Kesedaran umum untuk merancang harta dan pusaka masih di tahap rendah dan agak membimbangkan. Setiap tahun jumlah harta beku yang dilaporkan sentiasa meningkat, dan sebahagian besarnya adalah pusaka warisan umat Islam. Sehingga kini, jumlah harta beku sudah menjangkau RM70 bilion.

Antara perkara yang membantutkan perancangan harta pusaka ialah kerana taboo masyarakat. Membincangkan harta pusaka seringkali dikaitkan dengan:

i) Kematian

Bagi sesetengah orang, berbincang tentang pusaka itu umpama kita ‘menjemput’ kematian datang. Itu satu mistik yang seharusnya dielakkan. Semua orang yakin baawa mati itu pasti, tetapi jarang sekali kita bersiap sedia untuk menghadapi mati. Mengingatkan tentang mati akan mengurangkan kelazatan duniawi, maka kerana itu ada yang enggan menyentu tentang arta pusaka.

ii) Tamak harta

Seseorang waris yang mengajak ibu bapanya berbincang tentang pusaka mungkin disalah anggap tidak sabar dan tamak hendak mendapatkan harta keluarga yang banyak. Paling dikesalkan jika keluarganya menganggapnya lebih mementingkan harta berbanding talian kekeluargaan.

Disebabkan kekangan itu, maka perancangan harta pusaka kurang dibincangkan secara meluas. Apabila topik ini disentuh, ia seringkali gagal menarik perhatian ramai walaupun ramai yang tahu kepentingannya terutama mengenai berbilion harta beku akibat tiadanya perancangan.

Hibah dan Wasiat

Antara dokumen yang digunakan untuk merancang pembahagian harta ialah Hibah dan Wasiat. Kedua-dua instrumen ini ada fungsinya yang tersendiri. Jika tersilap guna instrumen yang betul, waris yang akan menanggung kesannya.

Fungsi Wasiat telah disebut dengan jelas di dalam Quran, iaitu untuk memperuntukkan harta pusaka kepada BUKAN WARIS. Bahagian yang boleh diwasiatkan terhad kepada 1/3 jumlah harta sahaja. Selebihnya iaitu 2/3 lagi akan dibahagikan mengikut pecahan yang telah ditentukan menurut Faraid.

Sekiranya wasiat ditujukan kepada waris, ataupun wasiat kepada bukan waris melebihi 1/3, maka ia tertakluk kepada persetujuan waris Faraid yang lain. Sekiranya mereka tidak bersetuju, maka wasiat kepada waris terbatal.

Berbeza dengan Hibah.

Hibah adalah pemberian semasa hidup. Maka Islam membenarkan Hibah dibuat bagi kita merancang pembahagian harta mengikut formula sendiri. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja dan tiada had. Berbeza dengan Wasiat yang hanya terhad 1/3 dan kepada bukan waris sahaja.

Tetapi perlu dipastikan bahawa tujuan Hibah dibuat ialah atas dasar kasih sayang, bukan untuk menidakkan Faraid. Tujuannya adalah untuk memastikan waris dapat meneruskan kehidupan dengan baik di samping mengekalkan keharmonian juga dengan bukan waris.

Kesimpulannya, sekiranya ingin memastikan hasrat pusaka kita tercapai, pastikan Hibah dan Wasiat digunakan sebaiknya menurut fungsi yang dan limitasi yang telah ditetapkan oleh syariat.

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This