Dalam keadaan pandemik COVID-19 sekarang ini di mana banyak syarikat rugi besar dan terpaksa gulung tikar, terdapat syarikat yang sebaliknya semakin banyak menjana keuntungan.
 
Contohnya syarikat Top Glove. Sarung tangan getah pakai buang sangat banyak digunakan di hospital dan di tempat-tempat awam. Kesannya, produk Top Glove mendapat jualan yang sangat tinggi.
 
Bagi suku ketiga 2021, untung bersih Top Glove mencecah RM2.064 bilion, iaitu lebih lima kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu!
 
Situasi Top Glove yang untung besar tersebut sangat kontradik dengan kebanyakan syarikat lain yang sukar bertahan kerana sekatan aktiviti ekonomi. Banyak syarikat terjejas disebabkan PKP dan kekurangan kuasa membeli rakyat.
 
Apabila syarikat-syarikat tersebut rugi atau terjejas teruk keuntungan, kesannya kerajaan juga kurang mendapat hasil kutipan cukai.
 
Pada masa yang sama, kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak untuk membendung penularan COVID di samping memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada masyarakat. 
 
Disebabkan itu, perlunya keseimbangan antara yang mendapat laba besar ‘membantu’ pihak yang terjejas teruk. Dari situ lah datangnya cadangan untuk mengenakan windfall tax.
 
 

Windfall Tax

 
Top Glove membayar cukai pada kadar yang sama iaitu 26 peratus.

 
sarung tangan getah top glove
 
Windfall Tax, atau cukai keuntungan luar biasa adalah solusi yang dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengimbangi kesan pandemik supaya syarikat yang meraih keuntungan besar membantu usaha menolong golongan terjejas.
 
Windfall tax merupakan satu bentuk cukai tambahan yang dikenakan kerajaan terhadap perniagaan atau sektor ekonomi yang meraih manfaat besar dalam situasi ekonomi tertentu.
 
Cadangan Tun turut disokong oleh Pakar Ekonomi, Prof Jomo Kwame Sundaram yang berpendapat hanya cukai keuntungan luar biasa dapat membantu meningkatkan pendapatan kerajaan.
 
 

GST Tidak Wajar Diperkenalkan Pada Waktu Sebegini

Tun Dr Mahathir dan Jomo berpendapat cukai GST tidak wajar diperkenalkan semula terutamanya pada waktu ini.
 
“Cukai baharu ini (GST) tidak akan mengurangkan masalah secara keseluruhan yang dihadapi kerajaan kerana kerajaan kini tidak dapat mengutip cukai (kerana perniagaan tidak beroperasi), tetapi (kerajaan) perlu fikir tentang windfall tax,” kata Dr Mahathir.
 
Jomo pula berkata cukai langsung harus ditingkatkan bagi menambah baik sistem kutipan hasil negara.
 
 
“Kita lebih banyak kutip cukai tidak langsung dan kurang mengutip cukai langsung. GST hanya salah satu cara untuk rasionalisasikan sistem percukaian dan tidak mendatangkan faedah besar (ketika ini) kerana urusan perniagaan tidak boleh dijalankan (secara penuh) ketika ini.
 
 
“Untuk jangka panjang kita perlukan cukai langsung dan yang penting untuk jangka pendek adalah windfall tax dan tidak ada asas untuk ditangguhkan lagi,” kata Jomo.
 
 
 
Rujukan: Astroawani
 
 
 
 
Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This