Pada 3 Mei 2023, Bank Negara mengisytiharkan overnight policy rate (OPR) dinaikkan 25 basis point lagi, menjadikan kadar terkini pada 3.00%. Kesan langsung yang dibimbangkan ialah bayaran bulanan bagi pinjaman rumah yang menggunakan floating rate akan meningkat.  

Begitu juga kesan jangka panjang terhadap pinjaman perumahan yang dilindungi oleh MRTT atau MRTA.

Sekiranya kenaikan interest menyebabkan jumlah hutang melebihi nilai yang dilindungi MRTT, maka akan wujud baki pinjaman yang tidak terlindung. Ia menjadi hutang peminjam yang perlu dilunaskan dengan harta pusakanya atau ihsan waris-waris.       

 

Apa itu OPR?

OPR adalah kadar bunga yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia memberi pinjaman kepada bank-bank.

Bank Negara berbidang kuasa menetapkan OPR bagi menguruskan monetary policy negara bagi mengawal situasi ekonomi seperti kadar aliran tunai dalam negara, kadar interest, pengembangan ekonomi, inflasi dan sebagainya.

Dengan menaikkan atau menurunkan OPR, kos untuk membuat pinjaman, pelaburan dan perbelanjaan seharian akan berubah. 

 

Mengapa bank perlu meminjam dari Bank Negara? 

Untuk menawarkan fasiliti pinjaman, bank perlu mempunyai modal yang mencukupi. Namun kaedah bank memberi pinjam tidak sama dengan kita sebagai individu.

Untuk memberikan pinjaman kepada pengguna, bank perlu ada simpanan tunai yang hanya merangkumi peratusan kecil dari nilai yang dipinjamkan keluar. Bank menggunakan konsep fractional reserve banking dan money multiplier

Bank Negara menetapkan reserve requirement ratio atau cash reserve ratio ke atas bank komersial, yakni sesuatu bank itu mesti mengekalkan sejumlah deposit tunai dalam tangan yang tertentu berbanding amaun pinjaman yang dikeluarkan.

Pada Februari 2023, kadar nisbah tersebut ditetapkan pada 2%.

malaysian bank cash reserve ratio

Sekiranya bank komersial tersebut tidak menepati reserve requirement ratio yang ditetapkan, bank akan meminjam dari BNM. Pinjaman tersebut tertakluk kepada interest yang mengikut kadar OPR, atau Kadar Dasar Semalaman semasa. 

Apabila OPR meningkat, kos bank untuk memberi pinjam kepada pengguna (internal cost of fund) juga akan meningkat.

Peningkatan kos tersebut dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk bayaran ansuran bulanan yang lebih tinggi, iaitu dengan bank menaikkan kadar Base Lending Rate (BLR), Base Financing Rate (BFR) atau Base Rate. 

 

Sejarah Naik Turun OPR di Malaysia

Bank Negara menetapkan kadar OPR dalam mesyuarat Monetary Policy Committee (MPC) yang bersidang sebanyak enam kali setahun.  

Ketetapan dibuat dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa. Sebagai contoh, OPR dinaikkan sebanyak empat kali pada tahun 2022. 

 

Era COVID dan Pemulihan

OPR menurun secara berperingkat semasa pandemik COVID, iaitu dari 3.25% turun kepada serendah 1.75% pada Julai 2020. Penurunan OPR tersebut bertujuan merancakkan pengembangan aktiviti ekonomi yang suram semasa PKP, iaitu dengan merendahkan kos untuk kita meminjam, melabur, membeli dan sebagainya.

Pada waktu PKP, banyak bisnes ditutup dan ramai orang dibuang kerja. Masyarakat yang bersiap siaga menghadapi situasi kewangan keluarga yang membimbangkan dan kerjaya yang tidak stabil bertindak untuk menyimpan dan kurang membeli.

Setelah kesan COVID mula berkurangan pada tahun 2022, OPR dinaikkan semula dari 1.75% kepada kadar terkini 3.00% berikutan pemulihan dan pengembangan aktiviti ekonomi serta mengawal inflasi. 

 

Cukupkah Perlindungan MRTT Dengan Kenaikan OPR?

OPR adalah kaedah BNM untuk merespon dan mengawal situasi ekonomi semasa. Sepertimana putaran ekonomi, OPR tidak hanya menaik sahaja – ada juga masa ia akan menurun. 

Oleh itu, semasa OPR sedang menaik, kita tidak dapat dengan pasti menyimpulkan bahawa full coverage MRTT tidak akan cukup untuk melindungi pinjaman. Kerana semasa OPR menurun, jumlah bayaran balik akan menurun pula. 

Namun yang pasti sekiranya tempoh atau jumlah perlindungan MRTT yang diambil tidak penuh, maka memang akan ada baki pinjaman yang perlu dijelaskan sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum tamat pembayaran balik hutang pinjaman. 

 

Kesan Moratorium Juga Signifikan

Sekiranya anda bimbang kesan perubahan OPR terhadap perlindungan MRTT dan hutang pinjaman perumahan, ambil perhatian juga terhadap kesan pengambilan moratorium pinjaman semasa PKP.

Disebabkan penangguhan bayaran bulanan itu besar jumlahnya, maka kesannya juga tidak kecil. 

Wallahua’lam.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This