Pelbagai isu perebutan harta pusaka yang berlaku menyebabkan masyarakat mencari-cari solusi yang boleh dibuat bagi mengelakkan perkara tersebut terjadi dalam keluarga kecil sendiri. Berebut pusaka bukan sahaja menimbulkan perselisihan dan menjejaskan hubungan silaturrahim antara kaum kerabat, malah dikhuatiri harta yang dikejar itu akhirnya tiada sesiapa pun yang dapat akibat tiadanya kerjasama waris-waris untuk mentadbir pusaka sehingga selesai.

Hibah adalah satu solusi berkesan dalam perancangan pewarisan harta. Menerusi hibah, pemilik harta bebas mewariskan harta miliknya kepada penerima yang dikehendaki; samada penerima itu merupakan waris qadim mahupun sesiapa sahaja sekalipun.

Hibah harta secara relatifnya masih lagi baru dalam masyarakat. Kadar penetrasi masyarakat untuk merancang pembahagian harta semasa hidup masih rendah. Namun yang baiknya kesedaran awam semakin meningkat berbanding beberapa tahun yang lalu.

Peningkatan kesedaran itu seharusnya disusuli dengan tindakan yang tepat bagi mengelakkan perancangan yang dibuat menjadi sia-sia.

 

5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Membuat Hibah Harta

1) Hibah Berbeza Dengan Wasiat

Dalam drama-drama Melayu yang mengandungi adegan pembahagian harta warisan, peguam membacakan wasiat di hadapan penerima yang terdiri daripada isteri, anak beranak dan mungkin anak dari isteri yang lalu.

Setelah dibacakan wasiat, timbul rasa tidak puashati dalam kalangan penerima. Rasa tidak adil kerana penerima tertentu mendapat lebih bahagian. Atau harta yang di’target‘ jatuh ke tangan penerima lain.

Automatik WASIAT itu TERBATAL kerana terdapat waris yang tidak bersetuju dengan pembahagian wasiat yang ditulis pemilik harta. Apabila terbatal, maka pembahagian pusaka akan mengikut hukum Faraid.

Q:Bagaimana jika pemilik harta membuat hibah, dan ada waris yang tidak bersetuju?

A: Hibah TIDAK TERBATAL walaupun ada waris yang membantah. Hibah tidak memerlukan persetujuan waris lain untuk terlaksana.

Dalam situasi tersebut, penerima perlu mendapatkan Perintah Pengesahan Hibah.

 

2) Perintah Pengesahan Hibah

Dari segi perlaksanaan, Perintah Pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah hanya perlu diperoleh dalam keadaan tertentu sahaja, antaranya apabila adanya bantahan atau pertikaian kesahan Hibah oleh waris faraid arwah.

Mungkin ada yang terkejut, kerana disangkanya Hibah begitu solid dan tidak boleh dibantah lagi.

 

mahkamah tinggi syariah

 

Betul, ia tidak boleh dibantah setelah Hakim mengesahkan rukun dan syarat yang terkandung dalam dokumen Hibah telah dipenuhi dengan sempurna. Mahkamah akan mengeluarkan Perintah Hibah sebagai pengesahan untuk membenarkan turunmilik harta yang dihibah kepada nama penerima.

Q: Mungkin juga akan datang sangsi… buat apa buat dokumen Hibah jika ia boleh ditolak oleh Hakim?

A: Dokumen hibah yang dibuat adalah bukti hitam putih bahawa sesuatu harta itu telah dihibahkan. Jika tiada Hibah yang dibuat, automatik harta itu dibahagi mengikut hak Faraid.

Hakim tidak akan berlaku zalim kepada penerima ataupun kepada para waris. Tugas Hakim adalah meneliti kandungan dan prosedur hibah yang dibuat samada bertepatan dengan hukum syara’. Disebabkan itu jugalah penting anda berurusan dengan syarikat penyedia dokumen dan peguam yang tepat. 

Sekiranya penyedia dokumen tidak faqih mengenai teknikaliti hibah pusaka, mungkin akan ada kelompongan dalam klausa dokumen yang berisiko menyebabkan dokumen itu terbatal. Peguam yang handal pun sukar nak pertahankan jika buktinya sudah sedia lemah.

Sekiranya peguam yang diambil kurang arif tentang pusaka dan tidak dapat berhujah mempertahankan kesempurnaan kandungan dokumen tersebut di hadapan Hakim, pun akan merisikokan hibah itu terbatal.

Keduanya saling berkait, maka jika nak membuat Hibah, jangan dilupa tentang soal perlaksanaannya nanti.

Disyorkan untuk berurusan dengan syarikat amanah yang fokus khusus dalam perancangan pewarisan harta, agar tiada lompong dan syarikat sentiasa wujud beroperasi untuk jangka masa panjang.

