Kes perceraian suami isteri sudah menjadi semakin kronik sekarang ini. Pelbagai cabaran baru yang dulunya tiada seperti aplikasi media sosial yang disalahguna membuka ruang perkenalan dengan kawan berlawanan jenis. Dari bertanya khabar meleret kepada berjumpa dan seterusnya menjalin hubungan terlarang.
Apabila berlaku perceraian, tanggungjawab suami memberi nafkah tidak semestinya terputus serta merta. Begitu juga hak isteri mewarisi harta suami dan sebaliknya. Dalam tempoh dan syarat yang ditentukan, hak waris mewarisi itu masih tidak terhenti.
Dalam isu perceraian ini, perkara yang sering menjadi tanda tanya ialah mengenai hak harta sepencarian. Rumah tangga yang telah dibina lama dan berkecai selepas itu. Dalam dalam tempoh indah perkahwinan, pastinya ada banyak harta yang dibeli bersama. Salah faham masyarakat ialah isteri secara automatik akan dapat 50% harta tersebut. Ini antara yang akan dibincangkan dalam artikel ini.
Jenis perceraian suami isteri
Ada dua bentuk perceraian:
1. Cerai Raj’ie – Suami lafaz talak satu atau dua. Suami masih boleh rujuk isteri dalam tempoh iddah tanpa perlu akad dan mas kahwin yang baru.
2. Cerai Ba’in – Talak yang tidak boleh dirujuk semula. Perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru jika hendak berkahwin semula selepas tamat iddah. Cerai ba’in terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Ba’in baynunah sughra (kecil) – Talak yang dilafazkan sebelum berlakunya persetubuhan, sama ada talak satu atau dua
ii) Ba’in baynunah kubra (besar) – Cerai talak tiga. Suami tidak boleh kembali rujuk kepada bekas isteri tersebut kecuali setelah isteri tersebut berkahwin dengan lelaki lain.
Hak yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah Selepas Perceraian
Hak-hak berikut boleh dituntut, bergantung kepada jenis perceraian dan tempoh iddah yang tertentu.
1. Nafkah Iddah
- Nafkah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang wajib dibayar kepada bekas isteri yang masih dalam tempoh Iddah Raj’ie.
2. Mut’ah
- Bayaran ke atas suami yang telah menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar bayaran mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya ada pertikaian, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.
3. Harta Sepencarian
- Harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa dalam tempoh perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah.
- Harta yang tergolong dalam kategori harta sepencarian antaranya termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Harta sepencarian ini hendaklah dituntut di Mahkamah Tinggi Syariah.
4. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
- Penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu yang paling berhak menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).
- Jika ada pertikaian hak jagaan untuk anak yang melebihi had umur di atas, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.Tuntutan hak jagaan anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukakan di Mahkamah Tinggi Syariah.
5. Nafkah Anak
- Nafkah anak wajib dibayar oleh seseorang yang dipertanggungjawabkan, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain.
- Nafkah ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.
6. Tunggakan Nafkaf
- Nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya. Tunggakan nafkah wajib dibayar. Ia boleh dituntut di Mahkamah Syariah
- Tunggakan nafkah anak juga boleh dituntut apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.
7. Hak Tempat Tinggal
- Wanita yang telah diceraikan berhak tinggal di rumah yang sama seperti sebelumnya selama mana dalam tempoh iddah.
Sekiranya isteri diceraikan dengan talak bain seperti cerai secara khuluk, atau cerai taklik, atau talak tiga, maka isteri hanya layak mendapat tempat tinggal sahaja dalam tempoh iddah.
Namun jika diceraikan dalam keadaan hamil, maka isteri layak mendapat semua kemudahan sepertimana perempuan yang diceraikan dengan talak rajie.
