Dalam artikel Part 1, telah diterangkan tentang hibah mutlak dan perbezaan cara aplikasi hibah mutlak oleh syarikat-syarikat yang menawarkan perkidmatan. Secara ringkas, hibah mutlak atau disebut juga sebagai hibah munjizah adalah hibah yang dibuat tanpa syarat ataupun balasan.
Apabila telah memenuhi rukun dan syaratnya, hibah mutlak akan memberi kesan berikut:
- Harta yang dihibah akan berpindahmilik kepada penerima hibah secara serta merta.
- Hak milik penerima hibah kekal dan tiada had tempoh
- Pemberi hibah hilang kuasa dan hak milik ke atas fizikal harta yang dihibah dan manfaatnya (contoh: kutipan sewa rumah)
Syarat yang Dibolehkan Dalam Hibah Bersyarat
Hibah bersyarat adalah hibah yang disertai dengan syarat atau balasan yang mengikat akad hibah tersebut. Namun begitu, bukan sewenang-wenangnya kita boleh meletakkan apa jua syarat yang dimahukan. Syarat tersebut mestilah tidak fasid, iaitu tidak bercanggah dengan hakikat hibah iaitu pemberian secara sukarela.
Maka syarat yang diletakkan mestilah tidak menjejaskan indikasi bahawa pemberi hibah benar-benar redha untuk memberikan hartanya.
Pensyaratan dalam hibah boleh berlaku dalam bentuk sighah secara idafah, tawqit, dan ta’liq:
- Idafah: Disyaratkan tidak dikuatkuasa serta merta, tetapi pada masa akan datang. “Saya hibahkan harta ini pada bulan hadapan.”
- Tawqit: Menetapkan tempoh untuk pemilikan harta yang dihibah. “Saya hibahkan harta ini untuk setahun.”
- Ta’liq: Meletakkan syarat berlakunya sesuatu perkara, barulah akad hibah akan berkuatkuasa. “Jika Amad datang, saya hibahkan kepada kamu rumah ini.”
Hibah yang dilakukan secara idafah, tawqit, dan ta’liq mempunyai isu dari kesahan hibah dan perlu diteliti sekiranya ia bertentangan dengan hakikat hibah.
Hibah bersyarat juga boleh dibuat dengan sighah taqyid, di mana perlaksanaan akad hibah itu bergantung kepada syarat. Hibah ini dibahagikan kepada hibah dengan syarat umra, ruqba dan dengan syarat balasan.
Syarat Hibah yang dibahaskan
Antara syarat hibah yang dibincangkan dalam perbahasan fiqh seperti berikut:
- Hibah dengan balasan
- Syarat melakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan
- Syarat penerima hibah tidak bertasarruf dengan harta yang dihibah
- Mensyaratkan penerima hibah melangsaikan hutang penghibah
- Syarat pemberi hibah masih boleh menikmati manfaat harta yang dihibah selagimana dia masih hidup
- Syarat pindahmilik selepas kematian penghibah.
Syarat Fasid dalam Hibah
Contoh syarat fasid ialah meletakkan syarat seperti harta yang dihibah tidak boleh dijual atau dihibah kepada orang lain, atau mesti dijual kepada orang tertentu.
Syarat fasid yang lain ialah syarat yang tidak selari dengan etika dan undang-undang, contohnya suami menghibahkan kepada isteri yang diceraikan dengan syarat bekas isteri itu tidak boleh berkahwin sepanjang umurnya.
Hibah yang dibuat dengan syarat fasid adalah sah, namun syarat yang mengikat itu terbatal. Syarat yang rosak tidak membatalkan hibah tersebut.
Nilai Balasan Hibah
Hibah dengan syarat balasan zahirnya menyerupai akad pertukaran (mu’awadat). Untuk mengekalkan status pemberian hibah ini sebagai akad tabarru’, maka diperuntukkan agar nilai harta yang dihibah mestilah lebih rendah dari nilai balasan yang disyaratkan. Ini juga bagi mengelakkan ia dianggap sebagai transaksi jualbeli, dan bukannya hibah.
Syarat hibah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan itu perlu diteliti satu persatu. Secara umumnya, tindakan itu mestilah:
- Tidak mustahil untuk ditunaikan
- Ditentukan dengan jelas
- Tidak menyalahi etika dan undang-undang
Hibah Ruqba dan Umra
Kebiasaannya syarat diletakkan dalam akad hibah bertujuan memelihara dan menjamin kedudukan penghibah pada masa hadapan setelah hartanya dihibahkan. Ini bagi mengelakkan penerima hibah mengabaikan dan berpaling tadah setelah hakmilik harta berubah tangan.
