Minggu lepas saya melakar sejarah peribadi, yang saya rasa wajar untuk saya abadikan di laman website ini. Buat kali pertamanya saya menyahut jemputan sebagai penceramah bagi berkongsi tentang hibah, wasiat dan pengurusan pusaka. Sebelum ini, saya banyak berurusan secara face-to-face. Syukur kerana ini adalah langkah besar saya ke arah menjadi penceramah rasmi mewakili Wasiyyah Shoppe Berhad.
Bila dah diluluskan nanti, bolehlah jemput saya untuk berceramah ya. Lebih mudah nanti untuk saya luaskan capaian dalam masyarakat bagi meningkatkan kesedaran dan menyebarluas sedikit ilmu pengetahuan yang saya ada mengenai perancangan harta dan pengurusan pusaka.
Masyarakat amnya masih kabur dan harta beku yang terkumpul yang majoritinya harta umat Islam saban tahun semakin meningkat. Ini berlaku kerana kurangnya ilmu tentang prosedur pusaka dan tidak merancang pembahagian harta semasa masih hidup.
Mujur kebelakangan ini ramai yang sudah peka dengan hibah. Sekurang-kurangnya tahu yang hibah itu ada fungsinya yang penting dalam merancang harta. Tidaklah terikut-ikut dengan membuat wasiat, sehingga menyangka masalah pusaka akan selesai setelah berwasiat kepada waris!
Akhir kata, saya menanti khabar baik kelulusan dari Wasiyyah Shoppe Berhad untuk menjadi penceramah rasmi. Doakan saya!
- Hibah Solusi Bagi Muallaf Wariskan Harta Kepada Keluarga Bukan Islam - November 11, 2024
- Old Money: Warisan Kekayaan dan Pewarisan Harta dari Generasi ke Generasi - November 10, 2024
- Takaful untuk Langsai Hutang: Pilih Agihan Secara Hibah atau Wasi? - November 6, 2024