Jenis dan Tempoh `Iddah
BIL
|
JENIS `IDDAH
|
ADA HAID / TIADA HAID/
SEDANG MENGANDUNG
|
TEMPOH `IDDAH
|
KETERANGAN
|
i.
|
Bercerai talak raj`ie/ba’in
|
Ada haid
|
Tiga kali suci
|
a. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.
b. Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.
c. Jika ditalaq semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddah tamat apabila datang haid yang keempat.
|
ii.
|
Bercerai talak raj`ie/ba’in
|
Tiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain)
|
Tiga bulan
|
|
iii.
|
Bercerai talak raj`ie/ba’in
|
Sedang mengandung
|
Sehingga bersalin atau kandungan gugur
|
Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.
|
iv.
|
Bercerai talak raj`ie/ba’in dan belum pernah disetubuhi
|
Ada haid atau tiada haid
|
Tiada `iddah
|
|
v.
|
Bercerai talak raj`ie/ba’in dan menghidap istihadhah
|
a. Haid tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya.
b. Haid tidak menentu dan tidak mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah.
|
Tiga kali suci
Tiga bulan
|
|
vi.
|
Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak raj`ie dan tidak mengandung
|
Ada haid atau tiada haid
|
Empat bulan sepuluh hari
|
Kiraan `iddah baru bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu `iddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat.
|
vii.
|
Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak ba’in dan tidak mengandung
|
Ada haid atau tiada haid
|
Tiga kali suci atau tiga bulan
|
Kekal `iddah talak ba’in sama ada dengan kiraan tiga kali suci atau tiga bulan dan `iddah tidak bertukar kepada `iddah kematian suami.
|
viii.
|
Kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi dan tidak mengandung
|
Ada haid atau tiada haid
|
Empat bulan sepuluh hari
|
Wanita yang kematian suami bukan sahaja wajib ber`iddah, tetapi juga wajib berkabung.
|
ix.
|
Kematian suami
|
Sedang mengandung
|
Sehingga melahirkan anak atau kandungan gugur
|
Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.
|
x.
|
Suami hilang
|
Ada haid, tiada haid atau sedang mengandung
|
Isteri wajib menunggu selama empat tahun. Selepas tempoh tersebut, isteri wajib pula ber`iddah dengan `iddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.
|
Bagi kes suami hilang, isteri boleh mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan kematian suami atau membuat tuntutan fasakh.
|
KESIMPULAN: Adakah Isteri Dapat Pusaka Setelah Bercerai?
Antara sebab yang membolehkan harta diwarisi ialah hubungan suami isteri. Maka apabila berlakunya perceraian, maka terputuslah hak isteri mewarisi harta suami dan sebaliknya. Namun begitu, dalam kes-kes tertentu, hak pewarisan tersebut tidak terhenti serta merta setelah suami melafazkan talak. Sepertimana hak-hak isteri yang boleh dituntut selama mana dalam iddah yang ada dinyatakan di atas, pewarisan juga ada faktor yang serupa.
Apabila suami meninggal dunia, bekas isteri berhak untuk menuntut pusaka dalam keadaan berikut:
1) Dicerai dengan Talak Raj’ie
- Talak rajie ialah talak satu atau dua. Suami masih boleh rujuk tanpa akad nikah yang baru
- Jika isteri dicerai dengan Talak Bain (sama ada bercerai talak tiga, bercerai sebelum bersetubuh, khulu’ (tebus talak) atau fasakh), maka isteri tidak boleh mewarisi harta pusaka bekas suami walau pun isteri itu masih dalam iddah.
2) Kematian suami berlaku semasa isteri dalam tempoh iddah.
- Tempoh iddah dikira berdasarkan tempoh pengiraan dalam Jadual di atas.
Bercerai Setelah Kahwin Lama – Tak Layak?
Untuk suami isteri yang telah berkahwin dalam tempoh yang lama dan bercerai – sekiranya suami meninggal dan isteri tidak mendapat hak pusaka kerana tidak menepati syarat di atas, masih ada ruang iaitu menuntut hak harta sepencarian.
Tetapi ramai yang menyangka:
- Isteri dapat harta sepencarian secara automatik
- Isteri berhak 50% daripada nilai harta pusaka yang ditinggalkan oleh bekas suami
Realitinya..
- Harta sepencarian PERLU DITUNTUT di Mahkamah. Isteri perlu kemukakan bukti sumbangan, sama ada ianya sumbangan secara langsung atau tidak langsung
- Berdasarkan sumbangan isteri ini, Mahkamah akan tentukan hak harta sepencarian yang berhak dituntut isteri. Nilai 50% adalah maksimum. Jika isteri suri rumah, nilainya mungkin banyak kurangnya dari nilai tersebut.
