Hibah adalah salah satu instrumen pewarisan harta bagi orang Islam yang meluas aplikasinya. Berbeza dengan wasiat, seseorang itu boleh menghibahkan hartanya kepada sesiapa pun tanpa had.

Prosedur dalam membuat hibah harta perlu dititikberatkan dengan serius termasuklah dalam pemilihan syarikat yang berpengalaman luas menyediakan dokumen hibah.

Sekiranya prosedur dan kandungan dokumen tidak memenuhi rukun dan syarat, maka hibah berisiko terbatal.

 

Prosedur Hibah Secara Ringkas

Secara ringkas, prosedur hibah melibatkan semakan pemilikan harta, penyediaan dokumen hibah sebagai bahan bukti, dan sesi akad hibah signing. Seterusnya prosedur perlaksanaan turunmilik harta yang dihibahkan kepada penerima hibah. 

Susah ke nak buat hibah?

Jawapannya, sukarlah bagi orang awam yang tidak memahami teknikaliti mendalam berkaitan fiqh mawarith bagi menyediakan dokumen hibah.

Malah jika telah faham mengenai hibah dari sudut syari’e sekalipun, perlu juga faham hujahan dari sudut enakmen dan akta perundangan semasa di samping praktis dan pandangan ulama’ kontemporari.

Bagi klien Wasiyyah Shoppe, kesemua langkah prosedur berkenaan telah dipersiapkan dengan baik bagi memastikan hasrat klien tercapai.

Namun bagi membantu anda memahami nilai yang dibayar bagi mendapatkan khidmat professional dari kami, saya kongsikan antara teknikaliti yang dititikberatkan, antaranya dari segi semakan pemilikan harta dan perlaksanaan akad hibah signing.

 

Semak Status Pemilikan Dan Sifat Harta – Adakah Boleh Dihibah?

Harta yang ingin dihibahkan mestilah dimiliki secara sempurna oleh pemberi hibah.

Isu boleh atau tidak harta bercagar seperti rumah yang masih dalam pinjaman bank atau LPPSA dihibahkan berkait rapat dengan khilaf perbezaan pandangan ulama’ berkenaan pemilikan sempurna rumah tersebut oleh pemberi hibah.

 

hibah rumah bercagar

 

Namun ianya tidak menjadi suatu masalah bagi Wasiyyah Shoppe, kerana isu pemilikan sempurna rumah bercagar tersebut telah dirungkai dan ditemui solusi dan hujahannya sejak beberapa tahun yang lalu lagi.

WSB melaburkan jutaan ringgit dalam penyelidikan akademik dan usaha menyemak kes-kes kehakiman yang lalu bagi memastikan hibah yang dibuat tiada masalah untuk dilaksanakan.

Solusi tersebut khusus bagi klien Wasiyyah Shoppe sahaja, dan berbeza bagi syarikat atau peguam penyedia dokumen yang lain.

Ingin saya tekankan, memastikan pemilikan sempurna harta sebelum memulakan proses menyediakan dokumen hibah bukanlah isu remeh.

Ia berkait dengan kemampuan syarikat penyedia dokumen untuk bersiap siaga dengan hujahan mengapa harta tersebut boleh dihibahkan, walaupun telah dicagarkan kepada bank.

 

Hibah Bagi Harta Selain Hartanah

Hibah harta bukan terhad kepada hartanah sahaja, malah kebanyakan harta yang lain yang ingin dihibahkan.

Setiap harta yang berdaftar ada pendaftar yang mengawal selia kaedah pentadbiran harta tersebut menerusi akta tersendiri.

 

 

Contohnya KWSP tidak boleh dihibahkan kerana Akta KWSP menghalang akses pengeluaran secara bebas yang menyebabkan isu pemilikan sempurna tidak dipenuhi.

Bagi hibah Tabung Haji, Unit Amanah, Kenderaan, saham syarikat dan sebagainya.. mestilah dipastikan hibah yang dibuat selari dengan akta yang mengawal selia harta terbabit. Jika tidak, terdapat kelompongan yang boleh dipertikaikan bagi pihak lawan berhujah untuk membatalkan hibah yang dibuat.

Ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana melibatkan teknikaliti perundangan syariah dan sivil dan kefahaman hukum fiqh mawarith. Begitu juga kekangan akta dan pentadbiran harta berkenaan (jika ada), yang boleh menjejaskan kesahan hibah.

Sekiranya dibuat tanpa penelitian dan kefahaman, dikhuatiri akan memberi kesan terhadap kesahan hibah yang dibuat.

 

Prosedur Semasa Akad Hibah Berlangsung

Sesi majlis menandatangani dokumen hibah mengandungi tindakan dan lafaz ijab qabul oleh pemberi dan penerima. Begitu juga syarat qabd yang perlu dipenuhi.

Bagi klien kami di Wasiyyah Shoppe, proses akad hibah ini telah digariskan dengan teliti, dan pemilihan kaedahnya lebih fleksibel.

Pelanggan boleh memilih untuk melaksanakan hibah signing secara sesi pertemuan fizikal, atau secara atas talian.

Inovasi terbaru adalah pilihan untuk mengadakan sesi akad hibah signing menggunakan aplikasi mobil yang sedang dikembangkan oleh syarikat.

Bagi makluman, pengenalan inovasi akad hibah signing menggunakan aplikasi berkenaan bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi, malah turut wajib dipastikan akan dapat terlaksana kerana ia melibatkan penerimaan dari segi prosedur undang-undang dan kehakiman.

Bagi kami di Wasiyyah Shoppe, inovasi servis untuk manfaat pelanggan dan masyarakat ini bukanlah perkara baru dalam penawaran perkhidmatan kami. Malah ia telah bermula sejak dahulu lagi.

Antara yang signifikan adalah pengenalan hibah rumah dalam pinjaman. Pada awalnya sehingga hanya beberapa tahun yang lepas, boleh dikatakan hanya Wasiyyah Shoppe sahaja syarikat utama berkaitan hibah pusaka yang menawarkan servis perkhidmatan berkenaan di Malaysia.

Inovasi dalam prosedur membuat hibah harta terus menerus diperkenalkan oleh Wasiyyah Shoppe.

Tentunya ia akan bermanfaat dan meyakinkan pelanggan Wasiyyah Shoppe bahawa solusi yang ditawarkan ini akan sentiasa selari dengan perundangan Syariah dan Sivil.

 

Bagi mendapatkan khidmat penyediaan Hibah Harta, Whatsapp saya Ansari 019-749 8210

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This