Syarat taqyid (mengikat) seperti Umra atau Ruqba diletakkan dalam kontrak hibah berdasarkan keperluan dan kehendak penghibah dan dipersetujui oleh penerima melalui ijab qabul.
Penjelasan lanjut berkenaan Umra dan Ruqba akan dibincangkan dalam artikel Part 3 insyaAllah..

Assalamualaikum, soalan saya, adakah hibah bersyarat perlu disetemkan dan setem yang dikenakan oleh LHDN adakah RM10 sahaja ataupun setem duti penuh mengikut nilai semasa tanah.
Terima kasih.
Wslm wbt,
Ikut kaedah perlaksanaan syarikat atau peguam masing-masing.
Assalamu’alaikum. Soalan saya. Adakah hibah bersyarat ini, suratcara hibahnya perlu mendapat pengesahan mahkamah syariah sebelum penghibah meninggal dunia?
Waalaikumussalam,
Pengesahan hibah di mahkamah syariah hanya dibuat bila perlu sahaja. Contohnya jika waris pertikai hibah yg dibuat, jalan keluarnya adalah dengan mendapatkan pengesahan hakim
maknanya hibah tu masih boleh dicabar jika tidak disahkan di mahkamah? pejabat tanah pun tidak terima jika hibah tidak disahkan oleh 3 pihak yang berkuasa dengan pembahagian harta iaitu mahkamah tinggi, pejabat pusaka kecil dan amanah raya sahaja.
Perlu fahami prosedur dan bidang kuasa institusi berkenaan
Assalamualaikum, kalau saya dihibahkan dengan syarat saya perlu berkahwon dengan seseorang, tetapi saya tak dapat menunaikan syarat tersebut atas sebab tertentu. Adalah hibah tersebut masih sah dan saya berhak keatas harta tersebut. Pemberi hibah sudah meninggal dan sudah memberi hibah kepada saya.
Wslm wbt,
Sila bawa kes ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan dan penilaian hakim.
Assalamualaikum saya nak tanya. Saya membeli rumah bersama suami (sharing loan). Dan rumah tersebut masih diatas pinjaman bersama bank. Boleh ke suami saya menghibahkan 50% bahagian dia kepada saya ?
Wslm wbt puan Suriani,
Ya jika cukup syaratnya. Suami pun mesti nak hibahkan atas kerelaan sendiri. Puan boleh whatsapp saya terus untuk fast reply ya
selepas kematian ibu.hibah tanah automatik sudah menjadi hak saya. bolehkah sebelum utk urusan lain saya mahu jual kepada abg saya dgn cara jumpa peguam dan terus tukar nama didalam perjanjian hibah. so saya x perlu utk buat pecah lot dan lain2. maksudnya mahu kumpa peguam balik dgn menukar nama saya iaitu lot saya terus diletakkan atas nama abg saya.
Hibah bukan sekadar buat perjanjian. Perlu tahu cara perlaksanaan hibah dari sudut undang2. Itu pentingnya memilih penyedia perkhidmatan yang betul, yang boleh advise dan uruskan end-to-end. Jika ada isu, ada ruang untuk terus bertanya.
Cik dan arwah ibu cik dah engage dengan peguam untuk penyediaan hibah. Maka silalah consult dengannya untuk isu yang dipersoalkan
Assalamualaikum. Boleh ke hibahkan rumah kepada 4 org anak?
Wslm wbt.
Ya boleh puan. Boleh whatsapp saya 019-749 8210 untuk mudahkan berurusan.
Assalamualaikum. Soalan – bolih kah saya hibahkan rumah kediaman saya sekarang sebagai “family home” untuk anak2 angkat saya dengan syarat saya dan suami bolih terus tinggal dirumah tersebut sampai akhir hayat kami? Terima kasih.
Wslm wbt. Maaf lambat reply. Ya, boleh letakkan syarat penghibah masih boleh terus menetap di rumah yang dihibahkan semasa hidup
Assalamualaikum. Bolih kah saya menghibahkan wang “savings” bersyarat kepada anak2 angkat saya dimana perlaksanaan hibah hanya dibuat semasa saya meninggal dunia? Terima kasih.
Wslm wbt. Pada asasnya, hibah terlaksana semasa hidup, tapi ada caranya..