Rujukan: JAKIM, Kehakiman Pahang, caknapusaka, ceritapeguamsyarie
- Hibah Tanah Rezab Melayu - April 16, 2025
- Simpan Duit Anak: KWSP Bukan Tempatnya - April 13, 2025
- RM12.7 Bilion Wang Tak Dituntut – Adakah Anda Salah Seorang Pemiliknya? - March 12, 2025
Salam, saya nk tahu, ibu saya berkahwin dgn bapa saya dlm sebulan dan ibu sy mengandungkan saya. Selpas itu mereka bercerai. Nafkah anak bapa saya xbagi. Dan umur sy ketika bapa meninggal dal 21thn.slps 10 thun, kerajaan ambil tanah dan pampasan telah dibayar. Tapi adik beradik yg lain xbagi bahagian sy, macam mana itu
Wslm wbt. Tuan boleh tuntut secara baik ataupun tuntut saman di mahkamah.
Saya adalah penama bg kwsp suami saya…baru2 ni dia telah meninggal dunia..sebagai penama saya akan bahagikan wang kwsp nya mengikut pembahagian secara faraidh..adakah saya layak utk mendapat harta sepencarian dr wang kwspnya sblm saya faraidh kan dn jika dpat brp % dr wang tersebut…trm ksh
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 yang bersidang pada 22 Feb 2005 telah membincangkan Hukum Menjadikan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sebagai Harta Sepencarian. Muzakarah telah memutuskan bahawa Wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.
Boleh bawak ke mahkamah. Sebab ada kes yang diputuskan, KWSP adalah harta sepencarian juga.
saya telah bercerai dengan bekas suami secara cerai hakam. pihak hakam menasihatkan saya agar saya memilih khuluq untuk mengelakkan bekas suami aib kerana laporan akan di baca dengan kuat di mahkamah. sebelum itu pihak jawi (sesi JK pendamai bersetuju kami dipisahkan atas perkara-perkara yang saya tidak boleh nyatakan di sini. Hakim juga pada awalnya terkejut apabila hakam memaklumkan cerai secara hakam-khuluq) namun selepas diberi penerangan oleh hakam, hakim bersetuju. Bekas suami juga telah memaklumkan kepada hakam semasa sesi dengan pihak hakam untuk keluar dari rumah semasa tempoh iddah.
Namun selepas seminggu dan suami masih tidak keluar, saya memberi hint untuk packing barang . kemudian dia menyatakan saya yang perlu keluar kerana saya yang meminta perceraian itu. Akhirnya saya terpaksa menyewa rumah dan membawa anak sulong yang berusia 17 tahun kerana bimbang jika saya tinggalkan dia dengan ayahnya atas faktor keselamatan.
Sebenarnya saya ragu akan hakam-hakam yang telah dilantik kerana mereka terus memihak kepada bekas suami sedangkan bukti amat kuat dan jelas.
Persoalannya, benarkah saya tidak layak untuk
Tuntutan Hak penjagaan anak
Tuntutan Nafkah Anak
Tuntutan Nafkah diri sepanjang tempoh perkahwinan 19 tahun yang bekas suami tidak pernah beri
Tuntutan Harta sepencarian
(Rumah itu dibeli dari ibu bekas suami dan telah dibayar oleh saya. Namun selepas bayaran telah dibuat sepenuhnya, ibu bekas suami mencadangan tukar atas nama bekas suami bagi mengelakkan (masa yang lama, perlu lantik peguam n surveyor, penyediaan perjanjian jual beli dan duti setam yang mahal. ibu mertua menyatakan selepas setahun baru tukar nama saya atau nama anak2. sehingga kini geran masih atas nama bekas suami, dan bekas suami tidak mahu menandatangani surat perjanjian yang menerangkan jumlah yang telah dibayar untuk pembelian rumah itu yang dibayar oleh saya (ibu bekas suami dan saya sudah menandatangani surat tersebut kecuali bekas suami). Semasa sesi dengan pihak hakam dia menyatakan bahawa rumah itu adalah pemberian ibunya kepada dia.
Terima kasih Puan Lina kerana berkongsi. Dan simpati juga atas musibah yang melanda keluarga puan.
