Persoalan harga memang selalu menjadi isu untuk sebarang produk sekalipun. Baru-baru ini ada seorang hamba Allah yang komen terkejut kerana produk Hibah Wasiyyah Shoppe bermula dari RM1,600. Saya tenang-tenang sahaja, kerana reaksi itu normal dalam bidang jualan, khasnya untuk produk servis yang tidak begitu mainstream lagi seperti pewarisan.
Perkara pertama sebelum meletakkan sesuatu itu mahal/murah adalah mempunyai benchmark yang adil. Untuk kos penyediaan dokumen hibah, berapakah kebiasaannya caj yang dikenakan oleh syarikat amanah yang setara dengan Wasiyyah Shoppe?
Jika anda nak membandingkan kosnya dengan firma peguam atau syarikat sdn bhd yang baru beroperasi, pastikan anda fahamkan juga risikonya. Dokumen Hibah ini perancangan jangka masa panjang – buat hari ini, meninggal dunia mungkin banyak tahun lagi. Kita doa umur panjang lah.
Jika ada rukun dan syarat Hibah yang didapati tidak sempurna di dalam dokumen, Hibah boleh terbatal. Yang memberi Hibah dah di alam kubur. Tinggallah penerima Hibah bersendirian terkontang kanting mencari penyelesaian. Kalaulah firma peguam atau syarikat sdn bhd yang menyediakan dokumen itu tutup kedai pada masa itu, siapa yang mahu dirujuk?
Yang lebih merisaukan, sekiranya dokumen Hibah itu sendiri bermasalah, terpaksalah penerima redha saja dengan Hibah yang tidak dapat disahkan. Kesannya, harta itu diagih mengikut Faraid.
Yang penting, anda faham..
Kalau harga Wasiyyah Shoppe mahal, kenapa?
Kalau harga syarikat lain murah, kenapa?
Sesuatu itu mahal dan murah, ada sebabnya.
Logiknya.. jika harganya tidak setara dengan perkhidmatan yang diberikan, pastilah yang ‘mahal’ itu akan terkubur. Tetapi Wasiyyah Shoppe sudah bertahan sejak tahun 2004 lagi, dan semakin berkembang lagi..
Kos ‘mahal’ yang dibayar itu antaranya meliputi kos penyelidikan menyeluruh yang mana tujuan akhirnya adalah untuk memastikan arahan Hibah di dalamnya terjamin untuk terlaksana (baca: failproof), walaupun apabila dibicarakan dengan terperinci oleh hakim di Mahkamah Syariah.
Wasiyyah Shoppe menanggung liabiliti untuk memastikan rekod bersih lebih 300 kes hibah yang berjaya disahkan terus dapat dipertahankan. Setiap bait kata di dalamnya mesti dipastikan menepati rukun dan syarat hibah, dan tidak bertentangan juga dengan undang-undang tempatan yang boleh berubah-ubah.
Rekod pengesahan hibah di Mahkamah Syariah ini adalah poin utama yang sepatutnya anda bandingkan. Kerana anda tidak tahu sejauh mana dokumen Hibah yang dibuat oleh sesuatu firma peguam atau syarikat itu sempurna, melainkan setelah dibicarakan.
Bagi Wasiyyah Shoppe, beratus kes sudah dalam tangan. Hujahan tentang hibah yang disediakan juga telah ada, siap untuk dikeluarkan apabila dibawa bicara. Jika ada undang-undang berkaitan yang berubah dari semasa ke semasa, para panel Wasiyyah Shoppe siap untuk berbincang kesannya dan jika perlu perubahan pada dokumen pelanggan.
Persoalannya: Adakah syarikat yang menawarkan harga rendah mempunyai bajet untuk penyelidikan seperti Wasiyyah Shoppe? Jika tidak, adakah anda yakin dokumen Hibah yang disediakan akan terjamin untuk terlaksana?
Kesilapan biasa dalam membandingkan produk antara syarikat ialah hanya menumpukan kepada sudut harga semata-mata. Pastinya ada nilai tambah di sebalik perbezaan harga itu – fahamkan sebabnya sebelum membuat keputusan. Lebih-lebih lagi apabila nilai tambah itu elemen yang signifikan dan penting.
Kalau benar anda sayangkan keluarga, jangan ambil remeh tentang siapa penyedia dokumen Hibah anda. Anda mungkin memilih kos yang murah sedikit sekarang, tetapi terlepas pandang bahawa kosnya mungkin jauh lebih tinggi kepada waris sekiranya hibah itu terbatal kelak.
- Hibah Solusi Bagi Muallaf Wariskan Harta Kepada Keluarga Bukan Islam - November 11, 2024
- Old Money: Warisan Kekayaan dan Pewarisan Harta dari Generasi ke Generasi - November 10, 2024
- Takaful untuk Langsai Hutang: Pilih Agihan Secara Hibah atau Wasi? - November 6, 2024
Berapa kos buat hibah
Dah dijawab di Whatsapp ya
Assalamualaikum.. boleh saya tahu maklumat yg lebih terperinci berkenaan hibah dan prosesnye.
Wslm wbt. Boleh Whatsapp saya terus