Kisah kemalangan jalanraya beberapa hari yang lepas di Pattani, Thailand yang mengorbankan pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, 39 telah mendapat perhatian luar biasa daripada penduduk Malaysia. Jarang sekali sebelum ini kita mendengar namanya disebut-sebut, walaupun memiliki kekayaan luar biasa dengan rumah yang gah tidak ubah persis sebuah resort percutian. Ternyata, kekayaannya bukanlah suatu yang dijaja-jaja untuk mendapat perhatian ramai.
Dan mungkin itulah antara sebabnya beliau dimuliakan. Siapa sangka… seorang pengasas produk kosmetik, bukanlah seorang ustazah, diangkat dan dipuji2 kebaikannya apabila ajalnya tiba. Ramai yang menyebut sifat pemurahnya yang sering bersedekah dan memberi sumbangan kepada yang memerlukan. Malah rumah istana yang dibinanya kerana ingin menggalakkan keluarga besarnya datang bertandang.
Kekayaannya bukan datang secara kebetulan atau durian runtuh. Ia adalah hasil usaha jerit payahnya membina empayar perniagaan selama lebih 20 tahun lamanya. Membina perniagaan dan reputasi itu payah, tapi nak meruntuhkan sangat mudah. Empayar perniagaan yang maju dan legasi yang dibina sejak berpuluh tahun dahulu boleh musnah sekiranya sistem pewarisan syarikat tidak disusun dan dirancang dengan baik semasa hidup. Yakni pemilik atau peneraju syarikat tidak merancang siapa yang akan meneruskan pentadbiran syarikat sekiranya tonggak utama sudah tiada, dan bagaimana syarikat akan ditadbir melalui perjanjian yang ditetapkan.
‘Arwah Wasiat Jaga Perniagaan’
Adik kelima arwah berkongsi bahawa beberapa bulan sebelum kematiannya, arwah pernah berpesan supaya suaminya dan adik beradiknya bersama-sama meneruskan pengurusan syarikat sekiranya beliau tiada.

Arwah juga berpesan agar sebiji berlian simpanannya diberikan kepada salah seorang anak perempuannya. Pesanannya juga supaya kesemua anaknya tidak berebut hartanya kerana setiap seorangnya telah dikurniakan sebuah rumah masing-masing.
Potensi Masalah Dengan Wasiat/Pesanan Arwah
Pertama sekali, perlu dipastikan samada pesanan yang dikongsikan oleh adik arwah itu berbentuk lisan, atau bertulis iaitu ada hitam putih. Sekiranya pesanannya berbentuk lisan, maka ia mudah disanggah kesahihannya lebih-lebih jika tiada bukti rakaman yang dibuat. Boleh jadi hasratnya ini disuarakan semasa sedang berborak santai..maka siapalah yang akan terdetik hendak merakam percakapan santai.
Jika ada pun rakaman lisannya atau wasiat pesanan ini dicatat dalam bentuk pengakuan bertulis hitam putih, maka ia tertakluk juga kepada hukum dan perlaksanaan wasiat yang dibuat kepada waris. Dalam konteks arwah di atas, di antara waris yang disebut dalam pesanan ialah suami dan anak-anaknya.
Mari kita semak semula tentang wasiat. Wasiat pada asasnya ditujukan khusus untuk BUKAN WARIS, kerana waris sudah ada bahagian hak Faraid masing-masing yang mana secara terang dan jelas telah ditetapkan dalam al-Quran. Timbul persoalan… apa akan jadi kepada wasiat yang telah dibuat dan ditujukan kepada waris? Contohnya seperti wasiat pesanan arwah Faziani?
Maka ia tertakluk kepada persetujuan waris-waris yang lain. Sekiranya waris maklum tentang hak faraid masing-masing dan akur untuk menurut wasiat pesanan arwah, maka ia boleh dilaksanakan. Sudah tentu, cakap macam mudah..tapi mudah kah untuk melepaskan hak ‘durian runtuh’? Apatah lagi jika nilai harta berjuta-juta RM?
Hibah Pewarisan Perniagaan
Antara produk Hibah yang ditekankan di Wasiyyah Shoppe selain Hibah Rumah ialah Hibah Pewarisan Perniagaan. Rumah, nilainya tinggi dan biasanya meningkat setiap tahun. Dengan sifatnya sebagai harta tidak alih menyukarkan untuk ia dibahagi-bahagikan mengikut hak waris Faraid.

Untuk perniagaan, jika ia tidak dirancang siapa yang akan menggantikan tempat peneraju syarikat jika beliau tiada, maka dikhuatiri syarikat boleh ditadbir oleh seseorang yang hanya berminat untuk mengeskploit aset syarikat sehingga syarikat boleh jatuh kerugian. Atau pentadbiran syarikat diwarisi oleh warisnya yang tidak berminat berniaga, atau tidak mempunyai kemahiran mahupun pengalaman dalam mentadbir syarikat. Sebagai alternatif untuk mengelakkan ia berlaku, warisnya itu boleh dihibahkan saham syarikat dan menerima imbuhan dari sahamnya itu, tetapi tidak diberikan kuasa eksekutif untuk menguruskan syarikat.
Perancangan pengurusan syarikat ini flexible dan boleh disesuaikan mengikut hasrat peneraju, tertakluk kepada limitasi undang-undang yang berkaitan. Hasrat peneraju syarikat boleh dicapai dengan menggunakan solusi Hibah daripada Wasiyyah Shoppe.
Untuk maklumat lanjut atau hendak berbincang tentang hibah pewarisan perniagaan boleh Whatsapp saya Ansari, 019-749 8210.
Sumber: Sinar Harian
