Kenapa nak tambah Harta Pusaka? Kerana anda seorang yang bertanggungjawab dan sayangkan keluarga. Anda ingin memudahkan waris menuntut harta pusaka. Malah lebih dari itu, anda rancang pusaka dari awal agar anda dapat ‘sediakan’ RM1 juta kepada keluarga yang ditinggalkan untuk teruskan kehidupan. Tak mustahil jika kena caranya. Baca lanjut  jika berminat nak tahu..

———

Harta beku = Gagal urus pusaka

.

Anda pernah dengar tentang berbillion harta beku atau harta tidak dituntut di Malaysia? Statistik terbaru tahun 2016, jumlahnya sudah meroket lebih RM60,000,000,000! Sebahagian besar daripada harta tersebut terdiri daripada aset hartanah seperti rumah dan tanah. Dengan kenaikan hartanah setiap tahun, pastinya ia sangatlah merugikan kerana harta yang beku tidak boleh dipindahmilik atau dijualbeli sekiranya tidak diuruskan.

.

Bukan sahaja hartanah, malah wang simpanan arwah di bank, KWSP, Tabung Haji dan sebagainya juga akan dibekukan. Waris terlebih dahulu perlu melalui prosedur tuntutan pusaka sebelum ianya boleh dikeluarkan. Jika anda rasakan ianya mudah, anda silap. Ada banyak halangannya. Disebabkan gagal mengurus pusakalah harta beku telah terkumpul sehingga RM60 Billion dan terus meningkat! Isteri dan waris hanya boleh berputih mata..

.

Urus pusaka

.

Halangan mengurus pusaka

.

Halangan yang biasa berlaku ialah waris bergaduh dan tiada kata sepakat. Akhirnya urusan pusaka tertangguh sekian lama dan mungkin tidak akan selesai. Selain itu, ada juga halangan kos. Waris perlu mengeluarkan bajet sendiri dahulu bagi membayar caj pengurusan pusaka. Sekiranya ada pusaka hartanah, waris terpaksa menanggung caj tinggi kerana caj itu dikenakan berdasarkan nilai semasa hartanah. Jika tiada siapa yang tampil untuk keluarkan kos, maka tertangguh lah urusan pusaka.

.

“Merancang pusaka hanya untuk orang kaya”

.

Ini sebenarnya kurang tepat. Sedikit atau banyak harta, semuanya perlu melalui prosedur untuk men’cair’kan harta daripada beku. Malah dari satu segi, yang kurang berharta lebih lagi perlu untuk merancang. Kerana yang miskin lebih memerlukan harta pusaka yang ditinggalkan. Jika tidak merancang, di mana waris nak mencari wang untuk membayar caj pengurusan pusaka?

.

Berita baik untuk yang masih belum terlambat, anda boleh lantik Wasiyyah Shoppe untuk uruskan prosedur harta pusaka secara PERCUMA untuk waris. Anda boleh Whatsapp saya di 019-7498210 untuk details lanjut..

.

Cara MUDAH nak tambah harta pusaka bagi yang kurang berharta

.

Caranya ialah dengan mengambil plan Hibah Takaful. Ini bukanlah Skim Cepat Kaya yang menipu peserta dengan janji Return on Investment (ROI) yang melampau. ROI HIbah Takaful memang tinggi kerana seumur hidup pun bayaran anda takkan mencapai Hibah yang dijanjikan. Boleh kira kalau tidak percaya 🙂

.

Bagaimana Hibah Takaful berfungsi dalam perancangan pusaka?

.

Hibah Takaful ialah sejenis Hibah Bersyarat di mana AIA Public Takaful sebagai pemegang amanah akan memberikan sejumlah pampasan wang terus kepada penerima Hibah apabila pemegang sijil meninggal dunia.

.

Kenapa saya sarankan Hibah Takaful

.

++ Cara paling murah dan mudah untuk ‘kumpul’ simpanan. Katakan suami berumur 30 tahun dan target untuk hadiahkan Hibah RM1,000,000..

.

-> Hanya sekitar RM300++ sahaja sebulan untuk polisi Takaful AIA.

.

-> Jika menyimpan di bank, perlu simpan RM2,000 sebulan selama 40 tahun!
Itupun kalau panjang umur..

.

++ Apa yang berlaku sekiranya suami meninggal awal (naudzubillah) dan hanya sempat membayar Takaful selama 2 bulan sahaja?

.

-> AIA tetap akan bayar Hibah RM1,000,000. Walaupun suami baru bayar RM700+.

.

-> Jika simpan di bank, hanya ada RM700+ sahaja.

.

++ Tidak perlu melalui prosuder Harta Pusaka yang rumit untuk claim Hibah Takaful. Cuma perlu beri dokumen kepada AIA, dan AIA akan bayar. Harta pusaka lain, jika tak diurus dengan baik, mungkin bertahun-tahun baru selesai.

.

++ Hibah tidak dibahagikan mengikut Faraid. Bermaksud waris lain TAK BERHAK MENUNTUT pampasan ini daripada anda. RM1j itu milik anda seorang.

.

Hibah tanda kasih sayang

.

Ada yang mencebik, katanya kena mati baru dapat wang. Ya benar, kerana…

Hibah adalah pemberian atas dasar kasih sayang. Walaupun suami tak dapat nak merasa RM1j, namun hibah menjadi saksi sayangnya beliau terhadap anak dan isteri.

Begitu juga dengan pengurusan harta pusaka. Kita berkorban harta untuk membayar kos tersebut semasa hidup lagi, agar waris mudah untuk menuntut harta yang kita tinggalkan.

Rancang kerana Sayang. PM saya di SINI dapatkan untuk maklumat lanjut plan ini.

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This