Pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah
Kisah “Pusaka Menjadi Puaka” ini dikongsi oleh seorang leader Wasiyyah Shoppe yang berkisarkan tentang kes Hibah bekas kliennya (sudah meninggal) yang ditentang oleh waris sehingga membawa kepada ‘Pengesahan Hibah’ di Mahkamah Syariah. Perbicaraan kes masih belum selesai dan sedang berjalan.
Kes ini ‘menarik’ kerana individu yang menentang perlaksanaan Hibah itu bukanlah seorang yang disangka-sangka akan membuat penentangan.
Keluarga arwah yang ditinggalkan dan berhak menuntut pusaka terdiri daripada suami beliau, 3 orang anak perempuan, dan 4 orang anak lelaki dari saudara lelaki sebapa.
Siapakah individu yang menentang itu?
Daripada senarai waris yang berhak, secara logiknya kita akan menyangka individu yang menentang itu adalah anak lelaki saudara lelaki sebapa, bukan? Ini berdasarkan andaian bahawa mereka adalah waris jauh yang tidak diberikan bahagian dalam dokumen Hibah tersebut… dan apa salahnya ingin mencuba nasib bagi mendapatkan hak Faraid mereka dengan membuat penentangan.
Anehnya, mereka bukanlah individu yang dimaksudkan.
Namun iktikadnya tidak kuat mana. Beliau bertukar fikiran untuk menuntut pusaka arwah isterinya setelah tidak beberapa lama. Mungkin ia akibat dipengaruhi oleh pihak luar, ataupun ianya keputusan beliau sendiri setelah perasaannya reda.
Harta boleh membutakan..
Kes berpatah balik seperti ini bukanlah sesuatu yang ganjil dan jarang berlaku. Banyak berlaku kes di mana seseorang yang kita tidak sangka-sangka akan merebut harta yang kita tinggalkan.. kerana kebaikan orang itu, atau ke’alim’annya, atau ke’kaya’annya.. orang itulah yang akan berubah karakter di saat kita meninggal.
Harta boleh membutakan.. sehingga menggadaikan hubungan kekeluargaan yang baik, dan merubah imej seseorang ke arah yang negatif, demi mendapatkan ‘hak’nya ke atas harta pusaka.
Dan sebab itulah pentingnya untuk kita merancang. Untuk kebaikan keluarga, dan juga waris yang berhak.
