KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperkenalkan kerangka skim insentif “Family Office” baharu yang bertujuan menambah baik landskap pelaburan Malaysia.

Dalam kenyataan pada Isnin, SC menjelaskan skim itu menawarkan kadar cukai konsesi sifar peratus ke atas pendapatan yang dijana oleh pelaburan yang layak daripada “Single Family Office Vehicle” (SFOV).

Forest City akan menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menyediakan insentif itu.

Insentif itu tertakluk kepada beberapa syarat iaitu SFOV mesti menubuhkan dan mengendalikan pejabat berdaftar di Pulau 1, Zon Kewangan Khas Forest City, dan insentif akan tersedia selama 20 tahun, dibahagikan kepada tempoh 10 tahun awal diikuti dengan 10 tahun berikutnya.

“SFO atau syarikat pengurusan mungkin tidak perlu mendapatkan lesen tertentu di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) seperti untuk pengurusan dana, selagi ia hanya menyediakan perkhidmatan untuk syarikat berkaitannya, SFOV,” tambahnya.

Pengerusi SC Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata skim SFO meletakkan Malaysia sebagai destinasi menarik bagi keluarga serantau dan tempatan untuk menguruskan kekayaan mereka.

“Anggaran pengganda ekonomi bagi inisiatif ini, termasuk keperluan asas tempatan, diunjurkan antara RM3.9 bilion hingga RM10.7 bilion.

“Ini juga merangkumi penciptaan guna tenaga mahir dan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan sampingan,” katanya.

SC menjelaskan SFOV yang layak boleh memohon pensijilan bagi tujuan insentif cukai, dengan syarat mereka memenuhi syarat yang diperlukan.

SC sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengendalikan skim itu pada suku pertama 2025.

– Bernama

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This