SEMUA ORANG ISLAM PERLU MEMBUAT WASIAT?

ADA PERKARA TENTANG WASIAT YANG 95% RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAHU!

Soalan ini kerap ditanya kepada saya sebab di mana-mana dalam suratkhabar, radio dan televisyen sibuk mempromosikan untuk membuat wasiat.. buatlah wasiat!

Walaupun pernah saya jelaskan sebelum ini, atas permintaan saya ulas semula.

Kebanyakan wasiat yg dipromosikan itu bukanlah wasiat tentang cara nak bahagi harta atau wasiat 1/3 mengikut hukum syarak. Ia adalah wasiat yang melantik wasi ( Wasiat Pentadbiran) . Pembahagian harta pusaka melalui wasiat pun sebenarnya tidak berkuatkuasa kecuali jika diberi 1/3 kepada bukan waris.

WASIAT PENTADBIRAN

Inilah sebenarnya wasiat yang dibuat dan dipromosi oleh kebanyakan pihak. Kandungan wasiat ini ialah perlantikan pihak tertentu sebagai wasi . Di dalam wasiat itu juga disebut mengenai tanggungjawab wasi mengumpulkan harta, membayar hutang, menjaga harta pusaka, mengambil perlindungan insuran untuk harta pusaka dlm pentadbiran, mengagihkan harta kepada waris yang berhak dan tanggungjawab yang lain.

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG WASIAT MELANTIK WASI

Wasiat yg melantik wasi ini BERKUATKUASA jika harta anda bernilai lebih dari RM 2 juta dan kes anda dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil. Wasi memang akan dilantik sebagai “executor” bagi tujuan mentadbir harta pusaka simati.

Sebenarnya jika harta anda bernilai RM60,000 ke atas pun kes anda boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sivil walaupun amalan biasa ialah harta bernilai RM 2 juta ke atas.

Walaupun demikian jika harta pusaka anda bernilai kurang dari RM2 juta dan mempunyai hartanah, lebih baik kes anda dibicarakan di Pejabat Pesaka Kecil. Ini kerana kosnya lebih murah dan kes boleh dipohon oleh waris berbanding penggunaan peguam jika kes dibicara di Mahkamah Tinggi Sivil.

Mahkamah Tinggi Sivil memang memerlukan wasiat melantik wasi dibuat jika Geran Probet mahu dikeluarkan. Jika tiada wasiat melantik wasi dibuat, Letter of Administration (LoA) akan dikeluarkan tetapi Mahkamah Tinggi Sivil akan memerlukan 2 bon jaminan diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Sivil sebelum Letter of Administration dikeluarkan.

Namun dalam banyak keadaan bon ini boleh dipohon untuk di’waive’ kan. Wasiyyah Shoppe Bhd banyak membantu kes-kes pusaka tiada wasiat melantik wasi dan dipohon Letter of administration untuk di’waive’kan keperluan bon ini dan kami berjaya mendapatkannya.

Bagi orang yg hartanya dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil memang wasiat yang melantik wasi adalah kritikal. Proses mendapatkan Geran Probet (jika ada wasiat melantik wasi) jauh lebih mudah dari nak mendapatkan Letter of Administration (jika tiada wasiat melantik wasi) .

Tetapi jika harta pusaka anda bernilai kurang dari RM2 juta ada hartanah dan waris-waris anda membawa kes ini ke Pejabat Pesaka Kecil, wasiat yg anda buat melantik wasi itu TIDAK BERKUATKUASA kecuali jika waris2 mengikut hukum faraid anda bersetuju dengan wasi yang dilantik di dalam wasiat itu!

Saya ulangi: WASIAT YANG MELANTIK WASI TIDAK BERKUATKUASA jika kes dibicarakan di Pejabat Pesaka Kecil dan wasiat itu tidak dipersetujui waris! Kalau waris setuju barulah ia dikuatkuasakan. Wasiat yang saya maksudkan ini ialah wasiat yg kandungannya hanya bercerita tentang perlantikan wasi sahaja. 95 % dari wasiat inilah yang orang Islam buat di Malaysia pada hari ini! Kalau anda dah buat wasiat cuba baca apa kandungannya.

Jika wasi inginkan juga perlantikannya berkuatkuasa seperti di dalam wasiat , bicara akan ditangguh di pejabat Pesaka Kecil dan wasiat itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah untuk disahkan. Pejabat Pesaka Kecil akan patuh kepada apa-apa arahan Mahkamah Syariah berkenaan wasiat ini.

Masalahnya , TIADA PERUNTUKAN ( PROVISO ) yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengesahkan wasiat yang melantik wasi kecuali jika wasi yang dilantik ialah Majlis Agama Islam Negeri-negeri yg mempunyai enakmen wasiat .

Ini kerana perlantikan Majlis Agama Islam Negeri2 sebagai wasi yg ada enakmen wasiat adalah BERKUATKUASA kerana mereka diperuntukkan kuasa sebagai wasi di dalam enakmen masing2.

Jadi jika simati meninggalkan wasiat melantik pihak tertentu sebagai wasi dan kes ini dibicarakan di Pejabat Pesaka Kecil (harta< RM 2 Juta dan ada hartanah) , bolehkah waris-waris mengikut hukum faraid menentang wasiat ini? JAWAPANNYA : BOLEH. Wasiat ini tidak akan berkuatkuasa.

JADI APA KEDUDUKAN WASIAT MELANTIK WASI YANG DIPROMOSIKAN SETIAP HARI NI ?

Selepas penerangan ini, anda buatlah penilaian sendiri sama ada anda perlu wasiat melantik wasi atau tidak. Seperkara lagi, sila tanya kepada pihak yg anda lantik sebagai wasi itu , berapa yang dia akan caj waris / harta pusaka anda sebagai FI PENGURUSAN HARTA PUSAKA kerana biasanya ia beberapa peratus dari nilai harta pusaka ketika kematian (tidak termasuk kos2 “disbursement” yg lain).

Fi ini biasanya tidak diceritakan kepada anda ketika anda membuat wasiat. Harta anda sekarang bernilai RM300 000 ketika membuat wasiat. Tetapi bila anda mati 20 tahun akan datang, harta anda mungkin bernilai RM1 JUTA dan waris anda akan dikenakan fi beberapa peratus daripada nilai itu!

Semenjak 2007 di Wasiyyah Shoppe kami uruskan harta pusaka orang islam PERCUMA JE ! Dokumen Wasiat pun kami buat PERCUMA JE !

Kenapa ?Tak percaya?

#faraidischampion

BIAR JADI PUSAKA JANGAN JADI PUAKA.

Sumber: Tn Hj Ariffin Sabirin, Wasiyyah Shoppe Bhd

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This