1. Pada minggu lepas, bank Islam kedua terbesar di dunia iaitu Kuwait Finance House telah mengumumkan untuk menghentikan operasi di Malaysia setelah 19 tahun berada di negara ini.
2. HQ di Malaysia ini merupakan satu-satunya cawangan KFH di Asia. Maka kedudukannya penting bagi pengoperasian KFH di Asia Pacific. Penutupan HQ ini menandakan perubahan dalam strategi syarikat untuk memfokuskan bisnes di Timur Tengah. Setelah ketiadaan KFH nanti, hanya bank Ar-Rajhi yang tinggal sebagai bank Islam asing yang beroperasi secara standalone.
3. KFH adalah bank Islam dari negara luar (foreign) yang pertama mendapat lesen bagi menubuhkan bank Islam di Malaysia iaitu pada tahun 1983. Pada masa itu kewangan Islam di Malaysia masih berada dalam fasa baru perkenalan.
Kepentingan Pelanggan Apabila Bank Tutup Operasi
4. Bank menjalankan perkhidmatan bisnes berbentuk servis, maka penghentian operasi tentunya akan melibatkan kepentingan dan urusan bersama pelanggan.
5. Wang simpanan yang dideposit dalam bank yang berlesen seperti KFH tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dilindungi oleh PIDM sehingga RM250k. Maka anda tidak perlu risau duit simpanan boleh hilang begitu sahaja apabila bank tutup operasi, bankrup dan sebagainya.
6. Bagaimana pula dengan pembiayaan rumah, pinjaman peribadi atau fasiliti kewangan lain yang diambil oleh pelanggan?
7. “..KFH Malaysia said it is exploring the potential sale of certain portfolio segments to prospective buyers“.
8. Tahukah anda.. KFH merupakan bank Islam pertama yang memperkenalkan Musharakah Mutanaqisah bagi membiayai pembelian rumah di Malaysia pada tahun 2005. Pengenalan MM ini adalah langkah signifikan dalam kewangan Islam di Malaysia. MM menjadi kontrak alternatif bagi menggantikan BBA yang berkontroversi berkaitan patuh syariah. KFH membuka jalan dan bank Islam lain seperti RHB Islamic Bank kemudiannya turut menawarkan MM dalam produk servis pembiayaan rumah.
Pentingnya Ada Regulator Yang Mengawal Selia
9. Untung rugi bukanlah satu-satunya sebab sesuatu bisnes itu mengambil keputusan untuk tutup operasi. Dari kenyataan KFH, syarikat tersebut merancang untuk realign strategi untuk fokus kepada menyediakan perkhidmatan perbankan di Timur Tengah.
10. Walau apapun sebabnya, itulah lumrah dalam bisnes. Ada keluar masuk. Buka tutup. Namun dari sudut pandang pelanggan, tutup operasi ini menjadi concern kerana melibatkan kepentingan.
11. Pun begitu, perbankan adalah sektor yang highly regulated. Bank Negara Malaysia selaku regulator bertanggungjawab mengawal selia institusi kewangan di Malaysia, termasuklah bank komersial, syarikat takaful/insurans dan institusi kewangan bukan bank.
12. Apabila ianya highly regulated, maka setiap tindak tanduk operasi disandarkan pada akta. Kepentingan pelanggan dilindungi. Tiada bank berlesen yang boleh exit dengan mudah dan mengabaikan pelanggan dan membiarkan mereka terkapai-kapai.
13. Dapat tak anda kaitkan kepentingan regulator apabila hendak melabur dalam sesuatu skim pelaburan atau instrumen kewangan?
Wallahua’lam..
- Jaminan Kepentingan Pelanggan Setelah Bank Henti Operasi di Malaysia - August 5, 2024
- Kelebihan Melantik Syarikat Amanah Sebagai Pentadbir Harta Pusaka - June 13, 2024
- Persamaan dan Perbezaan Hibah dan Jual Beli - June 11, 2024