Saya banyak mendapat pertanyaan dari prospek yang hendak membuat Hibah bagi rumah dua nama di SNP (sales and purchase agreement) tetapi hanya satu nama di dokumen loan atau pembiayaan bank.
Kebanyakan yang dirujuk adalah kes suami isteri.
Ada pelbagai sebab mengapa mereka berbuat demikian, dan itu yang akan diterangkan dalam artikel ini.
Salah Faham Tentang Rumah Nama Suami Isteri
Ada yang ingat bila dah letak nama suami isteri di SNP, jika salah seorang meninggal dunia, rumah itu automatik jadi milik pasangan yang masih hidup.
Jika suami meninggal, isteri mewarisi bahagian rumah suami. Dan sebaliknya apabila isteri yang pergi dulu.
Rumah itu automatik jadi 100% milik pasangan yang masih hidup. Ketahuilah bahawa….
Itu adalah kefahaman yang salah. Dan ‘bahaya’ jika meninggal sebelum sempat betulkan kefahaman dan bertindak. Ini sebabnya..
Bahagian Rumah Yang Meninggal Menjadi Pusaka
Apabila meninggalnya anak Adam, segala harta yang berada di bawah pemilikannya semasa hidup akan menjadi harta pusaka.
Harta itu berubah menjadi milik semua waris Faraid yang berhak.
TIDAK TERKECUALI rumah nama bersama.
Bahagian pasangan yang masih hidup masih kekal miliknya. Tetapi, bahagian pasangan yang sudah tiada akan menjadi pusaka. Perlu berkongsi dengan waris-waris Faraid yang lain.
Rumah yang asalnya ada 2 nama, akan bertambah nama pemilik dalam kalangan waris Faraid pasangan.
Rumah itu akan dikongsi bersama dengan mertua, dan adik beradik ipar jika mereka pun termasuk dalam kalangan waris.
Jadi kompleks bukan? Sebab itu kena buat perancangan pewarisan cepat-cepat.. Hibahkan bahagian rumah kepada pasangan, back to back.
Boleh baca mengenainya di artikel Hibah Rumah Nama Bersama.
Kenapa Berkongsi Nama di SNP sahaja, Tidak di Loan?
Perkongsian nama di SNP rumah kebiasaannya dilakukan antara suami dan isteri.
Ada pelbagai sebab kenapa mereka berbuat demikian.
Boleh jadi atas dasar kasih sayang, ataupun atas motivasi untuk merancang kewangan dan membuat pelaburan:
Suami sayang isteri
Suami menzahirkan rasa sayangnya terhadap isteri dengan berkongsi pemilikan rumah yang dibayar oleh suami seorang.
Jika suami meninggal dahulu, pinjaman bank akan dilangsaikan oleh MRTT (kalau diambil penuh). Isteri tidak perlu menanggung ansuran rumah.
Cukup jelas kan rasa cinta suami?
Isteri tidak bekerja
Bagi isteri yang tidak bekerja dan menjadi suri rumah, memang tiada pilihan lah. Bank tidak akan memberikan pinjaman kepada isteri itu kerana dia tiada keupayaan kewangan pun untuk membuat pinjaman.
Namun begitu, suami boleh saja meletakkan namanya seorang di SNP.
Tetapi diletakkan juga nama isteri atas dasar sayang. Dan untuk menjamin kedudukan isteri yang akan sentiasa ada tempat berteduh sekiranya suami pergi dulu.
Jika ada MRTT, isteri yang tidak bergaji tidaklah terbeban untuk membayar balik pinjaman bank. Dan rumah tidak terlelong.
Margin Pembiayaan 70% Untuk Pelaburan Rumah
Bagi yang celik pelaburan, bank memberikan margin pembiayaan 90% untuk rumah pertama dan kedua sahaja.
Untuk rumah ketiga dan seterusnya bank hanya memberikan maksimum 70% margin pembiayaan sahaja.
