Saya ada seorang prospek awal tahun lepas. Kalau ikutkan ceritanya, ada konspirasi penipuan tanah pusaka keluarga datuk moyangnya bernilai jutaan RM yg melibatkan penipuan status kematian, ambil hak waris lain dan sebagainya. Sungguh dramatik kisahnya sehinggakan saya sukar untuk percaya pelbagai pihak luar yang terlibat sama dalam penipuan yang didakwanya ini.
Nak buktikan berlakunya penipuan ini akan memerlukan kos mahkamah mungkin mencecah berpuluh ribu RM dan kes bicara yang berpanjangan yang tidak tahu bila penghujungnya. Dan tak tentu pun ia boleh dibuktikan benar kerana ia melibatkan tuduhan berat terhadap salahlaku pegawai kerajaan.
Even saya nak faham kes tu pun dah pening kepala.
Disebabkan beratnya kes ini dan jika dakwaan hendak diteruskan akan mengambil masa dan kos yang tinggi, maka kami pun sarankan kepadanya untuk melindungi keluarganya dahulu dengan membuat perancangan harta keluarganya sendiri. Janganlah yang dikejar tak dapat, yang di dalam tangan pun terlepas. Dengan adanya sejarah berebut harta dalam family, dan lebih-lebih lagi penipuan, memang teramat kritikal baginya membuat hibah. Lagi-lagi kerana dia termasuk dalam kategori kritikal kerana cuma ada anak perempuan sahaja, tiada anak lelaki sebagai waris asobah.
Kini sudah setahun berlalu sejak pertemuan dengan prospek itu…
Tiada update tentang kes pusakanya, mahupun hibah keluarganya.
Tak bertindak, tahu tentang hibah pun tiada manfaatnya..
TETAPI,
Tajuk headline di atas berkait dengan kisah lain, yang diterbitkan di akhbar. Kisah pengalaman peribadi saya di atas hanya sebagai intro sahaja. ada persamaan antara dua kes tersebut, iaitu penipuan pusaka.
Tipu Pusaka, diarah pulang semula RM95k
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengarahkan seorang suri rumah memulangkan semula RM95,000, iaitu hasil jualan tanah pusaka milik lima beradik yang dijual sebelum ini tanpa pengetahuan.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati Hanisah selaku defendan melakukan penipuan dalam urusniaga menjual dua lot tanah pusaka milik kelima-lima beradik itu tanpa pengetahuan.
Defendan didapati melakukan penipuan itu dengan cara menipu tandatangan tiga daripada mereka semasa proses jual beli tanah di Kemasik, Kemaman.
Jabatan Kimia turut mengesahkan kesemua tandatangan yang dibuat di setiap dokumen jualan tanah berkenaan adalah palsu.
Sebelum ini, Muhazian Mohd, 41, juga mewakili Mohd Kamal Mohd yang sudah meninggal dunia, Mohd Zainuddin Mohd, 34, Mohd Hairul Nizam Mohd, 29, dan Nor Azahar Mohd, 51, selaku plaintif, memfailkan pernyataan tuntutan menerusi Tetuan Mohd Zubir Embong @ Associates dan Saiffuddin Othman.
Pernyataan difailkan pada 17 Januari tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang mengandungi sembilan tuntutan itu mendapat persetujuan daripada Hakim Datuk Zainal Azman yang menghakimi tuntutan tersebut.
Dalam tuntutan tersebut, plaintif-plaintif turut menamakan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian, selaku defendan kedua.
Mahkamah bersetuju dengan kesemua tuntutan dibuat antaranya melibatkan bayaran kerugian jualan tanah pusaka dan kos guaman semua plaintif.
Sumber: Sinar Harian

Kami Adik-beradik seramai 13 orang , pada asalnya perjanjiannya ialah akan dibahagikan kepada semua adik -beradik. Sebidang tanah lot 242 Dikampung tanah liat… Beralamat 1505, mk-9, tanah liat, 14000 Bukit mertajam, seberang perai Tengah, pulau pinang. Saya masih ingat lagi, semasa saya masih bersekolah. Lot 242 adalah hak milik ayah saya, Dan juga Abang ayah saya. Abang ayah saya tidak mempunyai anak.. ..tidak berkahwin. Kakak saya yang kelima (ahli kelima) telah dilantik sebagai pentadbir….. Disebabkan yang lain, masih kecil lagi. Saya anak yang kesebelas. Semasa Abang ayah saya Sakit Dan telah dimasukkan dihospital…. Pindah milk Pusaka telah dibuat dimana bahagian abang ayah saya telah dipindahkan kepada kakak saya yang kelima bernama kausalya Dewi Dan bahagian ayah kami telah dipindah kepada Abang nombor 2 Dan Abang nombor 6. Yang arif Tuan….. Jelas disini mereka telah dilantik sebagai pentadbir Tanah Pusaka. Kini saya mohon bantuan kerjasama pihak berkuasa untuk pembahagian harta tanah pusaka ini…. Supaya dapat ketangan waris -waris yang berhak mendapatkan bahagian. Senarai nama waris -waris ialah 13orang.. Seperti berikut : 1. Precala wati a/p sinnasamy, 2. Renganathan a/l sinnasamy, 3. Krishnan a/l sinnasamy, 4.nageswary a/p sinnasamy , 5.kausalya dewi a/p sinnasamy, 6. Manogaran a/l sinnasamy, 7. Thanaletchemi a/p sinnasamy, 8. Saroja Dewi a/p sinnasamy, 9. Parimala dewi a/p sinnasamy, 10. Saraswathy a/p sinnasamy, 11. Ganeshkumar a/l sinnasamy ( Mustafa Shah Kumar Bin Abdullah) 12. Prahdiban Kumar a/l sinnasamy ( Muhammad yusuf bin Abdullah) Dan nganga Ambigai a/p sinnasamy. Saya amat amat berharap bantuan kerjasama pihak berkuasa untuk mengadili agar orang Islam….. Dapat menegakkan kebenaran, negara Islam, penguasa Islam mengadili dan menyelesaikan pembahagian harta tanah pusaka. Jelas disini….. Dikampung yang majoritinya ialah orang -orang Melayu yang beragama Islam. ( saya juga mensyaki pencerobohan juga telah berlaku.. Dimana jiran telah membina rumah dimana sepatutnya jalan…. Laluan dan telah ‘menceroboh ‘. Saya amat tergerak untuk memastikan orang Islam tidak menipu, ataupun orang Islam menindas ataupun mengambil kesempatan untuk menceroboh tanah pusaka orang bukan Islam.
Terima kasih atas perkongsian tuan.