Banyak jenis harta yang boleh dihibahkan, namun seringkali rumah yang menjadi keutamaan. Bukan kerana aset lain kurang penting untuk hibah… penting dan perlu juga kerana waris tetap perlukan wang untuk teruskan hidup.

Namun melihatkan kepada rumah sebagai keperluan asasi, kita semua perlukan tempat berteduh.   

Tambah lagi rumah merupakan aset bernilai tinggi dan umumnya terus meningkat nilaiannya. Oleh yang demikian, rumah berisiko menjadi rebutan para waris.

Majoriti masyarakat masih terikat dengan pembiayaan bank. Untuk makluman, penyediaan dokumen hibah rumah yang masih dalam pinjaman lebih kompleks berbanding rumah yang tiada hutang.

Terdapat isu berkaitan rukun hibah yang perlu dirungkai bagi memastikan dokumentasi hibah rumah yang dibuat itu sempurna dan tiada cacat celanya.  

 

Hartanah – Aset KRITIKAL untuk diHibah

Rumah adalah keperluan asas hidup berkeluarga. Kita boleh hidup tanpa kereta dan barang kemas, tetapi semua orang perlukan tempat berteduh.

Sepertimana ungkapan “Rumahku Syurgaku“, inilah juga tempat keluarga mencurahkan kasih sayang.

Nilai nostalgia sesebuah rumah kediaman menjadikannya harta yang sangat berharga yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Lebih-lebih lagi apabila ia dibeli dengan jerit perih pasangan suami isteri membanting tulang bersama.

Namun nilaian nostalgia tersebut hanya dapat dirasai oleh mereka yang terlibat secara langsung sahaja. Iaitu suami, isteri dan mungkin anak-anak. 

.

Ketahui Hak Faraid Isteri, Anak dan Waris Lain

Sekiranya pemilik harta tiada membuat Hibah semasa hidupnya, maka rumah dan harta peninggalannya yang lain akan dibahagi kepada waris-waris Faraid dan bahagian hak setiapnya berbeza-beza.

Sebagai contoh, isteri (bagi suami yang ada anak) akan mendapat hak 1/8 daripada harta pusaka arwah suami.

Bayangkan rumah dibahagi 8, bahagian isteri anda mungkin hanya ruang dapur sahaja!

Ruangan rumah yang lain perlu diserah kepada waris yang lain.

Sekiranya waris-waris lain berkeras menuntut hak ke atas rumah berkenaan, kehidupan isteri dan anak mungkin tidak sama lagi.

 

Hibah rumah

Ilustrasi untuk Joint Loan rumah. Apabila suami meninggal, isteri hanya dapat 1/8 atau 12.5% sahaja daripada bahagian suami.

.

Anak baru 2 & 5 tahun apabila suami meninggal. Terpaksa menjual rumah dan urus prosedur apabila ibu mertua tuntut hak. Walaupun bahagiannya (1/8) lebih sedikit dari mertua (1/6)

 

Sekiranya ia terjadi, apa pilihan yang ada pada isteri?

😭 Jual rumah, dan bahagikan hasil jualan mengikut hak Faraid?

😭 Berkongsi menetap di rumah dengan waris-waris lain?

😭 Cari rumah lain?

Tidak praktikal untuk membahagikan hak Faraid mengikut ruangan fizikal rumah – seorang dapat dapur, ruang tamu, bilik dan sebagainya.

Rumah bukanlah suatu aset yang mudah dipecah untuk dibahagikan.

 

Adakah Waris Akan Melepaskan Hak Begitu Sahaja?

Meskipun Hukum Faraid telah menggariskan hak bagi setiap waris, para waris boleh memilih untuk ‘takharuj‘, iaitu melepaskan hak Faraid ke atas rumah tersebut. 

Ataupun ber’muafakat‘ dengan kaedah penyelesaian tertentu.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada ihsan dan persetujuan waris-waris tersebut. Sekiranya mereka tetap menuntut hak ke atas rumah tersebut, maka tidak boleh dinafikan hak Faraid mereka.

Perlu difikirkan…

🙍 Adakah waris akan melepaskan hak begitu sahaja, tanpa sebarang balasan?

🙍 Mencabar iman untuk melepaskan hak ‘durian runtuh’ pusaka.

Melalui hibah, pemilik harta boleh menetapkan hak ke atas rumah tersebut kepada penerima hibah.

Dan waris-waris lain tidak lagi boleh menuntuk hak ke atas harta berkenaan yang telah dihibahkan.

 

Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) / Masih Dalam Pinjaman

Hibah merupakan akad pemberian milik sesuatu harta oleh pemilik harta semasa hidupnya secara sukarela dan tanpa mengharapkan balasan.

Dalam bahasa lain, ia membawa maksud hadiah yang diberikan atas dasar kasih sayang.

Hibah rumah dalam pinjaman lebih kompleks untuk disediakan dan dilaksanakan.

Hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja banyak peguam dan syarikat pusaka yang mula menawarkan perkhidmatan menyediakan hibah bersyarat rumah bercagar (HBRB).

Terutamanya setelah keluar fatwa menyokong perlaksanaan hibah rumah dalam pinjaman.

Sebelum ini banyak yang menolak kerana sebab-sebab tertentu, antaranya kerana isu-isu mengenai teknikaliti hibah harta bercagar yang sukar dirungkai. Perlukan kepakaran dan pengalaman untuk memastikan dokumen dan akad hibah dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Antara isu hibah rumah dalam pinjaman ialah mengenai syarat ‘pemilikan sempurna’, berbangkit disebabkan rumah tersebut telah dicagarkan kepada pihak bank.

Namun Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) yang beroperasi sejak tahun 2004 telahpun lama menemui solusinya dan seterusnya menawarkan servis HBRB kepada masyarakat.

 

Apa yang membuatkan WSB yakin dengan HBRB?

Ini kerana WSB gigih melaburkan wang dalam penyelidikan RND untuk mencari solusi yang bersesuaian dengan syara’ dan perundangan.

Begitu juga melantik Panel Syariah berkaliber yang mempunyai kepakaran khusus dalam harta pusaka, termasuklah bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah. 

 

Hasilnya…

👍 Lebih dari 300 kes pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah, tanpa kalah. TIADA syarikat lain yang mempunyai track record cemerlang seperti ini.

👍 WSB adalah pengeluar terbanyak dokumen Hibah di Malaysia.

 

Hibah Kerana SAYANGkan Penerima

Berbanding nilai harta yang diwariskan dan kemudahan pada masa hadapan, hanya sedikit wang yang perlu diperuntukkan untuk membuat hibah rumah yang sempurna. 

Buatlah hibah kerana sayangkan keluarga; kerana anda nak pastikan isteri, suami dan anak-anak dapat meneruskan hidup seperti sediakala. 

Sekiranya rumah tidak dihibahkan, maka kebajikan mereka untuk terus ada tempat berteduh tertakluk kepada ihsan waris-waris yang lain.

.

Untuk Hibahkan Rumah, Whatsapp saya Ansari, 019-749 8210

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This