Bukan mudah untuk kita memutuskan pembelian rumah. Jika silap keputusan, kesannya besar kerana melibatkan komitmen kewangan yang besar. Bagi yang membeli rumah dengan menggunakan pembiayaan bank atau LPPSA, tempoh bayaran ansurannya panjang, yang boleh memakan masa berpuluh tahun untuk dihabiskan.

Maka jangan kita abaikan untuk memikirkan bagaimana hutang yang ditinggalkan itu akan dilangsaikan. Rancang awal-awal, kerana kita tidak tahu panjang mana umur berbaki. Solusi yang mudah untuk kita uruskan hutang rumah ialah dengan mengambil perlindungan takaful MRTT atau MLTT.

Dari sudut perancangan pewarisan harta, pengambilan polisi Takaful ini adalah inisiatif baik yang juga akan memudahkan waris untuk mengurus tadbir pusaka rumah yang ditinggalkan kerana telah bebas cagaran.

Saya dapati banyak perbandingan antara MRTT dengan MLTT telah dibuat oleh perunding Takaful. Dan rata-ratanya mereka akan mengesyorkan MLTT. Namun terdapat misleading yang berlaku kerana produk yang dijual oleh ramai perunding Takaful bukannya MLTT seperti yang disyorkan, tetapi hibah takaful/polisi life takaful/takaful hayat.

Perbezaan antara MLTT dengan life takaful jarang dinyatakan, dan saya akan bincangkan ia dalam artikel ini.

 

MRTT Secara Ringkas

MRTT adalah singkatan bagi Mortgage Reducing Term Takaful.

‘Reducing’ membawa makna perlindungan pampasan yang diberi berkurangan selaras dengan pengurangan hutang rumah yang dibayar oleh peminjam.

Sekiranya terdapat kenaikan BLR yang membawa efek meningkatnya bayaran ansuran, mungkin terdapat sebahagian kecil dari hutang pembiayaan tersebut yang tidak dilindungi pampasan MRTT.

Manfaat perlindungan yang ‘reducing‘ ini antara kekurangan MRTT yang sering disebut oleh perunding Takaful bagi menekankan kebaikan mengambil ‘MLTT’.

 

MRTT atau MLTT – Yang Mana Lebih Baik?

Telah banyak ulasan yang menyentuh perbandingan MRTT atau MLTT, maka tidaklah saya berhasrat untuk mengulanginya lagi di sini.

Ringkasnya, yang mana lebih baik bergantung kepada keperluan, objektif pembelian rumah dan juga bajet masing-masing.

Saya tidak pasti di mana anda boleh dapatkan MLTT, kerana setahu saya kebanyakan bank hanya menawarkan MRTT sahaja. Dan kebiasaannya kos MRTT tersebut perlu dibayar secara lump sum.

Tetapi anda jangan risau kerana kos tersebut biasanya dimasukkan sekali dalam pembiayaan rumah.

 

MLTT vs Hibah Takaful Hayat

Sekiranya konsultasi dan penawaran produk ‘MLTT’ yang anda rujuk itu datangnya dari perunding Takaful, kemungkinan besar produk yang dijual adalah polisi Takaful hayat, bukannya MLTT.

Takaful hayat memberikan perlindungan pampasan apabila berlakunya kematian peserta polisi (dan perlindungan lain, sekiranya ada rider dalam manfaat polisi).

Nilai pampasan polisi dihibahkan kepada penerima yang telah dinamakan, dan sekurang-kurangnya disediakan bersamaan dengan nilai rumah yang dibeli.

 

Perbezaan Penting Hibah Takaful dengan MLTT

Walau bagaimanapun, penerima hibah Takaful TIDAK terikat untuk menggunakan pampasan wang yang diterima untuk membayar baki pembiayaan rumah.

Tiada jaminan hutang rumah itu akan dilangsaikan oleh penerima hibah pampasan. Penerima hibah boleh sahaja mengabaikan hutang rumah tersebut dan menggunakan pampasan tersebut bagi membeli rumah yang lain.

Kesannya, hutang rumah itu masih terbeban ke atas arwah.

 

hibah rumah

 

Implikasinya berbeza dengan MLTT yang mana penerima manfaat adalah bank pembiaya, sepertimana MRTT.

Apabila pembeli meninggal dunia, manfaat MLTT akan terus digunakan untuk melangsaikan baki pembiayaan rumah. Maka hutang rumah tersebut lebih terjamin untuk diselesaikan, yang mana lebih selamat bagi arwah.

Disebabkan itulah saya katakan misleading bagi seseorang perunding Takaful yang menerangkan MLTT kepada klien tetapi sebenarnya menjual life takaful.

MLTT terikat untuk membayar rumah yang dibeli, tetapi tidak bagi hibah takaful.

 

Hibah Takaful dengan Absolute Assignment

Namun sekiranya anda sudah mengambil Hibah Takaful bagi menggantikan fungsi MRTT mahupun MLTT, masih ada ruang lagi untuk diperbetulkan selagi masih bernafas.

Anda boleh membuat absolute assignment ke atas polisi Takaful tersebut, dan seterusnya membuat satu dokumen amanah dengan syarikat amanah seperti kami di Wasiyyah Shoppe bagi mengikat pampasan dari manfaat polisi Takaful untuk tujuan melangsaikan hutang rumah.

Menerusi langkah tersebut, fungsi yang dimainkan lebih mirip kepada fungsi MLTT yang terikat dengan pembiayaan rumah.

 

Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 untuk merancang pewarisan harta anda

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This