Baki 10% atau 30% itu perlu ditanggung sendiri oleh pembeli. Maka terpaksalah pembeli mengorek tabung dan keluarkan simpanan sendiri.
Suami isteri yang giat melabur dengan membeli aset rumah akan merancang permohonan pinjaman rumah yang dibeli.
Jika setiap loan dibuat atas nama salah seorang dari pasangan sahaja, mereka boleh memaksimumkan rumah yang boleh dibeli dengan margin pembiayaan 90%.
Setiap orang dapat membeli 2 buah rumah dengan minimum amaun deposit yang perlu dikeluarkan sendiri.
Jika loan rumah diletakkan dua nama, kuota margin itu dikira untuk kedua-dua suami isteri. Rugi lah kerana dua kuota margin digunakan untuk sebuah rumah sahaja.
Walaupun loan setiap rumah di bawah satu nama, setiap SNP rumah diletakkan nama kedua-dua nama pasangan. Barulah menjadi satu portfolio pelaburan rumah suami isteri yang hebat.
Adik belum bekerja
Ini contoh perkongsian antara adik beradik. Di SNP rumah nama adik dan abang, tetapi loan nama abang seorang, sebab adik belum bekerja tetap.
Abang sayang adik, mohon pinjaman seorang.
Apabila adik sudah dapat kerja, adik beli rumah yang baru atas loan sendiri dan letakkan nama abang sekali di SNP.
Kalau perancangan berjalan baik, bagus lah. Tetapi kalau tersekat di tengah jalan, boleh terjejas hubungan adik beradik.
Maklumlah, harga rumah yang dibeli mungkin berbeza harganya. Yang menanggung loan tersiksalah jika salah seorang tidak dapat membayar.
SNP nama A, Loan nama B
Yang ini kes unik. Nama di SNP A, tetapi yang memohon loan B.
Senang kata, B belanja rumah untuk A. B tiada hak langsung ke atas rumah.
Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.
Third Party Charge
Apabila nama di loan berbeza dengan nama di SNP, atau ada dua nama di SNP tetapi hanya satu nama di loan, ini dinamakan third party charge.
Mengikut undang-undang tanah, pemilikan rumah adalah nama yang tertera di SNP. Tetapi yang menanggung bayaran ansuran adalah nama di loan.
Apabila ansuran rumah tidak dibayar oleh nama di loan, rumah tersebut yang dimiliki oleh nama di SNP akan dilelong. Tiada masalah jika nama di SNP dan loan orang yang sama.
Jika orangnya berbeza, isunya jadi kompleks. Bank pun jadi berhati-hati nak beri kelulusan loan.
Sebab itu, bila mana bank dapat permohonan untuk rumah SNP dua nama, loan satu nama, bank itu akan menyemak dulu risk profiling klien itu.
Pada masa yang sama, kelulusan juga bergantung pada risk appetite setiap bank yang dipohon. Bank pun nak pastikan klien dapat membayar balik ansuran. Rugi bank bila jadi non performing loan.
Suami Sayang Isteri?
Berbalik kepada suami letakkan nama isteri sekali dalam SNP kerana sayangkan isteri…
Memang benar isteri dapat secure 1/2 bahagian rumah, dan MRTT akan melangsaikan baki pinjaman rumah.
Rumah sudah tiada hutang, tetapi 1/2 bahagian rumah yang menjadi pusaka apabila suami meninggal dunia itu bukan milik isteri seorang.
Ia milik waris Faraid belah suami.
Melainkan jika telah dihibahkan kepada isteri semasa suami masih hidup.
Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.
Latest posts by Ansari (see all)
- Hibah Solusi Bagi Muallaf Wariskan Harta Kepada Keluarga Bukan Islam - November 11, 2024
- Old Money: Warisan Kekayaan dan Pewarisan Harta dari Generasi ke Generasi - November 10, 2024
- Takaful untuk Langsai Hutang: Pilih Agihan Secara Hibah atau Wasi? - November 6, 2024
Assalamualaikum, saya nak tanya. Arwah nenek ade rumah dan pinjaman atas satu nama. Sblm meninggal, arwah ada memasukkan salah seorg anak lelaki dalam snp.
