripada kepentingan yang bersifat keduniaan.

Untuk mudah memahami, antara contoh Marad al-Mawt ialah kanser kronik tahap empat, terlantar dalam vegetative state dan sebagainya.

Hibah Semasa Marad al-Mawt

Sekiranya Hibah dibuat dalam keadaan pemilik harta Marad al-Mawt, kesannya amatlah besar terhadap waris yang sepatutnya menjadi penerima Hibah. Hibah yang dibuat itu boleh ditolak dan taraf dokumen tersebut samalah seperti pemberian Wasiat dan tertakluk kepada hukum Wasiat iaitu:

  • Maksimum 1/3 daripada harta
  • Penerima bukan dalam kalangan waris, melainkan mendapat persetujuan waris-waris yang lain.

Kesimpulan

Masyarakat kita memang suka bertangguh, terutamanya apabila melibatkan perancangan harta dan kewangan. Malangnya, masa terakhir untuk Hibah tidak berada di bawah kawalan kita. Sakit dan mati itu termasuk dalam ilmu dan rahsia Allah. Dan bila ia tiba, hilang sudah kelayakan untuk Hibah. Yang ada cuma wasiat, atau pusaka.

Buatlah Hibah, agar waris tidak Hiba. Whatasapp saya Ansari, 019-749 8210 untuk details

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This