Haji Osman. Pemilik salah sebuah pengusaha kilang batik & pakaian terkemuka di Semenanjung, memang dikenal atas kedermawanannya, seakan harta tidak begitu berharga baginya. Seakan dunia ini telah begitu hina di matanya.

Inilah mungkin pandangan mata dari orang yg dunia di tangannya & akhirat di hatinya.

Maka beberapa orang pengusaha muda yg bersemangat mendatangi beliau.

“Ajarkan pada kami, Ji,” kata mereka.. “bagaimana caranya agar kami seperti haji Osman. Boleh berniaga maju sukses, tidak cinta pada harta dan tidak sayang pada kekayaan… Hingga seperti haji Osman, bersedeqahnya terasa ringan”.

“Wah”, sahut Haji Osman tertawa, “Antum salah alamat!”

“Mengapa?”…

Kalian datang pada orang yg salah…. Saya ini SANGAT SAYANG PADA HARTA DAN SUKA PADA HARTA SAYA. Saya ini sangat mencintai aset yg saya miliki “.

“Sebab apa?”..

“Oleh kerana sangat cinta & sayangnya saya pada harta, SEHINGGA SAYA TIDAK RELA MENINGGALKAN HARTA SAYA DI DUNIA INI. AKAN SAYA BAWA MATI BERSAMA KE DALAM KUBUR.

Sebenarnya saya TIDAK MAHU BERPISAH dengan kekayaan saya. Makanya sementara saya masih hidup ini saya titipkan dulu.

Tumpangkan pada masjid,
Tumpangkan pada anak yatim,
Tumpangkan pada fakir miskin,
Tumpangkan pada surau,
Tumpangkan pada pondok pengajian,
Tumpangkan pada pejuang fii sabilillah.
Tumpangkan pada Guru2 Agama
Tumpangkan pada karyawan yg rajin Ibadah.
Tumpangkan pada saudara-mara dan sahabat handai yg sedang sakit di hospital.

Alhamdulillah ada yg berkenan mahu ditumpangi, saya senang sekali.

Alhamdulillah ada yg sudi diamanahi, saya bahagia sekali.

Insyaa Allah… DI AKHIRAT NANTI SAYA BOLEH AMBIL BALIK, APA-APA YANG SAYA TUMPANGKAN DULU.

Saya ingin kekayaan saya itu dapat saya nikmati berlipat-lipat di alam kubur & di akhirat”.

“Jadi..!” Siapa bilang harta tidak dibawa mati….?

Harta itu dibawa mati….!!! Caranya ? …

JANGAN BAWA SENDIRI… Minta tolong dibawakan oleh anak yatim, fakir miskin, pusat2 tahfiz & pondok2, pljr2 & guru2 agama, orang-orang yang berjuang di jalanNya dan lain-lain..
kerana anak & keluarga, saya cuma bagi pakai kain putih sahaja..

.

Sumber: copy n paste


 

Ulasan saya:

Dari zahirnya, kita nampak orang yang kaya bahagia dengan kesenangan harta melimpah, rumah agam yang besar, dan kereta berderet. Tetapi sebenarnya cabarannya besar juga. Bukan mudah nak mempraktikkan nasihat “letakkan dunia di tanganmu, jangan di hatimu” sepertimana Haji Osman. Haji Osman mengejar kekayaan, tetapi dengan harta yang dimiliki beliau gunakan untuk membantu orang lain dan mewakafkannya ke jalan Allah.

Ibnul Qoyim menyebutkan riwayat dari Imam Ahmad,

Ada orang yang bertanya kepada Imam Ahmad,

أيكون الرجل زاهدا ، ومعه ألف دينار؟

Apakah seseorang boleh menjadi zuhud, sementara dia memiliki 1000 dinar?

Jawab beliau,

نعم على شريطة ألا يفرح إذا زادت ولا يحزن إذا نقصت ، ولهذا كان الصحابة أزهد الأمة مع ما بأيديهم من الأموال

Betul, dengan syarat, dia tidak merasa bangga ketika hartanya bertambah dan tidak sedih ketika hartanya berkurang. Karena itulah, para sahabat menjadi generasi paling zuhud, meskipun mereka memiliki banyak harta.

Ada banyak cara untuk meWAKAFkan harta, sama ada:

1. Wakafkan harta semasa kita masih hidup lagi

2. Menulis wasiat untuk mewakafkan harta. Kadar maksimum ialah 1/3 daripada nilai harta. Melalui cara ini, kita masih boleh mengambil manfaat daripada harta yang diwakafkan itu semasa masih hidup. Pindah milik harta wakaf disempurnakan selepas kita meninggal dunia.

3. Sekiranya ingin mewakaf lebih daripada 1/3, kita boleh menggunakan Hibah. Kerana Hibah tiada had dan boleh diberi kepada sesiapa pun yang dikehendaki. Tetapi perlu dipastikan waris lain yang berhak tidak dinafikan hak mereka dengan wakaf ini. Meskipun niat kita baik hendak mendermakan harta fisabilillah, janganlah ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan waris. Kita masih memerlukan doa mereka untuk kesejahteraan hidup di alam sana.

 

Wasiyyah Shoppe ada menawarkan khidmat menulis Wasiat dan Hibah pada kadar yang berpatutan. Sila Whatsapp atau hubungi saya, Ansari 019-7498210 untuk maklumat lanjut. Semoga dengan memanjangkan khidmat penulisan Wasiat ini, saya juga beroleh secebis pahala daripada tindakan murni Tuan dan Puan. InsyaAllah.

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This