Bagaimanapun, jika ada perkara yang tidak berpuas hati, penyelesaiannya hanya di Mahkamah. Hakim yang akan tentukan. Puan boleh berbincang tentang perkara yang puan argue dengan peguam yang dilantik. Adapun tentang harta sepencarian, puan perlu kemukakan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah dan kemukakan bukti sumbangan seperti bayaran yang telah dibuat.
Perkhidmatan saya lebih kepada perancangan hibah dan wasiat serta pengurusan pusaka
Salam….just nak tahu boleh ke bekas isteri menuntut harta sepencarian selepas lama bercerai? Hidup bersama selama 13 tahun. Dah 11 tahun bercerai. Dan nak tahu apakah tuntutan2 yang bekas isteri boleh failkan?
Wslm wbt.
Boleh, tuntutan harta sepencarian tak ada expiry date. Tapi untuk menuntut perlu dibuktikan sumbangannya. Harta yang boleh dituntut ialah harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan
Boleh kah isteri memohon harta sepencarian setelah bercerai fasakh pada tahun 2000 sedangkan dia telah membuat perjanjian bertulis dimahkamah rendah yang isteri tidak akan menuntut segala harta suami jika dia diceraikan?
Rujuk peguam anda
salam tuan,
bolehkan jikalau suami menceraikan isterinya jika perselisihan faham berlaku dan isterinya tidak mahu bercakap/melayan suaminya buat masa yg lama serta menghasut anak2 supaya tidak mendekati bapa mereka yg mana menyebabkan suaminya sakit hati dan tawar dengan isterinya dan MUNGKIN isterinya boleh juga dikategorikan sebagai nusyuz?jika ya, mcm mana pulak dengan kaedah pembahagian harta jikalau;
a. suami teah memasukkan 100k kedlm ASB isteri sebagai simpanan dan niat sebagai wang kecemasan isteri dan anak2 jika suami meninggal dunia (suami selalu drive outstation) atau wang kecemasan keluarga jika suami masih hidup.
b. sejumlah wang (50k) di dalam akaun bank isteri yg mana suami telah memasukkan kebanyakan amaun gaji selama ini juga sebagai back up seperti ASB. kerana suami takut anak2 dan isteri tiada wang jika suami tiba2 tiada.
c. 10k wang di dalam akaun simpanan suami
d. rumah yg dibeli x sampai setahun bernilai rm350k di atas nama suami kerana isteri tidak pernah bekerja sepanjang perkahwinan.
e. 3 biji kereta. salah satu masih dalam loan.
d. suami sudah tidak bekerja.
terima kasih atas maklum balas tuan nanti. wslm
Wslm wbt.,
Takziah atas keadaan tuan. Perceraian adalah jalan terakhir, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang. Dan tuan dan isteri kedua-duanya sudah tidak bekerja, kalau betul kefahaman saya. Lebih baik daftar ke sesi kaunseling atau jabatan sulh dulu, cari jalan penyelesaian.
Untuk harta yang disenaraikan, mudah saja. Hak milik harta bergantung kepada nama pemilik, tidak kiralah niat tuan masukkan sebagai wang kecemasan atau selainnya. Akaun ASB nama isteri, isteri yang punya walaupun tuan yang masukkan. Jika nak tuntut harta sepencarian, itu kena file kan tuntutan di mahkamah untuk dibicara. Perlu engage lawyer, buktikan sumbangan dan hakim yang decide.
Sebab itu kalau hasratnya nak sediakan sumber wang kepada waris sekiranya tiada nanti, disarankan buat Hibah.
Assalamualaikum wbt..
Sy cuma nak tanya, jika suami membuat hibah kepada isteri, adakah ianya masih relevan selepas berlaku penceraian?
P/S : contoh kes, suami hanya sign borang hibah jaa pd 2018, isteri yg membayar setiap bulan sehingga kini (isteri berfikir panjang dan terpaksa utk survive bersama ank2 jika suami meninggal, kerana suami bekerja kontrak dan tidak mempunyai potongan KWSP)
Sekian, terima kasih utk advice tuan 👍🏻
Waalaikumussalam wbt.,
Kurang jelas.. Puan tak nyatakan soalan berkait dengan Hibah harta atau Hibah Takaful?