Hari ini industri perancangan harta meriah tidak seperti bila saya bermula 1998 dulu. Ada beberapa syarikat amanah yang menawarkan perkhidmatan seperti Wasiyyah Shoppe Bhd dalam masa sama ada beberapa syarikat sdn bhd yang juga menawarkan perkhidmatan yang sama.

Ramai yang tanya saya apa beza syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad dengan syarikat-syarikat sdn bhd yang menawarkan perkhidmatan sama? Kelihatannya syarikat-syarikat sdn bhd ini menawarkan perkhidmatan lebih murah.

Saya tak boleh bercakap dalam konteks bisnes model kerana masing-masing ada kelebihan sendiri. Namun sebagai orang lama dengan 22 tahun pengalaman, saya boleh ulas dari segi TADBIR URUS KORPORAT yang merupakan perbezaan paling ketara antara syarikat amanah dan syarikat-syarikat sdn bhd ini.

KENAPA TADBIR URUS KORPORAT PENTING?

Kerana urusan harta pusaka sangat terkait dengan undang-undang. Pastinya anda mahukan organisasi yang menyediakan dokumen perancangan harta anda ialah organisasi yang diurus secara profesional dan terjamin dari segi undang-undang.

Anda juga boleh memilih syarikat sdn bhd yang tidak terikat dengan undang-undang berkaitan industri ini. Namun anda perlu memikirkan risikonya kerana urusan harta dan pusaka ini adalah urusan jangka panjang.

Tiada jaminan waris anda akan menikmati perkhidmatan selepas kematian anda kerana berbeza dengan syarikat amanah yang bersifat “perpetuity“, syarikat sdn bhd ini boleh saja menutup operasi mereka pada bila-bila masa.

tutup kedai

Pilihan di tangan anda. Pesan saya semak dahulu latarbelakang organisasi berkenaan sebelum anda berurusan dengan mereka.

Bagi Wasiyyah Shoppe, berikut kelebihan kami dari sudut tadbir urus korporat. Fahamkan bagaimana urus tadbir ini menjadi point penting untuk anda consider semasa memilih syarikat yang anda pilih untuk merancang pewarisan harta kepada waris anda.

KELEBIHAN #1: LEMBAGA PENGARAH PROFESIONAL

Syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad melalui proses saringan ketat sebelum diluluskan sebagai syarikat amanah berdaftar oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ). Semua ahli lembaga pengarah disaring dari segi rekod jenayah, kes SPRM, CCRIS & bankrapsi serta pengalaman masing-masing.

Dalam ertikata lain, lembaga pengarah syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad adalah orang yang berkelayakan untuk menjadi lembaga pengarah.

Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai 7 orang ahli lembaga pengarah terdiri dari tokoh korporat, tokoh perbankan, akauntan, pakar pengamanahan, peguam korporat dan saya sendiri yang semuanya berpengalaman puluhan tahun dalam kepakaran masing2.

Kenapa 7 orang pengarah?

Kerana apa-apa keputusan yang memerlukan undian dapat dibuat berdasarkan majoriti mudah. Ini berbeza dengan lembaga pengarah syarikat sdn bhd yang tidak disaring seketat kami dan boleh terdiri dari 1 orang sahaja (undang2 membenarkan 1 orang sahaja pengarah ) atau beberapa orang. Latarbelakang dan kelayakan orang ini pun tidak diketahui.

Keputusan yang dibuat oleh 7 orang profesional pastinya lebih baik dan tepat.

KELEBIHAN #2: TADBIR URUS KORPORAT

Lembaga pengarah profesional Wasiyyah Shoppe bertindak mengikut mengikut terma rujukan yang mengikut standard syarikat senaraian awam ( public listed company ). Ini bermakna tiada mana-mana individu memonopoli pembuatan keputusan. Semua keputusan dibuat secara kolektif.

Lembaga Pengarah kami terikat dengan “corporate liability” yang ketat. Dalam ertikata lain sekiranya syarikat melanggar apa-apa undang-undang lembaga pengarah akan bertanggungjawab.

Wasiyyah Shoppe Berhad juga melapor setiap 6 bulan segala aktiviti dan dana amanah dalam pengurusan kami kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ).

Pastinya ia berbeza dengan syarikat sdn bhd yang lembaga pengarahnya boleh membuat apa sahaja keputusan mengikut kemahuan mereka tanpa tertakluk kepada apa-apa terma rujukan dan tiada unsur “corporate liability”. Akta Syarikat 2016 yang mengikat syarikat-syarikat seperti ini hanya memerlukan mereka menyerahkan laporan audit tahunan sahaja.

KELEBIHAN #3: URUSAN HARTA PUSAKA TERKAIT UNDANG-UNDANG

Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai Panel Syariah yang terdiri dari mantan hakim mahkamah rayuan syariah, ilmuwan pakar fiqh mawarith dan mantan pegawai pusaka yang semuanya berkepakaran dan berpengalaman puluhan tahun dalam undang-undang syariah, hukum syarak dan undang-undang pusaka.

jawatankuasa

Mereka inilah yang memastikan dan memutuskan semua aspek perkhidmatan dan operasi kami patuh syariah sepenuhnya. Mereka juga bertindak mengikut terma rujukan setaraf syarikat senaraian awam.

Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai 7 orang ahli Panel Syariah. Bagi syarikat sdn bhd kebanyakannya tiada panel syariah. Ini bermakna keputusan tentang operasi dan perkhidmatan hanya dibuat oleh tuanpunya/pengarah / pengurus sahaja atau mungkin juga sekadar mengambil pandangan beberapa orang “penasihat” yang tidak mengikat dari segi undang2.

Ada banyak perbezaan antara syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad dengan syarikat-syarikat amanah. TADBIR URUS KORPORAT hanyalah satu aspek sahaja.

KELEBIHAN #4: BIDANG KUASA

Seperkara yang paling pasti ialah Wasiyyah Shoppe Berhad ialah syarikat amanah yang mempunyai kuasa untuk menjadi wasi/pentadbir harta pusaka dan pemegang amanah di bawah Akta Pemegang Amanah 1949. Syarikat sdn bhd tiada kuasa ini.

Disesuaikan dari tulisan En Ariffin Sabirin, CEO Wasiyyah Shoppe Berhad

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This