Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Terdapat pasangan suami isteri yang melahirkan keluarga yang besar, dan ramai anak tetapi tidak pula dikurniakan rezeki kewangan yang banyak. Hidup agak sesak kerana perlu menanggung pelbagai kos untuk menyara keluarga, pendidikan dan gaya hidup masakini.

Terdapat pula pasangan suami isteri yang murah rezeki dari sudut harta benda, tetapi tidak dikurniakan anak walaupun setelah lama berkahwin dan menunggu. Meskipun telah berusaha, tetapi rezeki cahaya mata belum tiba.

Bagi suami isteri yang tiada anak, terdapat keperluan yang ketara untuk menghibahkan harta kepada pasangan. Mereka termasuk dalam golongan yang kami sifatkan sebagai golongan kritikal untuk membuat hibah harta.

 

Apa itu ‘golongan kritikal’ untuk hibah?

Secara umumnya, membuat hibah harta ialah satu tindakan merancang bagaimana harta yang dimiliki ingin diagihkan bagi tujuan pewarisan selepas pemilik tiada.

Sepertimana perancangan kewangan (atau financial planning), membuat perancangan untuk pewarisan harta adalah satu pilihan

Tidaklah wajib, tetapi digalakkan. 

Jika tidak merancang, bermakna pemilik harta itu redha sahaja dengan kaedah pewarisan harta mengikut flow yang ada:

  • Dari segi pengagihan, akan mengikut hukum Faraid. Waris jangan merungut dan mengatakan “Faraid tidak adil” pula nanti.
  • Dari sudut pentadbiran harta pusaka, yakni siapa yang akan menjadi pentadbir pusaka, dibiarkan takdir yang menentukan. Jika tiada siapa yang menawarkan diri, maka kekallah harta pusakanya terbeku.   

Bagi yang memilih untuk merancang dengan membuat hibah, peluangnya terbuka selagi masih hidup dan tidak dalam keadaan maradhul maut.

Klasifikasi ‘golongan kritikal’ ialah golongan yang lebih perlu kepada hibah dan lebih berisiko jika tidak membuat hibah.

Cara untuk tahu siapa termasuk dalam golongan ini ialah dengan mengenalpasti siapa waris-waris Faraid dan bahagian yang akan mereka warisi.  

 

Waris-waris Faraid Bagi Suami Isteri Yang Tiada Anak

Ibu dan ayah adalah waris yang mesti mendapat bahagian Faraid. Bagi pasangan yang tiada anak, ayah merupakan waris asobah yang menghabiskan baki bahagian Faraid. 

Namun sekiranya ayahnya telahpun tiada, maka waris-waris yang lebih jauh akan juga mendapat bahagian Faraid. 

  • Datuk, nenek, adik beradik lelaki dan perempuan akan turut mewarisi.
  • Jika tiada adik beradik lelaki, waris-waris jauh seperti pakcik saudara atau sepupu mungkin juga akan mewarisi.
  • Sekiranya dalam jalur waris-waris Faraid itu tiada waris lelaki yang layak, maka baitulmal juga akan mendapat bahagian Faraid. Saya yakin ramai yang tidak mahu ‘orang luar’ mewarisi hartanya bukan?

Itu lah dia ‘golongan kritikal’ yang perlu untuk membuat hibah bagi menjaga kebajikan penerima atau waris yang akan ditinggalkan.

 

Bahagian Faraid Suami dan Isteri

Bagi suami isteri yang tiada cahaya mata, harta pusaka yang ditinggalkan mungkin akan dikongsikan dengan waris-waris yang lebih jauh.

Namun berapa yang akan diperoleh oleh suami atau isteri dari harta pusaka pasangannya yang pergi dulu?

  • Bahagian faraid bagi isteri dari harta arwah suaminya yang tiada anak ialah 1/4.
  • Manakala hak faraid bagi suami yang mana arwah isterinya tiada anak ialah 1/2.

Kalau anda rasakan bahagian 1/4 atau 1/2 itu masih banyak lagi, cuba kalikan dengan nilai harta pusaka.

Bagi rumah pusaka yang bernilai RM500,000, bahagian 1/4 bersamaan dengan RM125 ribu, manakala 3/4 iaitu RM375 ribu lagi akan diwarisi oleh waris-waris yang lain. 

 

Tetapi…

Dengan menghibahkan harta semasa hidup, pasangan boleh mewarisi 1/1 atau keseluruhan harta berkenaan, kerana harta yang telah dihibahkan tidak tertakluk kepada pembahagian mengikut hukum Faraid. 

 

Wallahua’lam..

 

Untuk hibahkan harta, sila Whatsapp saya Ansari 019-749 8210

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This