Ramai agen Takaful yang mempromosikan Hibah Takaful sebagai penyelesai masalah harta pusaka. Prospek pada mulanya disedarkan dengan masalah harta yang ditinggalkan si mati termasuklah wang simpanan di bank akan dibekukan. Polisi Hibah Takaful menjadi penyelamat di mana syarikat Takaful akan memberikan pampasan sejumlah wang untuk waris teruskan hidup.

Tiada masalah jika agen berhenti setakat itu. Memang polisi Takaful ada peranan tersebut yang merupakan elemen penting dalam perancangan pusaka.

Tetapi jika agen meneruskan dengan mendakwa Hibah Takaful sebagai penyelesai masalah pusaka, maka itu sudah misleading – sama ada agen sengaja menyembunyikan fakta atau tidak. Masalah pembekuan harta pusaka tidak akan selesai melainkan ada Wasi/ pentadbir yang menguruskan prosedur pencairan harta tersebut di Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah.

 

Prosedur Pencairan Harta

Majoriti masyarakat kita tidak tahu bagaimana hendak menjalankan urusan pencairan harta. Dan itulah yang menjadi antara punca banyaknya harta umat Islam khususnya terbeku sehingga mencapai angka RM66 bilion setakat ini. Harta tersebut tidak dapat dimanfaatkan dengan dipindahmilik kepada nama waris kerana wasi yang dilantik tidak dapat menjalankan prosedur pencairan harta sehingga selesai.

 

Polisi Takaful Tidak Selesaikan Bab Pemilikan Harta

Prosedur pencairan harta memerlukan pendedahan ilmu serta komitmen masa dan wang. Di sinilah Syarikat Takaful tidak dapat membantu, kerana kepakaran mereka adalah dalam pengurusan risiko dan perlindungan, bukan dalam pembahagian pusaka. Mereka boleh membantu dalam merancang, tetapi bukan membahagi pusaka.

Merancang ialah semasa hidup, membahagi selepas si mati meninggal dunia.

Dengan Hibah Takaful, prospek telah merancang ‘suntikan’ sejumlah wang untuk kegunaan waris. Amaun pampasan optimum yang disarankan ialah yang cukup untuk menampung hidup selama 10 tahun. Sekiranya sesebuah keluarga memerlukan bajet RM60,000 setahun untuk keperluan rumah, kereta, groceries, sekolah dan sebagainya, maka pampasan Hibah yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya RM600,000.

Apabila prospek meninggal dunia, wang pampasan boleh digunakan untuk keperluan tersebut dan membayar ansuran rumah. Rumah boleh dibayar, tetapi adakah rumah itu automatik berpindah milik kepada isteri dan anak-anak?

Jawapannya.. TIDAK SEMESTINYA. Jika ada waris lain yang berhak, maka mereka adalah PEMILIK BERSAMA rumah tersebut.

Ini adalah aspek pewarisan pusaka yang tidak dirancang dan tidak dapat diselesaikan dengan Takaful.

 

Takaful Tidak Selesaikan Risiko Perebutan Harta Pusaka

Apabila prospek tidak merancang pembahagian harta semasa hidup lagi, akan timbul risiko perebutan harta selepas dia meninggal. Sudah tentu si isteri akan mempertahankan rumah yang diduduki bertahun lamanya dan dibeli dengan susah payah. Apatah lagi waris lain tidak menyumbang langsung untuk membayar ansuran rumah. Malah ada yang hanya muncul setelah sekian lama untuk menuntut harta.

Walau sekuat mana pun isteri mempertahankan, secara hukum dan undang-undang, waris berhak menuntut hak mereka.

Kebiasaannya si isteri tiada pilihan melainkan membayar hak mereka berdasarkan harga rumah (menggunakan pampasan Takaful?) atau dengan menjual rumah tersebut.

 

Takaful Tidak Menjamin Hutang Dilangsaikan

Salah satu fungsi yang dicanang oleh agen Takaful ialah melangsaikan hutang si mati. Dalam Islam, hutang tidak boleh dibuat main. Hutang Wajib dilangsaikan walaupun kita telah meninggalkan dunia. Jika tidak, ruh tidak aman dan tergantung-gantung.

Kebiasannya nilai pampasan Hibah yang dikira selain untuk kegunaan waris, turut mengambil kira hutang yang ada. Jika si mati ada membuat hutang personal loan tertunggak RM200,000, maka pampasan yang dicadangkan naik kepada RM800,000.

Persoalannya ialah, apakah jaminan pampasan tersebut akan digunakan untuk melangsaikan hutang tersebut?

Jawapannya, TIADA JAMINAN.

Hibah Takaful adalah hak milik mutlak penerima Hibah. Penerima boleh menggunakannya untuk tujuan apa sahaja yang dikehendakinya. Walaupun si mati semasa hidupnya ada memesan kepada si isteri untuk melangsaikan hutang menggunakan pampasan yang diterima, tiada apa yang mengikat si isteri untuk melaksanakan pesanan itu.

Malah si mati tidak akan hidup kembali untuk mengutuk si isteri yang enggan berbuat seperti yang dikehendakinya.

 

Macam tu, apa guna Hibah Takaful?

Secara ringkasnya, ia berguna untuk memberi pampasan wang untuk keperluan waris teruskan hidup. Jika isteri diletakkan sebagai penerima hibah tunggal, maka waris lain tidak berhak menuntut bahagian. Mereka tidak boleh mencabar hak isteri kerana Hibah Takaful termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013.

Maka disebabkan itu, ia adalah bahagian penting dalam merancang pusaka. Tetapi kekurangannya ialah ia tidak merancang aset seperti rumah, kereta, tanah dan sebagainya. Peranan itu diambil oleh syarikat pewarisan pusaka seperti Wasiyyah Shoppe.

 

Wasiyyah Shoppe + AIA Public Takaful

Selain Wasiyyah Shoppe, saya juga agen AIA Public Takaful. Peranan Takaful telah saya terangkan. Peranan Wasiyyah Shoppe pula secara ringkasnya menyelesaikan semua masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Takaful yang di atas.

Peranan Wasiyyah Shoppe:

1) Menjadi Wasi/pentadbir harta yang dilantik untuk menguruskan semua prosedur pencairan harta secara PERCUMA kepada waris.

2) Membuat perancangan harta menggunakan instrumen Hibah dan Wasiat

3) Menjadi orang tengah (mediator) apabila berlakunya perebutan pusaka. Turut menghantar wakil sebaik berlaku kematian untuk menerangkan proses tuntutan pencairan pusaka.

4) Surat Ikatan Amanah mengikat penerima hibah untuk menggunakan pampasan Hibah Takaful sepertimana yang dikehendaki oleh pemberi Hibah.

5)  Menguruskan perbicaraan di Mahkamah sekiranya ada waris yang mencabar Hibah yang disediakan.

 

Hubungi Saya

Boleh direct Whatsapp saya, Ansari di SINI , tak perlu save nombor.

Atau 019-7498210

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This