Simpanan Syariah di KWSP telah wujud sejak tahun 2016-2017 lagi, namun sambutannya tidak memberangsangkan dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Ada yang enggan bertukar atas alasan dividen simpanan syariah tidak setara dengan dividen simpanan konvensional. 

Memang benar setakat ini ia belum lagi menyamai, namun perbezaan dividen 0.1% yang baru diumumkan kelmarin sepatutnya mengubah tanggapan golongan tersebut untuk terus bertindak.

Semasa awal pengenalan simpanan syariah dahulu pun, CEO KWSP ketika itu telahpun menjangka sebahagian besar golongan menantikan prestasi dividen yang baik sebelum bersetuju untuk bertukar kepada simpanan syariah. Hanya sekitar 700 ribu dari 14 juta pencarum KWSP yang terus memohon pertukaran.

Golongan ini menurut CEO KWSP adalah mereka yang menitikberatkan konsep patuh Syariah.

“Mereka tidak begitu risau dengan jumlah dividen, mereka hanya mahukan produk yang patuh Syariah”

Sebagai umat Islam, sepatutnya kita tidak berlengah-lengah memilih pilihan yang halal dan tiada riba’. Apabila KWSP buka sahaja pilihan patuh Syariah, kita tidak menunggu sehingga dividen tinggi, baru nak beralih.

Apatah lagi apabila dividen dari simpanan konvensional dibersihkan, baki yang halal digunakan LEBIH SEDIKIT dari dividen simpanan syariah. Contoh pengiraan ada di penghujung artikel.

 

Sejarah Dividen KWSP Simpanan Syariah dan Konvensional

Dividen simpanan syariah pertama kali diagihkan bagi simpanan tahun 2017.

Sepanjang 6 tahun agihan, dividen bagi simpanan shariah acapkali kurang dari dividen simpanan konvensional.

kwsp syariah

Dividen bagi simpanan syariah tahun 2023 masih lagi lebih rendah pada 5.40% berbanding 5.50% bagi dividen simpanan konvensional.

Bezanya hanya 0.1%!

 

 

Penyucian Dividen Simpanan Konvensional KWSP 

Bagaimana caranya untuk menentukan berapa banyak peratusan dividen simpanan KWSP yang perlu disucikan?

Maklumat tersebut dikongsi oleh KWSP.

Nilai peratusan yang perlu disucikan berbeza mengikut tahun dividen dikeluarkan, kerana ia mengambil kira tempat wang-wang tersebut dilaburkan.

Berapa banyak bahagian pelaburan tidak patuh syariah yang dibuat pada tahun tersebut.

 

Pengiraan ringkas bagi dividen konvensional simpanan tahun 2023:

Dividen 5.5%
Kadar perlu disucikan 66% dari jumlah dividen
Peratusan dividen perlu disucikan 3.63%
Peratusan dividen yang halal 1.87%

Bermakna..

Dividen yang halal digunapakai dari simpanan konvensional HANYA 1.87% sahaja

berbanding dividen simpanan syariah 5.4%!

 

Tunggu apa lagi tu?!

Bertukarlah ke simpanan syariah SEGERA!

 

Wallahua’lam..

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This