-adakah ia dianggap harta sepencarian wlupun ank tdk pnh mmbayar bulnn smpi hutang selesai?
-layak atau tidak anak itu mendpt sbhgn drpd rumah tersebut sdgkn penambahan nama berlaku ketika nenek tidak brp sihat dan adik beradik yg lain tidak tahu.
– bolehkan pembubaran nama di snp dilakukan bg mendapatkan keadilan utk pembahagian harta?
Wslm wbt puan Azlina,
Banyak terma yang kurang jelas penggunaannya. Harta sepencarian (anak tuntut?), memasukkan nama dalam snp?, tahap kesihatan tak jelas, bubar nama di snp?, keadilan pembahagian harta? dsb. Sila dapatkan khidmat peguam untuk nasihat.
Bagaimana pula sekiranya….loan rumah dibayar 100% oleh isteri..tetapi snp ada nama suami dan isteri…sekiranya isteri meninggal dulu…adakah rumah akan menjadi hak milik suami sepenuhnya?
Tidak. Bahagian isteri iaitu 50% rumah itu dibahagikan kepada waris2 Faraid. Suami memiliki 50% + hak Faraid bahagian isteri (samada 1/4 atau 1/2)
Bersambung dari soalan Faraliza dimana SNP nama suami isteri, loan 100% dibayar oleh isteri.
Bagaimana sekiranya suami meninggal dahulu, adakah rumah itu perlu di faraid juga?
Bahagian rumah suami dibahagikan kepada waris Faraid suami. Melainkan jika dihibah
mcm mana suami nk hibahkan 1/2 dari bhagian dia kepada isteri?
Boleh Whatsapp saya untuk details
saya nk tnye, pe beza loan isteri dan aggrement isteri bank nme sme dengan loan isteri dan aggrement suami?
pemilikan rumah ikut nama di snp
Salam..saya nak tanye..saya ade beli umah baru guna loan gov, snp & loan atas nama saya sorang tapi bole tak saya nak ubah nama dalam snp jadi dua nama iaitu nama saya & isteri saya atas alasan isteri saya nak keluarkan akaun dua kwsp..kalau bole macam mane caranye??
Wslm wbt.,
Perlu selesaikan bayaran loan dahulu baru boleh buat perubahan hakmilik
Salam tuan,
Bagaimana sekiranya rumah dan loan bank atas dua nama,
Sekiranya loan sebelum ini dibayar 100% oleh si-mati, adakah selepas kematian si mati, loan rumah perlu dijelaskan 100% menggunakan harta pusaka si mati memandangkan semasa hayat loan di,bayar oleh si-mati
Terima kasih
Wslm wbt,
Hanya untuk loan yg di bawah si mati.
Salaam.
Beli rumah letak 2 nama dalam SNP dengan ayah.
Loan nama saya seorang, belum habis bayar.
Nak keluarkan nama ayah daripada SNP.
Boleh bantu beri cadangan apa yang boleh dibuat?
Terima kasih.
Assallamualaikum, sya ingin brtnya, bgi pandangan pihak tuan yg mn lbh baik samada rumah nama yg buat loan sahaja atau bubbuh nama isteri jgk,sya bakal mmbeli rumah, loan atas nama saya sahaja, saya tidak mahu ada masaalah selepas saya tiada nanti, trmksh atas pandangan pihak tuan.
Wslm wbt.,
Jika risau dan nak pastikan isteri warisi rumah, buatlah hibah rumah.
Saya ada rumah hasil peninggalan suami.. tiada hutang
Rumah agak uzur.. saya nak ambik loan dan tak layak sb wargaemas.
Kalau saya tambah nama anak sebagai pemilik rumah itu, adalah anak saya layak mohon loan utk ubahsuai
Maaf, saya hanya menjawab berkenaan hibah rumah dan isu2 berkaitan.
Assalamualaikum..
