Kadar dividen KWSP bagi tahun berakhir 2021 yang diumumkan minggu lepas agak memberangsangkan. Konsisten dengan prestasi tahun-tahun sebelumnya, KWSP masih lagi mampu memberikan dividen yang relatifnya tinggi bagi jenis pelaburan berisiko rendah.

Dalam keadaan ekonomi negara yang merudum jatuh pada tahun lepas, KWSP masih mampu mengekalkan kadar dividen yang secara relatifnya tinggi, iaitu 6.10% bagi simpanan konvensional manakala 5.65% bagi simpanan Syariah.

(Sedikit nota bagi pencarum yang beragama Islam… tunaikan tanggungjawab anda untuk menukar kepada simpanan Syariah sekiranya masih mencarum Simpanan Konvensional. Ini adalah satu kewajipan. Walaupun peratusan dividen lebih tinggi untuk simpanan konvensional, namun setelah di’suci’kan, simpanan shariah jauh lebih tinggi lagi. Ini jika keuntungan yang menjadi dilema buat anda)

 

Dividen kwsp 2021

 

Walaupun agak tinggi, tidak semua pencarum ‘gembira’ dengan dividen KWSP yang diumumkan ini.

Bukan kerana kecewa dengan peratusan dividen, tetapi sebaliknya kesal dengan wang simpanan KWSP yang telah dikeluarkan dari Akaun 1 untuk dilaburkan ke Unit Trust atau Unit Amanah.

Secara umumnya, pulangan dari pelaburan unit amanah pada tahun 2021 tidak memberikan pulangan sepertimana yang ‘dijanjikan’. Malah ada yang rugi, dan ditambah lagi merosot dengan caj jualan (sales charge) yang dikenakan semasa awal pelaburan.

Bagaimanapun, tidaklah saya mengatakan rugi tidak dibiarkan sahaja wang itu ‘beranak’ dalam KWSP.

Tentunya ia bergantung kepada kecekapan pengurus dana, agen dan pemilihan dana. Selain itu, tempoh pelaburan sederhana panjang atau panjang juga memainkan peranan bagi merealisasikan keuntungan tersebut.

Bagaimanapun, sekiranya anda termasuk dalam salah seorang yang kesal itu, janganlah kecewa sangat.

Tindakan anda melaburkan wang KWSP ke dalam Unit Trust itu sebenarnya membolehkan anda untuk merancang pewarisan harta untuk jenis aset ini.

Anda telah ‘unlock‘ peluang yang sebelum ini tertutup bagi menghibahkan akaun KWSP.

 

Hibahkan Unit Trust Dari Sumber Wang KWSP

Pada asasnya, wang KWSP tidak boleh dihibahkan selagi mana masih berada dalam KWSP. Ini kerana harta tersebut tertakluk kepada Akta KWSP yang mana terdapat kekangan untuk dikeluarkan sesuka hati.

Halangan tersebut menjadikan wang KWSP suatu harta dengan pemilikan tidak sempurna. Maka ia tidak boleh dihibahkan kerana tidak menepati rukun dan syarat Hibah.

Apabila ia tidak dihibahkan, maka wang KWSP itu akan dibahagikan mengikut Hukum Faraid.

Anda boleh melantik penama KWSP, namun skop tugasan penama terhad kepada mentadbirkan wang yang diterimanya dan diagihkan mengikut Faraid. Penama bukanlah penerima mutlak.

Oleh sebab itu, berita gembira bagi anda yang telah melaburkan Unit Trust dari sumber wang KWSP.

Anda boleh hibahkan Unit Trust itu kepada sesiapa pun yang anda suka.

Unit Trust tidak ada kekangan untuk dihibahkan sepertimana KWSP yang saya sebutkan.

Namun begitu, mekanisme yang dibuat perlulah bertepatan kerana asal usul wang yang bersumberkan KWSP itu juga boleh menjejaskan bab perlaksanaan turunmilik nanti, jika tidak dibuat dengan betul.

Hal itu jangan dirisaukan, sekiranya anda berurusan dengan kami. Urusan kelicinan dari segi perlaksanaan itu memang menjadi keutamaan Wasiyyah Shoppe sebelum sesuatu produk servis ditawarkan kepada masyarakat. 

 

Boleh terus Whatsapp saya, Ansari di 019-749 8210 untuk berurusan

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This