Apa Itu Hibah Harta?
Hibah harta ialah pemberian secara sukarela oleh pemilik harta kepada penerima tanpa mengharapkan balasan.
Hibah adalah satu amalan yang digalakkan. Ia memastikan harta diagihkan mengikut kehendak pemilik dengan lebih teratur dan jelas.
Salah Faham Antara Hibah dan Wasiat
✅ Wasiat hanya berkuat kuasa selepas kematian, pemberian kepada BUKAN WARIS dan tertakluk kepada had 1/3 harta kecuali dengan persetujuan waris.
✅ Hibah berkuat kuasa semasa hayat pemberi dan tidak tertakluk kepada had tertentu, menjadikannya lebih fleksibel dalam perancangan harta.
Beza Hibah Harta Dengan Hibah Takaful
🏠 Hibah Harta → Pemilik memberikan harta yang dimiliki kepada penerima.
🏦 Hibah Takaful → Pemilik melantik penerima manfaat pampasan takaful apabila berlaku kematian.
Jenis-Jenis Hibah Harta
🏡 Hibah Mutlak – Pemberian harta tanpa syarat dan terus menjadi milik penerima.
📜 Hibah Bersyarat – Pemberian yang mempunyai syarat tertentu.
Jenis hibah bersyarat yang lazim ialah Hibah Bersyarat Ruqba, iaitu hibah dengan syarat bahawa jika penerima meninggal dunia sebelum pemberi, harta akan kembali kepada pemberi.
Rukun Hibah dan Syarat Qabd
Rukun Hibah
👤 Pemberi hibah (Wahib)
🎁 Penerima hibah (Mawhub lahu).
🏠 Harta yang dihibahkan (Mawhub)
🗣️ Ijab dan Qabul
Syarat Hibah
Qabd – Penyerahan harta yang dihibah kepada penerima
Kelebihan Hibah Harta Bagi Penerima Yang Kritikal Memerlukannya
👩❤️👨 Melindungi kebajikan pasangan – Contohnya, isteri hanya berhak ke atas 1/8 (atau 1/4) harta suami, tetapi boleh diberikan lebih melalui hibah.
👶 Memastikan anak angkat dan anak tiri mendapat bahagian harta – Mereka tidak termasuk dalam waris faraid, tetapi boleh menerima melalui hibah.
♿ Menjamin kelangsungan hidup ahli keluarga kurang upaya (OKU) – Memastikan mereka terus mendapat sokongan kewangan dan harta.
👵 Membantu ibu bapa tua yang bergantung kepada anak – Jika anak yang menyara mereka meninggal dunia, hibah boleh menjadi jaminan kewangan, tempat tinggal dan harta bagi mereka.
⚖️ Mengelakkan pertikaian keluarga – Dengan hibah, pemilik harta dapat menentukan sendiri siapa penerima dengan jelas, dan disebabkan itu mengurangkan risiko perebutan harta.
📜 Bagaimana Cara Buat Hibah Harta?
🏠 Kenalpasti harta yang ingin dihibahkan.
✅ Pilih jenis hibah yang sesuai.
📞 Dapatkan khidmat pakar untuk dokumentasi hibah secara bertulis.
🏛️ Kepentingan Membuat Hibah Dengan Syarikat Pakar & Berpengalaman
📌 Berpengalaman dalam perancangan hibah dan pengurusan selepas kematian penghibah
📑 Menawarkan dokumentasi yang kukuh, menepati syara’ dan undang-undang
🏦 Menyediakan khidmat nasihat yang menyeluruh
⚖️ Menguruskan proses perlaksanaan turunmilik harta hibah kepada penerima
👨💼 Pentingnya Memilih Perunding Hibah Berpengalaman
🧠 Menerangkan konsep hibah secara komprehensif
🛠️ Membantu merangka strategi hibah terbaik
📄 Membimbing proses dokumentasi dengan tepat
🔄 Urusan pentadbiran hibah lebih lancar
❓ Soalan Lazim (FAQ) Tentang Hibah Harta
Siapa yang patut mempertimbangkan hibah harta?
🔹 Mereka yang ingin memastikan harta diberikan kepada individu tertentu dengan lebih tersusun dan jelas.
Adakah hibah sesuai untuk semua jenis aset?
✅ Hibah boleh dibuat untuk kebanyakan jenis harta. Antaranya seperti di bawah:
Apakah perbezaan antara hibah mutlak dan hibah ruqba?
🏡 Hibah mutlak → Pemberian harta tanpa syarat.
🔄 Hibah ruqba → Jika penerima meninggal dunia sebelum pemberi, harta kembali kepada pemberi.
Berapa kos untuk buat hibah?
Kos hibah boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:
✅Kos Dokumentasi Hibah – kos yang terlibat dalam penyediaan dokumen hibah semasa hidup penghibah.
✅Kos Perlaksanaan Pindah Milik Hibah Selepas Kematian (kebiasaannya) Penghibah.
Panjang lebar nak bincangkan tentang kos dan pakej. Senang Whatsapp saje ya seperti di bawah..
📞 Ingin buat hibah harta dengan mudah? Whatsapp Ansari 019-749 8210
- Hibah Harta: Panduan Lengkap (2025) Kaedah Pewarisan Harta Islam - February 15, 2025
- Hukum Pemberian Hibah Tidak Sama Rata kepada Anak dalam Islam - February 14, 2025
- Hibah Solusi Bagi Muallaf Wariskan Harta Kepada Keluarga Bukan Islam - November 11, 2024