Dalam masyarakat kita, isu pembahagian harta pusaka sering menjadi topik yang sensitif, terutamanya apabila melibatkan tuntutan waris yang berbeza kepentingan. Salah satu cabaran utama ialah apabila terdapat waris yang menuntut imbalan tebus pusaka yang lebih kerana merasakan dirinya lebih berhak atas sebab-sebab tertentu.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan satu contoh situasi yang sering berlaku dalam realiti masyarakat: seorang suami meninggal dunia, meninggalkan ibu, isteri, dan anak lelaki. Isteri ingin menebus rumah pusaka, tetapi ibu menuntut lebih dengan alasan pengorbanannya lebih besar.
Persoalannya, bagaimana penyelesaian terbaik dalam situasi ini?
Adakah hibah takaful dapat membantu, atau adakah lebih baik menghibahkan harta sejak awal?
Contoh Situasi Tebus Pusaka
Aset pusaka: Rumah bernilai RM500,000
Waris:
✅ Ibu
✅ Isteri
✅ Anak lelaki
Waris | Bahagian Asal | Nilai (RM) | |
---|---|---|---|
Ibu | 1/6 | 4/24 | 83,333 |
Isteri | 1/8 | 3/24 | 62,500 |
Anak lelaki | Asabah (baki) | 17/24 | 354,167 |
📌 Masalah Yang Timbul
1️⃣ Ibu arwah tidak mahu melepaskan hak Faraid ke atas rumah. Maka isteri arwah mencadangkan solusi tebus rumah pusaka iaitu membayar sejumlah wang. Secara idealnya, nilaian wang yang dibayar itu bersamaan dengan hak faraid ibu arwah mengikut nilai pasaran rumah. Tetapi hak ibu adalah ke atas rumah, maka dia bebas menetapkan ‘harga’ yang perlu dibayar sebagai imbalan.
2️⃣ Ibu menuntut hak faraidnya serta meminta lebih daripada bahagiannya dengan alasan:
-
Dia yang melahirkan dan membesarkan arwah serta berkorban untuk pendidikannya.
-
Tempoh perkahwinan arwah dan isteri sangat singkat, dan menurutnya sumbangan isteri terhadap arwah tidak setanding pengorbanannya sebagai ibu.
-
Hak faraid ibu: RM83,333, tetapi dia menuntut RM150,000 kerana merasakan dia lebih berhak.
3️⃣ Isteri bercadang menggunakan wang hibah takaful yang diterimanya untuk membayar ibu bagi menebus rumah pusaka.
4️⃣ Tetapi, setelah mengetahui isteri menerima wang hibah takaful, ibu meminta lebih lagi!
-
Ibu berkata, “Hibah takaful yang beratus ribu itu pun sepatutnya ibu dapat juga sebahagian… sebagai ibunya!“
5️⃣ Isteri kini dalam dilema – walaupun dia mampu membayar menggunakan wang hibah takaful, dia rasa tidak adil dan diambil kesempatan oleh ibu arwah untuk meminta lebih.
Disclaimer: Watak ibu boleh digantikan dengan mana-mana waris yang lain. Tiada niat untuk menggambarkan ibu sebagai watak antagonis yang tamakkan harta
🔍 Persoalan 1: Adakah Hibah Takaful Penyelesaian Terbaik Untuk Tebus Pusaka?
✅ Hibah takaful boleh menjadi sumber kewangan bagi menebus pusaka tanpa perlu menjual aset arwah.
✅ Namun, ada risiko
- Waris lain mungkin meminta lebih setelah mengetahui isteri menerima wang hibah takaful.
- Waris lain berkeras mahukan hak ke atas rumah tersebut dan menolak tebus pusaka, atas apa-apa sebab sekalipun.
💡 Kenapa ibu boleh meminta lebih setelah tahu isteri dapat hibah takaful?
🔹 Persepsi tidak adil – Ibu mungkin merasakan dia lebih berhak kerana pengorbanannya sejak kecil.
🔹 Hibah dianggap sebagai “harta pusaka tambahan” – Sedangkan hibah adalah pemberian mutlak kepada penerima yang tidak termasuk dalam faraid.
🔹 Tekanan emosi dan keperluan kewangan – Jika ibu menghadapi masalah kewangan, dia mungkin merasakan ini peluang untuk menuntut lebih.
🔍 Persoalan 2: Adakah Lebih Mudah Untuk Hibahkan Harta Itu Sahaja?
💡 Jika arwah suami telah hibahkan rumah kepada isteri sebelum meninggal, masalah ini tidak akan timbul!
✅ Rumah bukan lagi harta pusaka, jadi tidak perlu dibahagikan ikut faraid.
✅ Isteri TIDAK PERLU membayar tebus pusaka kepada ibu kerana rumah itu sudah menjadi miliknya secara sah melalui hibah.
✅ Mengelakkan konflik perebutan harta pusaka – rumah sudah dikeluarkan dari pembahagian pusaka.
🔹 Tetapi, hibah juga ada cabarannya:
-
Dokumen hibah perlu dipastikan menepati rukun dan syaratnya (rujuk pakar lebih mudah dan selamat)
-
Waris boleh mencabar kesahan hibah di mahkamah (Hibah TIDAK TERBATAL, tetapi perlukan pengesahan hibah dari hakim).
Untuk dapatkan servis deklarasi hibah harta, sila Whatsapp saya Ansari 019-749 8210
- RM12.7 Bilion Wang Tak Dituntut – Adakah Anda Salah Seorang Pemiliknya? - March 12, 2025
- Bila Tebus Pusaka Gagal Jadi Penyelesaian: Waris Meminta Lebih Dari Harga Pasaran - March 5, 2025
- Hibah Harta: Panduan Lengkap (2025) Kaedah Pewarisan Harta Islam - February 15, 2025