Sebagai pengguna, adalah suatu kebiasaan untuk membandingkan penawaran produk dan perkhidmatan syarikat dalam sesebuah industri. Bagaimanapun, nak membandingkan produk hibah atau perancangan harta yang ditawarkan oleh setiap syarikat agak sukar kerana metodologi yang digunakan ketara perbezaannya.

Sekiranya keutamaan anda ialah servis berkualiti dan produk patuh Syariah, maka Wasiyyah Shoppe adalah antara syarikat yang paling terkehadapan dalam menawarkan perkhidmatan perancangan harta dan pengurusan pusaka di Malaysia.

.

7 Sebab Kenapa Wasiyyah Shoppe Menjadi Pilihan Ramai

1. Produk Berasaskan Syariah yang Komprehensif.

Dengan 35 jenis produk dan perkhidmatan, Wasiyyah Shoppe menawarkan produk dan perkhidmatan yang  komprehensif di Malaysia. Hampir kesemua jenis aset boleh dirancang pewarisannya melalui Wasiyyah Shoppe, termasuklah hibah rumah yang masih dalam pinjaman. Lazimnya syarikat berkaitan pusaka hanya menawarkan servis penyediaan dokumen hibah rumah yang tiada hutang sahaja.

Bagi entiti bisnes, Wasiyyah Shoppe menawarkan perkhidmatan hibah pewarisan saham syarikat untuk diwariskan kepada keluarga. Untuk memastikan operasi syarikat tidak terjejas selepas kematian key person, perjanjian pemegang saham boleh disediakan bagi menetapkan perjalanan pengurusan syarikat.

Wasiyyah Shoppe juga menawarkan servis pengurusan tuntutan pusaka di Mahkamah Tinggi dan Pusaka Kecil yang dikendalikan oleh pegawai terlatih, bagi memudahkan dan mencepatkan perolehan bahagian hak Faraid para waris.

.

2. Organisasi Berdaftar Sebagai Syarikat Amanah

Wasiyyah Shoppe berdaftar sebagai Syarikat Amanah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. Ini bermakna operasi Wasiyyah Shoppe dipantau dan dikawal sepenuhnya oleh SSM sekaligus menambahkan keyakinan pelanggan.

Kelebihan Syarikat Amanah kepada pelanggan ialah dari segi perpetuity, iaitu syarikat tidak boleh sesuka hati menutup operasi dan wajib mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Inilah antara kelebihan berurusan dengan syarikat amanah, berbanding mereka yang mengambil servis peguam atau syarikat Sdn Bhd.

Pelanggan Wasiyyah Shoppe tidak perlu risau dengan risiko syarikat tutup kedai, kerana syarikat akan terus wujud walaupun pemiliknya sudah tiada.

Selain itu, status Syarikat Amanah memberi lesen bagi syarikat menawarkan produk berkaitan Amanah, yang luas aplikasinya bagi merancang harta.

.

3. Dokumen Hibah yang Terbukti Berkesan

Mahkamah syariah

Keberkesanan dokumen yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe telah terbukti sejak tahun 2004. Dokumen hibah yang disediakan oleh syarikat telah melalui perbicaraan pengesahan hibah di Mahkamah Syariah dengan track record bersih kejayaan lebih 300 kes.

Wasiyyah Shoppe merupakan pengeluar dokumen hibah terbanyak di Malaysia, bukti keyakinan rakyat Malaysia dengan servis yang ditawarkan.

Prosedur tuntutan pusaka boleh memakan masa bertahun untuk diselesaikan jika tidak diurus dengan baik. Wasiyyah Shoppe dapat menyelesaikan kes-kes pusaka dalam tempoh purata antara 4 hingga 6 bulan sahaja.

.

4. Organisasi yang Beroperasi Berlandaskan Syariah

Objektif Wasiyyah Shoppe ialah memartabatkan Undang-undang Syariah di dalam konteks perancangan dan pewarisan harta Islam. Untuk mencapai tujuan itu, segala operasi syarikat dan produk perkhidmatan dipastikan mematuhi prinsip Syariah dan dipantau oleh Panel Syariah.

Barisan panel Syariah Wasiyyah Shoppe terdiri daripada bekas hakim Mahkamah Rayuan Syariah, beberapa orang pensyarah tempatan dengan kepakaran khusus dalam bidang harta pusaka, dan bekas Ketua Penolong Pengarah di Pusaka Kecil.

.

5. Personalized Service

personalized service

Wasiyyah Shoppe memberikan perkhidmatan peribadi (personalized service) dengan berkunjung ke rumah bertemu waris pada bila-bila waktu sekalipun untuk memberikan perundingan berkenaan pengurusan harta pusaka. Para waris tidak dikehendaki datang ke ofis syarikat untuk mendapatkan perundingan.

.

6. Organisasi Milik Penuh Orang Islam

Wasiyyah Shoppe adalah organisasi yang pemiliknya, barisan pengurusan, staf dan perunding keseluruhannya diterajui oleh orang Islam, sekaligus menjadikan misi dan perjuangannya jelas dan tepat. Malah solusi pewarisannya dituju khusus buat pelanggan beragama Islam.

.

7. Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Memuaskan Hati

hibah wasiyyah

Ramai waris dan pelanggan telah menikmati manfaat daripada perkhidmatan Wasiyyah Shoppe dan mereka telah berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Boleh rujuk testimoni di dalam laman web Wasiyyah Shoppe.

.

.
Jika anda berhasrat untuk memastikan waris atau sesiapa sahaja yg anda ingini (seperti anak angkat, adik beradik, isteri atau sesiapa sahaja) mewarisi harta-harta tertentu seperti rumah, saham, syarikat perniagaan atau harta lain mengikut formula yg anda kehendaki tetapi masih mengikut syarak…

Pilihan terbaik ialah melalui WASIYYAH SHOPPE BERHAD.

HUBUNGI saya untuk details lanjut!!

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This