Pernah tak terlintas di fikiran anda, apa akan jadi kepada dokumen hibah yang telah dibuat jika syarikat pusaka atau firma peguam yang anda berurusan gulung tikar dan berhenti beroperasi?

Bukan sahaja hibah, malah termasuk sekali dokumen pewarisan lain seperti wasiat, dokumen perlantikan pentadbir, deklarasi harta sepencarian, surat kuasa wakil, surat ikatan amanah dan sebagainya.

Mungkin sukar untuk dibayangkan situasi tersebut. Biar saya bantu.

Berikut antara kesulitan yang boleh berlaku apabila syarikat pusaka itu tiada lagi dalam perkhidmatan..

 

😰 Talian telefon syarikat tidak lagi dapat dihubungi. Atau firma peguam telah ditutup dan anda tidak dapat lagi menghubungi peguam terbabit. Apabila ada isu berbangkit atau anda nak bertanya mengenai dokumen yang telah dibuat, siapa yang nak ditujukan persoalan? Nak tanya orang yang tak berkait dengan penyediaan dokumen hibah tu ke…  i.e tanya saya sah ke hibah yang dibuat dengan syarikat atau peguam lain? Fikirkan semula.

 

😰 Waris anda terpaksa berkejar ke sana sini, tidak tahu siapa yang hendak dirujuk untuk memulakan proses tuntutan pusaka.

 

😰 Bayangkan keadaan mereka pada masa itu dalam keadaan bersedih dan hilang pergantungan. Lebih kritikal lagi jika isteri merupakan suri rumah dan bergantung harap kepada pendapatan arwah suami untuk sara hidup. Tanpa panduan, kemungkinan prosedur tuntutan pusaka tertangguh atau bertemu jalan buntu.

 

😰 Dokumen hibah yang dibuat ada dalam simpanan, tetapi waris tidak tahu bagaimana nak melaksanakan proses turunmilik harta yang telah dihibahkan itu.

 

Lagi clueless waris, lagi lambat lah mereka nak memulakan prosedur tuntutan pusaka.

Lagi lambat harta pusaka dicairkan, lagi lambatlah mereka mendapat manfaat pusaka.

 

Syarikat ‘Kalis’ Tutup Operasi

Nak rancang pewarisan harta, ambillah produk servis yang terbaik dan komprehensif. Untuk waris tersayang anda juga kan. Takkanlah nak berkira sangat.. mereka itu juga yang bakal menjadi modal akhirat yang insyaAllah akan terus mendoakan anda..

Dalam nak memilih perkhidmatan syarikat pewarisan, pastikan soal kesinambungan operasi syarikat MESTI menjadi antara kriteria utama.

Persoalannya, syarikat mana yang takkan bungkus atau tutup operasi?

 

Mudah Ke Untuk Syarikat Menutup Operasi?

Pastinya ada keadaan yang mana semua syarikat – tak kira besar atau kecil – terpaksa ditutup. Persoalan yang lebih tepat adalah, mudah atau tidak prosedurnya untuk sesebuah syarikat itu tutup operasi atau winding up?

Mengapa penting untuk diketahui?

Kerana apabila syarikat bungkus, kepentingan klien syarikat pun akan terjejas. Siapa yang akan takeover, kalau ada yang sedemikian?

Kita lihat dulu pada jenis pendaftaran syarikat terbabit. Dalam penulisan ini, kita bandingkan syarikat pusaka bertaraf syarikat amanah (trustee), contohnya Wasiyyah Shoppe; dan syarikat berdaftar sebagai sendirian berhad dari segi penutupan operasi.

 

Beza Syarikat Sdn Bhd Dengan Syarikat Amanah

Apakah perbezaan antara syarikat sdn bhd dengan syarikat amanah, dari segi prosedur untuk menghentikan operasi syarikat?

👉🏻 Syarikat Sdn Bhd: Mudah saja nak tutup syarikat. Ahli Lembaga Pengarah perlu bersetuju secara majoriti untuk menutup syarikat, berdasarkan Seksyen 443 Akta Syarikat 2016. Setelah diluluskan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dimaklumkan tentang penutupan syarikat.

 

👉🏻 Syarikat Amanah: Lembaga Pengarah perlu memohon kepada Mahkamah Tinggi Sivil untuk menutup syarikat mengikut seksyen 33 Akta Pemegang Amanah 1949.

Mahkamah akan mempertimbangkan perkara-perkara berikut samada hendak meluluskan atau tidak permohonan:

👉🏻👉🏻 Tanggungjawabnya sebagai wasi, pentadbir harta pusaka, pemegang amanah, pelikuidasi, wakil , ejen, penjaga harta, pemegang serahhak telah dilaksanakan sebelum syarikat dibenarkan untuk ditutup.

👉🏻👉🏻 Wasi, benefisiari yang terlibat boleh memohon mahkamah untuk menangguhkan penutupan syarikat selagi ada obligasi syarikat yang belum selesai.

👉🏻👉🏻 Mahkamah akan mengambilkira kepentingan waris, benefisiari dan pihak yang berkepentingan sebelum membenarkan syarikat menutup operasi.

👉🏻👉🏻 Sebarang penutupan operasi tanpa kebenaran Mahkamah ialah pelanggaran terhadap Akta Pemegang Amanah 1949 dan tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham.

 

Pilih Yang Susah Tutup Atau Yang Senang?

Syarikat Sdn Bhd boleh menutup operasi pada bila-bila masa kerana keputusan dibuat oleh Lembaga Pengarahnya sahaja.

Sebaliknya, sekiranya syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad hendak menutup operasi, syarikat perlu mendapat kebenaran Mahkamah. Kelulusan Mahkamah pula akan mengambil kira kepentingan waris, benefisiari dan pihak berkepentingan lain yang menjadi pelanggan syarikat.

Setelah diterangkan implikasi susah/senang tutup operasi syarikat, pada hemat anda waris siapa yang lebih terbela nasibnya dari segi perlaksanaan dokumen perancangan yang telah dibuat?

Waris kepada orang yang membuat dokumen dengan syarikat sdn bhd atau dengan syarikat amanah?

Anda lebih tenang dan yakin berurusan dengan syarikat yang mana satu?

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This