Sedikit Pengenalan Mengenai Medical Card AIA
Medical Card adalah antara pelan perlindungan Takaful yang paling laris di AIA Public Takaful. Dengan adanya Medical Card, pelanggan mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Swasta yang tinggi kosnya tetapi kesemuanya ditanggung oleh syarikat AIA.
Walau bagaimanapun, tidak semua orang layak untuk ambil Medical Card. Bagi mereka yang sudah ada sejarah penyakit kritikal ataupun tidak mampu membayar caruman Medical Card, Hospital Kerajaan adalah pilihan alternatif yang murah.
Sebab utama ramai pelanggan mengambil Medical Card ialah untuk mendapatkan rawatan yang segera dengan bilik dan layanan yang selesa di Hospital Swasta. Hospital Kerajaan ada kelebihannya tersendiri. Tetapi dengan caj hospital yang minimum, anda tidak boleh mengharapkan keselesaan dan rawatan pada masa itu juga untuk penyakit yang tidak kritikal.
Hospital Kerajaan sentiasa penuh dan disebabkan itu anda perlu beratur panjang menunggu. Untuk penyakit yang tidak serius, tarikh appointment doktor atau pembedahan mungkin berbulan-bulan ke hadapan kerana giliran yang panjang.
Jika anda yakin boleh bertahan, go on.
Terutamanya untuk orang yang sakit, penantian itu sungguh satu penyiksaan.
Pelan Medical Card AIA
Pada masa ini, terdapat 2 bentuk pilihan pelan Medical Card AIA yang boleh diambil:
i) Medical Card Standalone
>> MURAH, sekitar RM70 sebulan untuk lelaki dewasa 30 tahun.
>> Memberikan manfaat perlindungan penghospitalan termasuk pembedahan, dan rawatan klinik akibat kemalangan.
>> Harga berubah sekitar 3-5 tahun sekali mengikut umur.
ii) Medical Card Sebagai ‘Rider’ dalam pelan Hibah Takaful
>> Perlindungan asas dalam pelan ini ialah Hibah Takaful (pampasan nyawa) dan hilang upaya kekal. Medical card ialah manfaat add-on/rider.
>> Pelan ini lebih fleksibel. Selain rider Medical Card, anda boleh add-on pelbagai manfaat lain seperti pampasan sakit kritikal, personal accident, elaun hospital dan sebagainya.
>> Pelan berkait pelaburan dan ada simpanan. Harga ‘maintain’ kerana ditampung oleh saving.
>> Harga terendah RM150 sebulan.(Murah mahal relatif – bergantung kepada manfaat)
Antara 2 pilihan di atas, yang mana satu LEBIH BAIK?
Walaupun carumannya lebih tinggi, pilihan plan Hibah Takaful yang Terbaik kerana perlindungan yang disediakan lebih lengkap. Medical Card melindungi anda jika jatuh sakit sahaja, tetapi tidak memberikan Perlindungan Gaji atau Income Replacement sekiranya berlaku musibah kematian atau sakit kritikal dan tidak dapat bekerja.
Tapi kalau nak murah, ambil Medical Card standalone. Selagi masih boleh.
Pakej Family Medical Card
Pakej family medical card AIA standalone amat diminati ramai dan laris bak pisang goreng panas. Saya dapat banyak pelanggan yang ambil pakej ini. Sebabnya ia sangat MURAH.
Pakej Family untuk Suami + Isteri + 4 Anak, bayaran hanya serendah sekitar RM340 sebulan (termasuk GST). Seorang hanya dalam RM57 sebulan. Tak kira lah anak lelaki atau perempuan (harga berbeza jika plan individu), semuanya flat rate. Coverage dan limit Medical Card bukan diikut secara berkelompok satu keluarga, tetapi secara individu. Dan katakanlah semua perlu masuk Hospital serentak, takkan ada masalah.
Pakej Family standalone juga akan dihentikan jualan sepertimana medical card standalone secara individu.
Peluang Terakhir Medical Card Standalone
Medical Card Standalone yang diperkenalkan sejak tahun 2014 akan diTAMATKAN JUALAN PADA 5 FEBRUARI 2018.
Sebab ia ditamatkan ialah kerana kos penghospitalan yang semakin mahal dan untuk melindungi kepentingan pelanggan semasa. Sistem Takaful berasaskan Tabarru’, iaitu satu tabung yang mengumpulkan caruman kesemua pelanggan. Peruntukan claim yang dibuat akan diambil daripada tabung Tabarru’ ini.
Dengan kenaikan kos hospital sekitar 10% setiap tahun, pastinya sukar untuk pihak Takaful menampungnya dengan menggunakan kadar caruman sedia ada. Apabila banyak Claim dituntut, tabung Tabarru’ akan terjejas.
Langkah yang biasa dilakukan oleh syarikat Takaful ialah menaikkan kadar caruman bulanan bagi menampung kekurangan Tabung ini. Walaupun pelanggan sukar untuk terima, tetapi sebabnya jelas bagi yang memahami keadaan.
Keputusan AIA menamatkan penerimaan kemasukan pelanggan yang baru untuk Medical Card Standalone ini ialah untuk mengawal Tabung Tabarru’ tersebut untuk sentiasa cukup. Kepentingan pelanggan sedia ada akan terpelihara.
Whats Next?
Selepas Medical Card Standalone AIA tidak ditawarkan lagi di pasaran, pilihan yang ada tinggallah plan Hibah Takaful AIA (Medical Card sebagai rider). Keburukannya ialah anda perlu membayar lebih tinggi untuk mendapatkan perlindungan. Kebaikannya ialah perlindungan itu lebih lengkap.
Kurang pilihan, tetapi dari sudut positifnya pilihan itu sebenarnya yang lebih baik untuk melindungi keluarga anda.
Kalau anda nak DAFTAR Medical Card Standalone, PM saya Ansari 019-7498210 SEKARANG!
Deadline SEBELUM 5 Februari 2018.
- Hibah Tanah Rezab Melayu - April 16, 2025
- Simpan Duit Anak: KWSP Bukan Tempatnya - April 13, 2025
- RM12.7 Bilion Wang Tak Dituntut – Adakah Anda Salah Seorang Pemiliknya? - March 12, 2025