Masyarakat semakin peka tentang peri pentingnya merancang harta pewarisan semasa hidup. Kerisauan timbul apabila banyaknya pertikaian berlaku dalam keluarga apabila meninggalnya pemilik harta.

Kalau dahulu, urusan merancang harta pusaka ini hanya menarik golongan berusia. Namun pada masa ini tidak kurang ramai orang muda yang meninggal dunia pada awal usia – bukan sahaja disebabkan situasi luar jangka seperti kemalangan jalanraya, malah penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser. 

Menyedari situasi ini, keluarga muda juga wajar mengambil langkah proaktif merancang pewarisan harta mereka. Ramai yang menunjukkan minat dan ingin tahu cara serta prosedur membuat Hibah harta bagi merancang pewarisan sebelum kematian menjengah tiba.

 

Langkah Pertama Prosedur Membuat Hibah – Senaraikan Harta

Langkah pertama untuk menyediakan dokumen Hibah ialah menyenaraikan harta yang dimiliki.

Pastikan hakmilik harta yang berkenaan tercatat nama anda dalam rekod harta tersebut.

  • Bagi aset rumah, pastikan nama anda termaktub di perjanjian jualbeli (Sales and Purchase Agreement – SNP) atau geran. Untuk menguatkan lagi, carian di Pejabat Tanah jelas menunjukkan nama anda sebagai pemilik rumah/tanah.
  • Bagi harta wang simpanan, perincikan di mana simpanan itu diletakkan. Samada di bank, Tabung Haji, ASB atau sebagainya.

Setiap harta dikawalselia oleh pendaftar harta yang berbeza dan mempunyai prosedur tersendiri yang perlu dipatuhi.

Sekiranya harta yang dimiliki masih terikat dengan pembiayaan atau pinjaman bank,

  • Tentukan samada pembiayaan rumah atau tanah dilindungi dengan MRTT atau MLLT. Tujuannya bagi memastikan baki hutang terlangsai sekiranya peminjam meninggal dahulu sebelum sempat melunaskan hutang yang dibuat. 
  • Bagi kereta yang masih dalam pinjaman, perlu ada perlindungan autolife atau takaful yang melindungi pembiayaan.

Sekiranya anda ada perniagaan yang hendak diwariskan, pastikan ianya didaftarkan sebagai sendirian berhad (sdn bhd) atau berhad.

  • Enterprise atau milikan tunggal tidak boleh dihibahkan.

Selain hartanah, kereta, saham syarikat yang disebut di atas, banyak lagi jenis harta yang boleh dihibahkan. Contohnya seperti Tabung Haji, barang kemas, Unit Trust, saham koperasi, akaun bersama dan sebagainya.

Anda juga boleh mewariskan ASB, akaun simpanan bank, akaun saham CDS dan fixed deposit

Langkah penting yang perlu dititikberatkan dalam prosedur membuat Hibah adalah memastikan pemberi memiliki setiap jenis harta yang terbabit dengan sempurna.

Bagaimana yang dikatakan pemilikan harta tidak sempurna? Ini adalah persoalan syariah dan berkait juga dengan undang-undang yang mengawalselia harta tersebut.

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

Mendapatkan Servis Penyedia Dokumen Hibah yang Berpengalaman

Langkah seterusnya adalah berurusan dengan syarikat pewarisan yang berpengalaman luas dan berkepakaran. Ini adalah langkah penting dalam prosedur penyediaan dokumen Hibah yang seringkali diabaikan.

Ramai yang terlalu fokus terhadap kos yang perlu dibayar, tetapi kurang peka samada syarikat yang diambil perkhidmatan tersebut benar-benar berkebolehan, mempunyai kredibiliti serta berpengetahuan bagi menyediakan dan mempertahankan dokumen hibah yang dibuat sekiranya ia dicabar. 

 

Penyediaan dokumen Hibah Wasiyyah Shoppe lengkap dengan hujahan mantap hasil dapatan daripada geran penyelidikan akademik dan kajian lapangan; pengalaman luas memenangi lebih 300 kes pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah tanpa tewas; dan dikawal selia oleh panel syariah yang dipengerusikan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

 

Ada yang memilih peguam syarie hanya kerana kos yang ditawarkan lebih ‘murah’. Tidak salah jika peguam tersebut mahir tentang teknikaliti hibah, tetapi jangan lupa bertanyakan pengalaman berapa banyak kes pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah yang pernah mereka lalui.

Ini adalah kayu ukur yang penting untuk menentukan kredibiliti penyedia dokumen.

 

prosedur membuat hibah

 

Selain kesahan hibah yang dibuat lebih terjamin, banyak kebaikan lain yang anda peroleh apabila berurusan dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan khusus dalam bidang pewarisan seperti Wasiyyah Shoppe.

Wasiyyah Shoppe memberikan perkhidmatan komprehensif berkaitan perancangan harta pusaka.

Bukan sahaja untuk mencapai objektif dalam memastikan waris dapat mewarisi harta yang dihibahkan melalui dokumen yang disediakan, tetapi memastikan mereka mudah dan tidak pening kepala, tempoh masa minimum dan pada kos yang lebih rendah.

Ya, ini berkait dengan perlaksanaan turunmilik harta tersebut nanti.

Wasiyyah Shoppe menyediakan perkhidmatan komprehensif merangkumi perancangan harta dan juga pentadbiran bagi tujuan turunmilik harta tersebut itu nanti.

Wasiyyah Shoppe adalah sebuah syarikat yang tidak akan tutup kedai dan akan terus wujud insyaAllah. Walaupun sekiranya CEO syarikat telah tiada sekalipun, syarikat ini tidak akan terkubur dan akan terus ada untuk memberikan perkhidmatan kepada waris anda.

Mengapa saya begitu yakin?

Kerana itulah dia ciri-ciri perpetuity, suatu kelebihan besar berurusan dengan syarikat berstatus syarikat amanah atau trustee company.

Ada akta yang memastikan perkhidmatan syarikat dan kepentingan pelanggan terus dipelihara. Tidak boleh sewenang-wenangnya ditutup, ini berbeza dengan syarikat berstatus sdn bhd, enterprise dan selainnya yang tidak mempunyai akta sedemikian.

 

Halangan Besar Untuk Membuat Hibah

Kebiasaannya isu bagi prospek yang bertangguh adalah kerana kos membuat Hibah yang dianggap tinggi. Namun lazimnya prospek tersebut lupa tentang nilai harta yang mungkin perlu di’tebus pusaka’, kos, masa serta pertikaian yang boleh timbul sekiranya TIDAK merancang pewarisan harta

 

bajet hibah pusaka

 

Sehubungan itu, pertimbangan dan keputusan akhir haruslah menilai apakah implikasi sekiranya tidak membuat Hibah:

  • Kesulitan yang timbul apabila pencairan harta pusaka tertangguh kerana tiada kesepakatan waris atau waris berebut.
  • Isteri terpaksa membayar kos ‘tebus pusaka’ beratus ribu RM sebagai pampasan kepada para waris lain bagi mereka melepaskan hak ke atas rumah pusaka.

Belum lagi mengira kos emosi dan kesukaran untuk mereka meneruskan hidup.

Kesimpulannya, ambillah servis profesional Wasiyyah Shoppe bagi men’jamin’ hasrat untuk mewariskan harta kepada penerima akan tercapai.

Segala teknikaliti berkaitan prosedur membuat Hibah syarikat akan uruskan berdasarkan kepakaran, pengetahuan dan pengalaman sedia ada sejak mula perkhidmatan seawal tahun 2004 .

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This