Hibah adalah suatu bentuk dokumen pewarisan harta yang terlaksana semasa hidup, namun kebiasannya turunmilik harta kepada nama penerima ditangguhkan sehingga pemberi Hibah meninggal dunia. Pindahmilik harta terus menggunakan borang 14A kepada nama penerima di pejabat pejabat tanah juga merupakan salah satu bentuk Hibah yang dinamakan Hibah Mutlak.
Namun ramai juga yang kurang menggemari metod pindahmilik terus kerana ia memberikan kesan langsung terhadap pemilik asal. Dalam banyak keadaan, pemberi Hibah masih berkehendakkan manfaat harta tersebut semasa dia masih hidup, dan mahukan penukaran hakmilik berlaku hanya setelah dia meninggal dunia.
Bagi membolehkan harta itu diwariskan kepada penerima yang dikehendaki dan pada masa yang sama mengelakkan implikasi pindahmilik terus, maka pemilik harta itu mencari kaedah dan prosedur bagaimana Hibah dilaksanakan di Malaysia.
Prosedur Membuat Hibah – Adakah Mudah?
Sebenarnya prosedur untuk membuat Hibah tidaklah sukar, jika anda serahkan tanggungjawab itu kepada yang pakar.
Tetapi ia tidaklah mudah bagi orang awam yang hendak membuat sendiri dokumen tersebut.
Mungkin kerana difahami Hibah itu bermaksud hadiah, maka penyediaan dokumen Hibah disangkakan mudah – asalkan ada disebut ‘pemberian Hibah’ dalam dokumen, maka confirm lah ia sebagai Hibah.
Itu sangkaan, dan bukanlah satu fakta.
Atas sebab itu, ada yang mengambil cara ‘mudah’ dan ‘murah’ untuk menyediakan sendiri suratcara Hibah dan tidak mengambil khidmat peguam atau syarikat amanah.
Sumber utama maklumat adalah melalui carian di internet – mencari contoh dokumen yang dikongsikan oleh pengguna internet dan garis panduan bagaimana hendak menyediakan surat cara atau dokumen perjanjian Hibah harta.
Nak Template Dokumen Hibah Percuma?
Terus terang saya katakan, penyediaan dokumen Hibah adalah antara perkhidmatan berbayar kami yang banyak dilanggan oleh masyarakat Malaysia.
Oleh yang demikian, sekiranya solusi hibah percuma yang anda cari, maaf anda tidak akan dapat contoh lengkap atau template dokumen Hibah secara percuma di laman ini.
Malah ia tidak akan jadi percuma di mana-mana syarikat amanah atau peguam lain pun, kerana ia adalah aset intelektual syarikat.
Sekiranya ada lah yang anda jumpa menjual template Hibah yang murah tidak masuk akal, atau menerbitkannya dalam buku yang dijual secara murah, saya nasihatkan anda selidiki kredibiliti penulis atau penjual tersebut.
“There’s no such things as a free lunch”
Apabila ia ‘murah’ bagi anda, boleh jadi ia akan menjadi ‘mahal’ buat waris. ‘Taruhan’nya adalah harta yang dihibahkan. Jika dokumen Hibah terbatal, maka waris akan ‘terlepas’ hak ke atas harta itu.
Wasiyyah Shoppe khususnya telah melaburkan jutaan ringgit bagi tujuan penyelidikan produk hibah dan pewarisan. Banyak isu yang terkait dari segi undang-undang untuk memastikan hasrat hibah boleh dilaksanakan.
Namun bagi yang hendak juga mencari garis panduan untuk menyediakan dokumen Hibah sendiri, bolehlah mulakan dengan membaca jurnal dan kertas kajian berkaitan hibah, wasiat dan pewarisan di Malaysia. Baca juga peruntukan undang-undang tanah, atau mengikut jenis harta yang nak dihibahkan.
Antara yang boleh dirujuk adalah jurnal keluaran UKM ini yang bertajuk “Garis Panduan dalam Penyediaan Borang Hibah di Mahkamah Tinggi Syariah“. Perlu banyak lagi rujukan lain untuk menjadi lebih yakin dan berhujah.
Secara alternatifnya, jika anda nakkan shortcut dan khuatir hibah yang dibuat sendiri akan terbatal, boleh lah hubungi saya untuk mendapatkan servis Wasiyyah Shoppe.
- Hibah Solusi Bagi Muallaf Wariskan Harta Kepada Keluarga Bukan Islam - November 11, 2024
- Old Money: Warisan Kekayaan dan Pewarisan Harta dari Generasi ke Generasi - November 10, 2024
- Takaful untuk Langsai Hutang: Pilih Agihan Secara Hibah atau Wasi? - November 6, 2024