Rumah Kondo di SNP 2 nama brsama bekas isteri..loan gov atas saya seorang belum selesai sepenuhnya..macam mana nak tukar nama kepada saya seorang..
Assalamualaikum,
Suami warganegara Singapore dan bekerja di Singapore, saya warganegara Malaysia dan bekerja di Malaysia. Boleh tak saya & suami apply home loan lepastu SNP letak nama saya sorang je? Ada sesiapa yang baca soalan saya ni boleh tolong jelaskan hal ni tak? Terima kasih
Assalamualaikum,
Saya ada buat loan refinance rumah atas nama saya dan ayah, laon masih belum habis dan SNP nama ayah. Bagaimankah status loan tersebut iaitu boleh dapat pengecualian dari bank atau saya harus terus membayar sehingga selesai….mohon pencerahan…Terima Kasih
Wslm wbt,
Saya bukan staf bank.
Assalamualikum,
…..Refinance loan saya & ayah, dalam SNP nama ayah dan ayah telah meninggal
Wslm wbt,
Rumah dah jadi pusaka.
salam.. saya nak tanya 1 soalan, saya sedang membeli 1 rumah yang geran rumah tersebut 2 nama, suami dah meninggal, dan isteri masih ada.. jadi berapa lamakah proses saya perlu menunggu untuk kes geran rumah itu ditukar ke nama milik isteri nya yang masih hidup? sebab saya nak beli rumah tu, lawyer kata kena geran atas nama isteri nya dan anak nya 1/2 bahagian. mohon pencerahan,
Wslm wbt.,
Sehingga prosedur pusaka selesai diurus. Tempoh masa bergantung kepada di mana diurus, proses filing sempurna atau tak, que, kerjasama waris dsb
Salam sy nk tnya kalau pembelian rumah loan atas nama bapa SNP atas nama sy dan bapa…kalau bapa sy meninggal dunia adakah rumah tersebut jadi pusaka atau rumah tersebut jd rumah sy automatik. Kalau pusaka bolehkah rumah tersebut diserahkan kepada sesiapa yg adik beradik setuju atau perlu faraid juga?
Wslm wbt,
Bahagian rumah bapa jadi pusaka. Jadi milik waris2 faraid bapa.
Assalamualaikum, bagaimanakah proses untuk menghibahkan rumah?
saya dan suami dalam proses membeli rumah, loan atas nama suami seorang krn saya belum sah dalam perkhidmatan. tetapi deposit rumah & bayaran loan bulanan kami bayar half-half.
melalui penulisan tuan saya sedar akan risiko meletakkan dua nama dalam geran rumah tapi dalam masa yang sama risau kerana tiada nama dalam geran rumah.
terima kasih.
Wslm wbt puan,
Alhamdulillah puan dapat manfaat dari perkongsian saya.
Ya, ada pro n cons bila meletakkan dua nama mahupun satu nama dalam snp/geran. Yang penting bila dah faham kesannya, teruskan dengan tindakan yang perlu. Antaranya dengan buat hibah rumah.
Untuk konsultasi lanjut mengenai proses untuk hibah, minta puan Whatsapp saya Ansari 019-749 8210. Thx
salam. saya ada soalan. kalau 2 orang dalam SNP dan bank nak tukar kepada satu orang yang masih dalam loan mcm mana pula prosuder. minta nasihat. dipersetujui bersama kerana suami isteri dah mmpu byr satu rumah jadi plan untuk membuat pinjaman buat rumah di kampung. tq
Wslm wbt.,
Jika tuan dan isteri nak buat cross hibah untuk bahagian masing2, boleh terus whatsapp saya untuk dapatkan perkhidmatan.
Assalamualaikum,saya dengan husband joint loan tapi semua kos rumah saya dan nama rumah saya sorang.hanya pinjaman bank sahaja guna suami.suami ada hak k bila berlaku penceraian?
Wslm wbt.,
Boleh Whatsapp saya sekiranya nak menghibahkan rumah