Dalam kesempatan penulisan ini, saya ingin menjawab persoalan berikut:

“Apa jaminan syarikat Wasiyyah Shoppe akan melaksanakan servis sebaiknya sedangkan kos perkhidmatan telah dibayar habis oleh klien?”

Penanya soalan mahukan keyakinan bahawa syarikat akan bersungguh dalam melaksanakan servis, khasnya semasa proses perlaksanaan turunmilik hibah selepas pemberi meninggal dunia — yang akan dilalui oleh penerima hibah dan para waris klien.

Sebenarnya pada waktu itulah kesan langsung dari kerja-kerja groundwork hasil pelaburan Wasiyyah Shoppe dalam penyelidikan dan product improvement berterusan akan menampakkan hasilnya.

Waris-waris klien yang berpuas hati berpotensi akan memberikan testimonial baik, dan menghulurkan recommendation yang akan meluaskan lagi capaian khidmat syarikat kepada masyarakat yang memerlukan. 

Secara ringkas, itulah jaminannya.

 

Meneruskan Reputasi Baik dan Legasi Syarikat

Wasiyyah Shoppe telah mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 2004 lagi.

Setelah hampir dua dekad, Wasiyyah Shoppe kini menjadi antara segelintir kecil pemain utama industri hibah pusaka di negara kita. Tidak banyak syarikat lama yang masih bertahan.

Malah dengan kedudukan sebagai Syarikat Amanah (trustee), tapaknya juga telah kukuh untuk meneruskan legasi pada masa hadapan.

Ditambah lagi dengan permintaan masyarakat yang semakin meningkat untuk merancang pewarisan harta mutakhir ini.

 

Berikut sambungan persoalan yang diutarakan..

“Jika semua kos dah dibayar oleh klien kepada syarikat, maka syarikat tiada lagi ‘push factor’ untuk memberikan servis sehabis baik kepada waris-waris klien nanti?”

Push factor syarikat adalah untuk meneruskan kesinambungan operasi syarikat dengan usaha mengekalkan reputasi yang baik.

Sekiranya reputasi terjejas, maka kepercayaan masyarakat untuk mengambil solusi syarikat pun akan terjejas. Secara langsung pendapatan syarikat pun akan merudum.

Setelah hampir 20 tahun berusaha keras menaikkan nama dan reputasi, disertakan dengan pelaburan wang ringgit, boleh hancur sekiranya syarikat mengabaikan servis.

reputasi syarikat

 

 

Pencapaian dan Prestasi Perkhidmatan Wasiyyah Shoppe

Jaminan untuk berjaya mendapatkan pengesahan hibah di Mahkamah Syariah boleh dilihat berdasarkan rekod lebih 300 kes Perintah Pengesahan Hibah yang telah diperoleh oleh syarikat.

Untuk makluman, ini adalah satu rekod yang sukar ditandingi oleh syarikat atau peguam lain.

Apabila telah banyak kes yang dilalui dan dimenangi; maka lebih banyak pengalaman dan angle hujahan balas yang menjadi input dan feedback bermanfaat bagi pihak syarikat memantapkan kualiti perkhidmatan dan kepakaran dalam penghujahan hibah.

Pengalaman tersebut menjadi competitive advantage bagi peguam kami berhujah dalam situasi klien yang berlainan bentuk.

Ia menjadi indikator untuk menilai tahap kepakaran Wasiyyah Shoppe dan kebarangkalian yang sangat tinggi untuk berjaya kerana groundwork telah pun kukuh menyokong.

Walau bagaimanapun, setangkas mana pun peguam yang berhujah, dokumen hibah yang menjadi asas bukti pemberian itu sendiri terlebih dahulu wajib perlu menepati piawaian rukun dan syarat hibah.

 

Kualiti Penyediaan Dokumen Hibah

Wasiyyah Shoppe meletakkan batu aras yang tinggi dalam ketelitian menyediakan dokumen hibah.

Segala keputusan berkait perubahan klausa dan bentuk dokumen mestilah dibincangkan secara mendalam dan diluluskan oleh panel teknikal Syariah Wasiyyah Shoppe yang berkepakaran khusus (subject matter expert) dan berpengalaman luas.

👉 Panel Syariah ini dikepalai oleh seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

👉 Dianggotai oleh beberapa orang ahli akademik yang menjadi pakar rujuk hibah dan pewarisan, dan

👉 Beberapa orang bekas pegawai kanan yang berpengalaman luas dalam urusan di pejabat pusaka kecil.

 

Malah Wasiyyah Shoppe banyak melabur dalam penyelidikan untuk memantapkan produk perkhidmatan hibah. Mungkin anda tertanya-tanya…

🤔 Apa keperluan sesebuah syarikat pewarisan harta melabur sebegitu banyak untuk RND produk?

🤔 Siapa yang akan menerima manfaat langsung dari hasil RND tersebut?

 

Tentunya klien dan waris-waris klien Wasiyyah Shoppe yang akan mendapat manfaatnya.

Pelaburan yang besar tersebut menunjukkan bahawa Wasiyyah Shoppe serius untuk mengeluarkan hasil yang terbaik kepada klien, dan mengunjur untuk terus beroperasi dalam jangka masa panjang.

 

Konsep Front-Loading

Terdapat pakej produk kami yang berbentuk bayaran ‘front-loading’ bagi mengunci perkhidmatan syarikat bagi servis-servis yang dilaksanakan selepas pemberi meninggal dunia, contohnya seperti pengesahan hibah dan pengurusan pusaka.

Sekiranya anda mahu mudahkan waris, maka sangatlah inovatif pakej ini kerana penerima nanti tidak dibebankan untuk menanggung kos berkenaan kerana telah diselesaikan oleh klien menerusi penyertaan dalam pakej tersebut. 

Inilah satu bentuk perancangan pewarisan yang komprehensif, yang mana pemberi prihatin terhadap kemampuan waris kelak. Jaminan syarikat untuk bersungguh melaksanakan servis ini antara yang dibincangkan dalam artikel ini.

 

Trust is a Valuable Currency

Setiap syarikat mempunyai pendekatan dan kualiti perkhidmatan yang berbeza.

Disebabkan produk servis dan perkhidmatan hibah dan perancangan pewarisan harta ini berbentuk abstrak dan ‘future‘, maka kebolehpercayaan syarikat Wasiyyah Shoppe boleh dinilai menerusi prestasi dan pencapaian, dan jaminan dari sudut pendekatan operasi syarikat seperti yang telah dijelaskan.

Harapnya perkongsian mendalam ini dapat meyakinkan anda untuk bertindak merancang pembahagian harta dengan kami, bagi kemudahan masa depan waris yang disayangi.

 

Untuk mendaftar Hibah dan merancang pewarisan harta, sila Whatsapp Ansari 019-749 8210

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This