Bersumberkan data dari Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), sebanyak 72,348 kes pusaka dengan aset bernilai RM12.6 bilion dilaporkan tertunggak di seluruh negara dan masih belum selesai diagihkan kepada para waris.
Jika anda sangkakan majoriti kes tertumpu di Selangor, tekaan itu kurang tepat.
Jumlah kes pusaka tertunggak tertinggi berlaku di Kedah (13,424), diikuti dengan Selangor (10,358) dan Johor (9,062).

Sumber: Kosmo
Punca Kelewatan Tuntutan Pusaka
Kelewatan penyelesaian kes pusaka berpunca daripada sikap waris, struktur waris yang kompleks dan kekangan pada institusi yang mengurus tadbir.
Sikap Waris
🥲 Sikap tidak acuh waris yang hanya membuat tuntutan apabila harta itu hendak dijual atau berlaku pengambilan balik tanah.
🥲 Perbalahan ahli keluarga arwah;
🥲 Waris tidak memberi kerjasama
🥲 Waris tidak faham prosedur dan hukum Faraid
🥲 Waris tidak menyerahkan dokumen harta
Struktur Waris Faraid Yang Kompleks
🥲 Waris bertambah akibat kematian berlapis
🥲 Waris tidak dapat dikesan, dokumen pengenalan diri waris tidak diserahkan
🥲 Maklumat waris tidak lengkap
Kekangan Institusi yang Mengurus Tadbir
🥲 Permohonan yang banyak diterima setiap tahun
🥲 Jumlah pegawai dan kakitangan yang terhad untuk menguruskan kes
Permohonan Urus Pusaka Meningkat
Permohonan tuntutan pusaka meningkat pada kadar 4% hingga 6% setiap tahun.
Bagaimanapun, kadar permohonan menurun sedikit pada tahun 2020 dan 2021 disebabkan kekangan pandemik dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun dikhuatiri kekangan tersebut mungkin menyebabkan permohonan yang sepatutnya difailkan pada tahun tersebut ditangguhkan pada tahun berikutnya, dan mungkin akan menyebabkan berlaku lonjakan kes.
Menurut JKPTG, sebanyak 34,437 kes berjaya diselesaikan pada tahun lalu, dan 72,348 kes masih tertunggak.
Dengan banyaknya kes tertunggak dan kadar tuntutan yang meningkat saban tahun, dijangka tempoh pentadbiran kes pusaka akan mengambil masa yang lebih panjang untuk diselesaikan.
Maka lebih penting lagi untuk anda pastikan permohonan dibuat dengan selengkap mungkin dan tidak memerlukan pengulangan proses disebabkan dokumen yang tidak lengkap atau isu lain yang berbangkit.
Jika anda ada bajet yang boleh dikeluarkan, ambillah perkhidmatan syarikat yang berkepakaran untuk membantu. InsyaAllah akan banyak memudahkan dan melicinkan urusan.
Bukan ini Sahaja Kes Pusaka Tertunggak!
Oleh kerana sumber maklumat di atas datangnya dari JKPTG, maka saya andaikan statistik yang dikemukakan hanyalah meliputi kes yang difailkan di pejabat pusaka kecil, iaitu nilaian pusaka bawah RM2 juta dan melibatkan hartanah.
Namun perlu anda tahu, bukan Pusaka Kecil sahaja institusi yang menguruskan pentadbiran pusaka di Malaysia.
Tentunya statistik ini akan lebih tinggi lagi apabila melibatkan kes tertunggak yang berikut:
👉 Kes Pusaka Besar – harta pusaka melebihi RM2 juta atau kes pusaka berwasiat yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sivil
👉 Pusaka Ringkas iaitu harta alih sahaja dengan nilai tidak melebihi RM600 ribu yang diuruskan di Amanah Raya Berhad
Tidak dilupakan, kes waris bertangguh yang belum pun memulakan prosedur menuntut pusaka arwah.
Maka tidak hairanlah anggaran aset terbeku di Malaysia melebihi RM70 bilion!
Rancang Pewarisan Harta Segera!
Jika anda teliti sebab berlakunya harta tertunggak yang dinyatakan di atas, sebenarnya perkara tersebut boleh dielak atau dikurangkan risiko sekiranya pemilik harta bertindak merancang pewarisan harta semasa hidupnya.
👍 Hasrat pembahagian harta yang jelas
👍 Pentadbir harta telah dilantik
👍 Telah mengambil plan dengan syarikat pusaka bagi membantu urusan pentadbiran pusakanya
👍 Dokumen harta telah dikumpulkan
Apabila harta pusaka lambat atau tidak selesai ditadbir sehingga ke surat kuasa atau perintah pembahagian, maka kesannya harta pusaka itu kekal beku di bawah nama si mati.
Sebab itu, rancang sedari awal.
Jangan jadikan harta anda sebahagian dari penambahan statistik harta beku di Malaysia!
Whatsapp saya segera, Ansari 019-749 8210 untuk rancang pewarisan harta anda