Teliti juga samada syarikat tersebut telah banyak melalui kes pengesahan hibah** di Mahkamah Syariah, bagi memastikan syarikat yang menyediakan dokumen anda sememangnya subject matter expert.

**Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai rekod lebih 300 kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah, semuanya berjaya disahkan.

 

3) Hibah Takaful TIDAK Selesaikan Masalah Pusaka

Ramai perunding Takaful yang memberi gambaran bahawa permasalahan pusaka boleh diselesaikan dengan hanya membuat Hibah Takaful. Ini adalah silap faham yang merugikan masyarakat jika diikuti bulat-bulat.

Kita maklum bahawa manfaat dari Hibah Takaful berbentuk pampasan wang kepada penerima. Idea yang dibawa adalah wang pampasan itu boleh digunakan untuk membayar kos pentadbiran pusaka dan tebus pusaka.

Tebus pusaka: penerima membayar sekian jumlah wang kepada waris-waris Faraid sebagai imbalan mereka melepaskan hak ke atas rumah yang diwarisi, contohnya.

Q: Apa kelemahan tebus pusaka?

A: Asas kepada idea tebus pusaka adalah wang boleh menyelesaikan masalah yang timbul dengan waris.

Adakah benar begitu?

Bagaimana jika senario berikut berlaku:

😟 Waris meminta kesemua wang yang diperoleh dan meminta banyak harta lain sebagai imbalan.

😟 Waris bermusuhan dengan penerima, dan tidak melayan rundingan untuk tebus pusaka.

😟 Waris tetap ingin namanya masuk dalam geran.

Maka idea tebus pusaka akan menemui jalan buntu.

Setiap instrumen yang dibuat mestilah bertepatan dengan fungsinya, untuk menjadikan perancangan tersebut efektif dan efisien. Saya menyokong kebaikan mengambil perlindungan Takaful, namun fungsinya perlu diletakkan pada tempatnya yang tepat. Takaful bukan ‘ubat’ bagi segala 1001 ‘penyakit’.

Untuk urusan mewariskan harta kepada penerima, buatlah Hibah Harta yang secara langsung menyentuh pemilikan harta tersebut. Bukannya idea imbalan wang menerusi sumber Takaful yang membuka pelbagai kelompongan dalam perlaksanaan pentadbiran harta pusaka nanti.

 

4) Hibah Takaful Termasuk Dalam Hibah Harta, dan Tidak Sebaliknya

Hibah melibatkan pemberian sesuatu harta. Dalam soal Takaful, manfaat pampasan kematian penama yang dilindungi yang terkandung dalam polisi adalah harta yang dihibahkan kepada penerima.

Tetapi tidak sebaliknya.

Seseorang yang telah membuat Hibah Takaful belum lagi membuat hibah rumah, kereta dan harta-harta yang lain. Harta-harta tersebut masih tertakluk kepada pembahagian Faraid melainkan dibuat hibah harta yang spesifik kepada rumah, kereta dan sebagainya.

Pengalaman sendiri, saya kesal dengan seorang prospek yang menceritakan balu arwah kawannya yang dipaksa dan di’ugut’ oleh keluarga arwah untuk menyerahkan wang pampasan Takaful kepada mereka. Meskipun nampak seperti ada kesedaran untuk membuat hibah harta secara langsung, jalan Takaful itu jugalah yang dipilih oleh prospek mengatasi hibah rumah.

 

5) Tidak Merancang Lebih Tinggi Kosnya

hibah rumah

Halangan biasa untuk merancang pewarisan harta adalah mengenai kos Hibah. Sebenarnya KOS TIDAK MEMBUAT Hibah atau perancangan harta lebih tinggi lagi.

Cuba keluarkan kalkulator, kirakan berapa kadar tebus pusaka yang perlu dibayar. Sebagai panduan umum dan contoh, bahagian faraid seorang waris iaitu 1/6 didarabkan dengan nilai semasa rumah RM500k, bersamaan RM83k.

Bagaimana jika ada beberapa orang waris yang perlu ditebus pusaka?

Adakah penerima sanggup membayar sejumlah wang yang banyak itu, walaupun dengan pampasan Takaful?

Berbanding hibah harta yang dibuat semasa hidup, yang mana lebih murah, efisien dan efektif?

 

Kesimpulan

Mudah-mudahan dengan perkongsian 5 perkara yang perlu anda tahu sebelum membuat hibah ini dapat memberi gambaran asas tentang hibah harta dan isu berkaitan.

Bila anda dah tahu, pastikan tindakan seterusnya adalah dengan mendaftar penyediaan dokumen hibah oleh penyedia dokumen yang berkepakaran dan berpengalaman khusus.

Nasib penerima kesayangan anda tidak berubah selagi mana tiada tindakan dibuat. Walaupun anda kini sudah lebih faham. 

 

Untuk membuat hibah harta, Whatsapp saya, Ansari 019-749 8210

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This