Otak Kanan vs Otak Kiri
Otak manusia dibahagikan kepada 2 bahagian oleh garisan Mason-Dixon. Saintis sebelum ini menganggap otak kiri yang penting kerana ia berperanan mengawal kebolehan untuk bercakap dan memahami bahasa, suatu trait yang menjadikan sesuatu itu manusia. Otak kanan dianggap tidak penting dan merupakan tinggalan dari perkembangan awal otak.
Bagaimanapun, penemuan Professor Caltech, Roger W. Sperry mengubah 180 darjah pemahaman itu. Berdasarkan kajiannya terhadap pesakit epileptic seizures yang telah dibuang corpus callosum, iaitu bahagian yang memisahkan antara otak kiri dan kanan, beliau mendapati peranan otak kiri dan kanan sama penting. Cuma dalam sesuatu tindakan tertentu, salah satu bahagian otak tersebut lebih aktif dan dominan.

Perbezaan asas Otak Kanan dan Otak Kiri
1. Otak kira kawal badan sebelah kanan, otak kanan kawal badan sebelah kiri
2. Otak kiri proses ‘event’ secara berturutan (sequential), otak kanan melihatnya secara keseluruhan. Maka otak kiri diguna untuk menafsir perkataan dan analisis, otak kanan menafsir gambar, emosi, ekspresi non-verbal dan mengenalpasti pattern.
3. Otak kiri memahami ayat secara literal, otak kanan menafsir dengan context. Left handles what is said, right how it’s said – facial expression, intonation, gaze.
4. Otak kiri analyze details, otak kanan synthesize big picture
5. Amygdala berperanan memproses emosi, terutamanya ‘takut’. Amygdala otak kiri lebih aktif apabila melihat satu kejadian kerana ia lebih mahir memproses event yang berlaku secara berturutan. Amygdala otak kanan pula lebih aktif menafsir muka dan ekspresi kerana mahir menafsir secara keseluruhan.
L-Directed Thinking dan R-Directed Thinking
L-Directed Thinking lebih ditekankan sekarang ini – sequential, literal, functional, textual dan analytic. Pada masa hadapan, R-Directed akan lebih diperlukan – artistry, empathy, melihat jauh ke hadapan.
Perlu Lebih Penggunaan Otak Kanan
Pada masa ini dan jangkaan masak hadapan, penggunaan otak kanan lebih diperlukan. Ini disebabkan oleh faktor 3A iaitu:
1) Abundance
– Terlalu banyak pilihan produk di pasaran. Pelanggan mencari produk yang cantik, unik, dan lebih nilai, bukan sekadar produk itu boleh menyelesaikan masalah.
2) Asia
– Banyak syarikat outsource tenaga kerja pakar yang murah dari India, China, Filipina, Rusia terutamanya untuk kerja otak kiri seperti kerja rutin (bukan meneroka sesuatu yang baru), menjalankan transaksi (bukan mencari pasaran dan hubungan baru), dan menganalisa satu komponen (bukan secara keseluruhan atau big picture).
3) Automation
– Kerja otak kiri berisiko digantikan dengan perisian software atau robot.
– Contohnya:
i) Kerjaya programmer. Syarikat Appligenics telah mencipta perisian yang boleh menulis code.
ii) Kos peguam dapat dikurangkan dengan seseorang itu membeli draf dokumen generic dari website. Draf itu dibawa kepada peguam untuk customize dan caj dapat dikurangkan dengan drastik.
Perubahan dalam Pendidikan
– Pelajar perubatan Columbia University dilatih dalam ‘narrative medicine’ untuk memahami dengan lebih baik perkara yang diceritakan oleh pesakit dan hasilnya, dapat membuat diagnosis yang lebih tepat.
– Pelajar perubatan Yale dilatih dalam bidang seni dan lukisan untuk mengasah ketajaman meneliti kondisi yang sukar dikenalpasti pada pesakit.
– Pelajar perubatan UCLA melalui Program Hospital Overnight di mana pelajar tahun kedua dilakonkan bermalam di wad dengan sakit tertentu. Tujuannya adalah untuk pelajar merasai empati kepada pesakit.
– MBA Harvard terima permohonan 10% daripada jumlah pemohon, Master of Fine Arts UCLA cuma 3% – lebih kompetitif.
– Banyak bank pelaburan outsource pemegang MBA dari India untuk membuat analisis kewangan
– Profesion yang menggunakan ‘high touch’ atau caring seperti jururawat, kaunselor semakin meningkat masuk. Contohnya jururawat dari Filipina dan Asia diimport masuk.
Conceptual Age
– Kerja yang secure – kerja yang tidak sesuai di outsource ke knowledge worker luar negara, komputer belum mencapai tahap dinamik dan kreativiti yang diperlukan, dan kerja yang menepati citarasa estetik, emosional dan spiritual.
– Skil yang perlu ada terbahagi kepada enam perkara: Design. Story. Symphony. Empathy. Play. Meaning.
i) Design
bersambung…
