SHAH ALAM – Dahulunya, keluarga ini berpendapatan kira-kira RM30,000 sebulan, namun kini mereka menjadi penerima bantuan zakat bulanan.

Itu dialami seorang ibu tunggal berusia 66 tahun yang bergelar Datin pada satu ketika dahulu.

Bagaimanapun status kehidupan mewahnya bersama dua lagi anak, berubah sekelip mata apabila suaminya seorang ahli perniagaan berjaya bergelar Datuk, meninggal dunia.

Lebih menguji apabila harta yang ditinggalkan suami tidak mampu menampung hutang yang ditinggalkan menyebabkan wanita berkenaan terpaksa mendapatkan bantuan daripada Lembaga Zakat Selagor (LZS).

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, ketiga-tiga beranak itu juga disahkan menghidap penyakit kronik yang memerlukan pembiayaan rawatan untuk jangka masa panjang.

Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling, Mohd Nur Fadhli Yohman, berkongsi pengalaman mengendalikan salah satu kes melibatkan golongan asnaf miskin yang menerima bantuan LZS.

Menurutnya,  kes berkenaan berlaku lima tahun lalu dan sehingga kini keluarga berkenaan masih menerima bantuan daripada LZS.

“Nilai harta yang ditinggalkan arwah suaminya kira-kira RM3 juta tapi hutang yang perlu ditanggung lebih dari itu menyebabkan keluarga ini tidak mampu dan terpaksa menjual semua harta mereka dan tinggal menyewa.  Wanita berkenaan juga mengalami sakit kronik juga dua anaknya memerlukan perbelanjaan bulanan.

“Jadi sejak itu LSZ mengambil peranan membantu menguruskan hidup keluarga ini, sehingga hari ini meliputi bantuan kewangan bulanan, sewa bulanan, perubatan bulanan dan keperluan hari raya. Bagaimanapun LZS tidak menampung bayaran hutang mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Mohd Nur Fadhli kes berkenaan menjadi antara kes yang memberi kesan sepanjang pengalamannya mengendalikan kes asnaf.

“ALLAH SWT tarik nikmat sekelip mata. Jadi di sinilah peranan LSZ membantu golongan yang memerlukan. Dahulu mereka merupakan pembayar zakat dan mungkin tidak terfikir akan menjadi penerima zakat pada hari ini,”katanya.

Sumber: Sinar Harian


Analisis kes

Pengurusan Kewangan

Isu yang jelas di sini ialah kesilapan dalam pengurusan kewangan. Gaji arwah kira-kira RM30,000 sebulan atau RM360,000 setahun, satu nilai yang besar yang membolehkan keluarga hidup dengan selesa. Namun ada kemungkinan arwah tidak ada ambil sebarang polisi Takaful untuk diri dan keluarganya.

Guidelines yang biasa digunakan ialah kita perlu memperuntukkan kira-kira 10% dari gaji untuk perlindungan Takaful.

Dalam kes ini, RM3,000 boleh digunakan untuk membiayai Hibah Takaful dan perlindungan Medical Card untuk seisi keluarga. Beberapa anggapan yang kita boleh rumuskan (hipotesis shj) berdasarkan kronologi kisah di atas ialah:

  • Datuk ini adalah sole breadwinner. Isterinya tidak bekerja.
  • Nilai harta pusaka yang ditinggalkan bernilai RM3 juta. Ini termasuklah harta boleh alih seperti rumah. Jika rumah itu ada MRTT yang mencukupi (nilai coverage dan tempoh coverage), baki loan akan dilangsaikan oleh syarikat Takaful. Namun kerana hutang lain terlalu banyak, setelah rumah dijual tiada baki yang tinggal untuk waris meneruskan hidup.
  • Hanya isteri dan anak-anaknya waris Faraid yang sah. Tiada yang lain.
  • Umur Datuk semasa meninggal sudah menjangkau 60++ tahun. Anggapan ini dibuat berdasarkan umur bekas isterinya.
  • Isteri dan anak-anaknya sudah lama menghidapi penyakit kronik. Pusaka yang ditinggalkan banyak digunakan untuk membiayai kos perubatan.

Berdasarkan anggapan-anggapan di atas, sangat jelas keperluan Hibah Takaful untuk menutup lompong yang ada. Namun begitu, dengan keadaan kesihatan keluarganya, mungkin mereka ada membuat permohonan untuk mengambil Takaful, tetapi berhadapan dengan masalah:

  • Umur 60++ tahun berisiko besar untuk ada penyakit diabetes, sakit jantung, darah tinggi atau penyakit kronik yang lain. Syarikat Takaful sangat berhati-hati untuk meluluskan permohonan prospek dari range umur ini. Perlu buat medical checkup untuk sahkan kesihatan. Kadar caruman juga tinggi, selari dengan risiko di pihak syarikat Takaful.
  • Penyakit kronik yang sedia ada menjadikan permohonan isteri dan anak-anaknya berkemungkinan sangat tinggi untuk ditolak.

Bagaimana Takaful Sepatutnya Boleh Membantu?

  • Pampasan coverage Hibah Takaful diambil mencukupi untuk membiayai hutang yang ada dan wang yang mencukupi untuk waris meneruskan hidup. Dalam kes ini, hutang yang menggunung menyebabkan waris hidup merempat dan terpaksa memohon bantuan zakat sehingga kini.
  • Medical Card boleh membiaya kos perubatan penyakit kronik. Bukan murah kosnya, boleh menyebabkan habis wang simpanan tahu!

Hibah dan Analisa Hutang

Artikel ini kekurangan fakta yang spesifik tentang detail kes untuk kita tahu jika adanya perebutan pusaka antara waris. Bagaimanapun, hibah dan perancangan harta yang dibuat semasa hidup boleh memudahkan waris mencairkan pusaka yang ditinggalkan.

Kelebihan lain yang ketara yang akan membantu waris ialah dokumen aset dikumpulkan setempat dan analisa hutang arwah.

Untuk menghibahkan rumah, perunding Wasiyyah Shoppe akan meminta dokumen MRTT rumah atau Hibah Takaful yang boleh digunakan sebagai jaminan untuk membiayai baki pinjaman rumah sekiranya pemberi meninggal dunia. Segala dokumen yang berkaitan juga akan dikumpulkan setempat. Jika tidak, waris terpaksa menggeledah fail untuk mencari dokumen SNP, MRTT dan lainnya untuk membuat tuntutan.

Analisa hutang adalah isu yang sangat releven dengan kes di atas. Nilai hutang yang melebihi nilai aset menyebabkan waris berhabisan duit untuk membayar segala hutang yang ditinggalkan.

Simbiosis Hibah dan Takaful

Hibah Takaful dan Hibah aset adalah komponen penting dalam perancangan harta dan pengurusan pusaka. Kedua-duanya menjalankan fungsi berbeza dan saling melengkapi untuk mencapai tujuan di atas.

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This