Sehingga akhir September 2022, sebanyak RM460 juta Wang Menunggu Dituntut (WMD) membabitkan lebih dari 38,000 kes masih berada dalam pegangan Amanah Raya Berhad (ARB).

Wang ratusan juta RM ini dipegang oleh Amanah Raya selaku pemegang amanah dan masih dalam simpanan disebabkan kekangan dan halangan tertentu untuk diserahkan kepada waris-waris yang berhak.

Antara kekangan yang menghalang pengagihan WMD tersebut ialah berlakunya perbalahan antara waris, kes pusaka waris berlapis, waris berpindah dan sebagainya. 

Selain itu, terdapat juga waris yang enggan membuat tuntutan disebabkan wang tunai yang diwariskan itu sedikit jumlahnya. Bahagian untuk setiap orang waris yang berhak terlalu kecil, yang mungkin menyebabkan mereka berasa tidak berbaloi untuk meluangkan masa dan tenaga menguruskan pentadbiran pusaka arwah. 

 

Bidang Kuasa Amanah Raya

Ramai yang menganggap harta pusaka arwah yang tidak diurus tadbir akan mem’beku’ di Amanah Raya.  

Sebenarnya tidak begitu.

Apabila seseorang itu meninggal dunia, harta pusaka yang ditinggalkannya akan kekal berada di bawah namanya sehinggalah pentadbiran pusaka selesai dibuat oleh waris si mati atau pentadbir yang dilantik. Ia menjadi harta beku.

Harta tersebut tidak akan terus ke Amanah Raya sepertimana tanggapan masyarakat.

ARB akan memegang secara amanah antaranya bagi harta pusaka alih yang diwarisi oleh anak bawah umur atau OKU, dan harta pusaka yang ditadbir oleh ARB.  

Mengikut Akta Perbadanan Amanah Raya 1995, ARB mempunyai bidang kuasa mentadbir harta pusaka alih sahaja yang bernilai tidak melebihi RM600,000.

Walau bagaimanapun bagi harta pusaka yang turut mengandungi harta tak alih seperti rumah dan tanah, maka bidang kuasa mentadbir pusaka tertakluk di bawah pejabat pusaka kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Bagi kategori ini, waris boleh mendapatkan khidmat servis profesional seperti kami di Wasiyyah Shoppe untuk membantu urusan pentadbiran pusaka. 

 

Rancang Pentadbiran Pusaka Semasa Hidup Lagi

Masalah pengagihan harta pusaka yang tertunggak ini lebih mudah diselesaikan sekiranya perancangan pewarisan dibuat lebih awal. 

Pemilik harta boleh melantik pentadbir yang dipercayai dapat menjalankan tugas dengan amanah dan cepat, membuat hibah dan wasiat bagi menyatakan hasrat pembahagian yang jelas, memperuntukkan wang ringgit bagi menampung kos pentadbiran pusaka, mengunci khidmat servis profesional dan sebagainya.

Apabila harta pusaka itu kekal beku dan bertangguh untuk diurus tadbir, semua pihak dan waris akan rugi. 

 

Rujukan: hmetro, bharian

 

Untuk merancang pewarisan harta, sila Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This